Bellerose membuka pintu utama rumahnya. Keluhan berat dihembus keluar daripada mulutnya. Penat mengemas bilik SRC dan penat berkomplot dengan Namjoon untuk mengenakan Chae Eun. Nasib baiklah Jungkook tidak mengamuk tadi. Kalau tak mungkin dia sudah berada di dalam lubang kubur sekarang.
"Bella." panggil seorang wanita yang sedang duduk di atas sofa di ruang tamu yang serba mewah.
"Mummy." tegur Bella lalu menghampiri ibunya. Senyuman manis diukirkan buat sang ibu.
Puan Ariel Jung tersenyum. Tangannya menepuk ruang kosong yang terdapat di sebelahnya. Memberi isyarat kepada Bellerose agar duduk di sebelahnya.
"Mummy tak pergi butik ke hari ni?" soal Bellerose pelik. Selalunya pada waktu begini Puan Ariel sedang berada di butik untuk menguruskan perniagaannya itu. Jarang sungguh Puan Ariel berada di rumah. Selalunya pukul 6 petang barulah wanita itu pulang.
"Tak. Mummy tak berapa sihat hari ni. Pening sikit." balas Puan Ariel. Tangannya mengusap rambut hitam Bellerose.
"Bella makin gemuk." komen Puan Ariel. Pipi Bellerose dicubit lembut.
Mulut Bellerose memuncung. Gemuk jangan disebut ya! Itu hal sensitif! Dia boleh murung seminggu jika orang kata dia gemuk.
"Mana ada gemuk mummy! Mummy dah rabun ni." Bellerose cuba mempertahankan dirinya. Rasanya dia tak makan banyak pun. Cuma...
"Yelah tu tak gemuk! Makan tidur, makan tidur! Lepas tu layan Chinese drama dari malam sampai pagi." kutuk Puan Ariel. Memang itu sahaja kerja Bellerose! Sudahlah anaknya yang seorang ini tidak suka bersenam. Tidak aktif langsung! Macam manalah semua lemak itu hendak dibakar?
"Mummy, janganlah sebut pasal isu berat ni. Sensitif tahu tak? Kecik hati Bella." Bellerose memuncung.
Puan Ariel hanya menggeleng. Bellerose, anak gadisnya ini memang nakal namun masih manja. Masih kanak-kanak pada matanya.
"Daddy tak balik sekali dengan mummy ke?" soal Bellerose cuba mengalih topik. Matanya melihat ke tingkat atas. Mencari kelibat Tuan Jung.
"Daddy pergi Australia. Minggu depan baru balik." ujar Puan Ariel.
Bellerose hanya mengangguk. Sudah terbiasa dengan perkara sebegini. Tuan Jung memang sentiasa sibuk membuatkan Bellerose kurang rapat dengan ayah kandungnya sendiri. Dari kecil lagi dia sudah terbiasa jika berjauhan dengan ayahnya.
"Okaylah. Bella naik dulu. Memandangkan esok cuti, Bella nak marathon Chinese drama dari malam sampai pagi." sengih Bellerose. Pipi kiri Puan Ariel dicium sebelum dia berlari naik ke biliknya. Waktu cuti minggu beginilah dia mahu menonton drama-drama China. Kalau hari persekolahan, dia tidak berani untuk tidur lewat. Risau jika dia terbabas tidur sehingga didenda oleh Jungkook lagi. Tidak mahu mencuci tandas seperti hari itu. Seram!
Puan Ariel pula hanya menggeleng dengan perangai anak gadisnya itu.
⚘
"Ibu, Jungkook ingat Jungkook nak buat kerja sambilan lah." kata Jungkook perlahan sambil mengurut betis Puan Lee. Sedikit minyak panas dituang pada telapak tangan lalu dilumur pada betis ibunya.
Puan Lee mengangkat wajahnya. Tidak meyangka yang Jungkook akan membuat keputusan sebegitu.
"Jungkook! Apa yang kamu merepek ni? Kerja apa?!" marah Puan Lee. Sungguh dia tidak senang tatkala mendengar kata-kata Jungkook.
YOU ARE READING
(OG) CANDY CRUSH + jjk
FanficPertama kali melihat lelaki itu, Bellerose Jung sudah terpikat dan terjatuh hati. Bak kata-kata orang alaf ke-21, jatuh cinta pandang pertama! Ya, memang gadis itu cintakan Jeon Jungkook malah tanpa segan mengungkapkan perasaannya. "Saya sukakan awa...