Jungkook dan Chae Eun melangkah masuk ke dalam kelas mereka beriringan untuk mengambil beg sekolah mereka setelah perjumpaan SRC tamat. Rancak sungguh mereka berdua berbual dan kadangkala terselit usikan dan gurauan.
"Kook, jadi tak kita makam tteokboki dengan gerai Makcik Jung hari ni?" soal Chae Eun sambil mengalas beg sekolahnya.
"Jadi. Kan Kook dah janji semalam." senyum Jungkook. Buku-buku yang berada di dalam laci meja dimasukkan ke dalam beg sekolahnya.
"Memandangkan hari ni Kook secara rasminya memegang jawatan presiden SRC, apa kata Kook belanja Chae?" soal Chae Eun sambil mengedipkan matanya.
Jungkook tidak membalas namun lelaki itu hanya mengangguk bersama senyuman. Beg sekolahnya digalas di bahu kiri.
"Jom!" sorak Chae Eun gembira lalu memeluk lengan Jungkook. Jungkook hanya membiarkan. Mungkin kerana sudah terbiasa. Daripada kecil lagi mereka begini. Rapat dan akrab. Bak kata ibu bapa mereka berdua, Jungkook dan Chae Eun ibarat kembar lain mak lain ayah.
Semasa Jungkook dan Chae Eun ingin melangkah keluar dari kelas, mereka berdua berselisihan dengan Bellerose yang baru ingin melangkah masuk.
Bellerose menjeling tangan Chae Eun yang sedang memeluk lengan Jungkook.
Tch, dasar lalat gedik!
Son Chae Eun pula hanya tersenyum sinis tatkala melihat wajah Bellerose yang masam mencuka. Dia tahu yang Bellerose mempunyai perasaan pada Jungkook. Sengaja dia memeluk lengan Jungkook dengan lebih erat untuk menyakitkan hati gadis itu.
"Gedik." kata Bellerose perlahan sambil mengengam penumbuknya erat. Lantas dia berpaling daripada terus memandang dua manusia itu. Menyampah!
Kan kalau dia tumbuk si lalat gedik tu bersepai pula gigi. Nanti tak pasal-pasal tercetusnya perang dunia ketiga di antara dia dan Jungkook. Yelah, Jungkook kan sayang sangat dengan lalat gedik tu.
"Tak apa, tak apa. Hari ni hari kau. Esok lusa, aku pula yang dapat pegang lengan si Jungkook tu! Silap hari bulan, badan dia sekali aku peluk depan kau!" bebel Bellerose sendiri sambil mengemas beg sekolahnya. Rasa macam hatinya sedang dibakar!
"Dasar lalat gedik! Kalau aku dapat kau, aku pijak-pijak kau sampai mati!" kata Bellerose geram. Kakinya menghentak-hentak lantai kelas seperti sedang memijak Chae Eun.
"Ohoi! Pijak apa tu?" Soobin menepuk bahu Bellerose kuat. Dia memandang lantai dengan dahi yang berkerut. Tak ada apa-apa pun.
"Pijak lalat gedik!" kata Bellerose geram.
Soobin ketawa kuat. Sah, ni mesti kes cemburu!
"Relax la Bella. Jom aku belanja kau makan tteokboki dekat kedai depan sekolah tu." cadang Soobin setelah menggalas begnya.
"Serius kau nak belanja?!" Mulut Bellerose sedikit ternganga. Choi Soobin ni kedekut orangnya. Nak dengar perkataan 'belanja' keluar daripada mulut lelaki itu amatlah susah! Eh eh, hari ni baik hati pula. Kena sampuk dengan bunian agaknya.
"Kenapa? Tak percaya? Aku banyak duit okay." Soobin menabik dada.
Bellerose menjeling. Dasar masuk bakul angkat sendiri!
YOU ARE READING
(OG) CANDY CRUSH + jjk
Hayran KurguPertama kali melihat lelaki itu, Bellerose Jung sudah terpikat dan terjatuh hati. Bak kata-kata orang alaf ke-21, jatuh cinta pandang pertama! Ya, memang gadis itu cintakan Jeon Jungkook malah tanpa segan mengungkapkan perasaannya. "Saya sukakan awa...