Bellerose membuka kasutnya di hadapan pintu makmal komputer. Kalaulah komputer ribanya tidak rosak, tidak perlulah dia bersusah-payah datang ke makmal komputer sekolahnya untuk menyiapkan kertas kerja kem jati diri SRC. Sudahlah Jungkook mahu kertas kerja disiapkan itu sebelum pukul 12.00 tengah hari.
Nasib baiklah cikgu-cikgu ada mensyuarat penting pada hari itu, jadi ada jugalah masa untuk Bellerose menyiapkan kertas kerja yang dipinta.
Komputer di bahagian meja paling belakang dipilih memandang hanya komputer itu sahaja yang dilengkapi dengan kemudahan printer. Bellerose mendengus lalu melabuhkan punggungnya. Kalau boleh, sekarang juga dia nak letak jawatan sebagai setiausaha. Bukannya dapat upah pun, dapat penat adalah!
Komputer itu dihidupkan lalu microsoft world dibuka. Jari-jemari runcingnya mula bergerak laju di atas papan kekunci. Siap cepat, bolehlah dia serahkan kepada Jungkook awal-awal. Mana tahu dapat pujian sebakul daripada lelaki itu?
"Kem ini adalah bertujuan untuk.." Bellerose menaip sambil menyebut patah-patah perkataan itu. Matanya fokus memandang skrin komputer.
Setelah tiga jam dia berkampung di hadapan komputer, akhirnya siap juga kertas kerja itu. Memanglah cepat siap, Bellerose buat ala kadar sahaja. Mana tahu dengan 'ala kadar'nya ini kem jati diri mereka dibatalkan. Dia juga yang berparti tiga hari tiga malam nanti sekali dengan majlis kesyukuran.
Gadis itu menggeliat. Lenguh tulang punggung dan tengkuknya! Jam yang terlilit di pergelangan tangan dikerling.
"11 pagi." Bellerose mencebik. Patutlah perut dia berbunyi semacam. Bolehlah pergi makan sekejap, kerja dia pun dah hampir nak selesai. Tinggal nak print segala apa yang ditaipnya tadi. Selepas itu hantar kepada Jungkook dan selesai!
File itu disave terlebih dahulu. Takut terpadam pula, dia juga yang meroyan nanti. Sia-sia sahaja dia memerah otak untuk merangka ayat-ayat yang tidak berapa gramatis.
"Makcik, makcik jangan padam tau file yang saya simpan atas nama 'kertas kerja' tu. Nanti saya datang balik untuk print." sempat Bellerose berpesan kepada kerani yang bertugas di makmal komputer itu sebelum melangkah keluar. Kakinya menghala ke kantin untuk mengisi perutnya. Bila perut kenyang, hati pun senang.
•••
Chae Eun memandang ke kiri dan ke kanan sebelum membuka kasut sekolahnya, risau jika kehadirannya di makmal komputer ini disedari oleh sesiapa.
"Nice." bisiknya apabila kerani yang bertugas tiada di dalam makmal komputer. Mungkin keluar sebentar untuk bersarapan. Makmal komputer juga kosong tanpa pelajar. Mulutnya mula menyenget sedikit. Senyum sinis.
Nampaknya rancangan dia akan berjalan lancar hari ini.
Kakinya mula melangkah laju ke arah komputer yang masih menyala di bahagian belakang. Tangannya laju menggerakkan tetikus. Sebuah file dibukanya. Tatkala membaca isi kadungan file itu, bibirnya melakar senyuman sinis sekali lagi.
"Got you." jari-jemarinya menggerakkan tetikus laju. File itu dibuang. Setelah memastikan yang file itu tidak akan wujud lagi, Chae Eun meninggalkan komputer itu seperti keadaan asal. Berjaga-jaga supaya tidak meninggalkan sebarang jejak. Dia mula melangkah meninggalkan makmal komputer dengan senyuman girang.
"Aku akan pastikan yang Jungkook akan marah kau cukup-cukup lepas ni, Bellerose. He is never yours to begin with. He is mine. Forever."
•••
![](https://img.wattpad.com/cover/170390707-288-k917949.jpg)
YOU ARE READING
(OG) CANDY CRUSH + jjk
FanfictionPertama kali melihat lelaki itu, Bellerose Jung sudah terpikat dan terjatuh hati. Bak kata-kata orang alaf ke-21, jatuh cinta pandang pertama! Ya, memang gadis itu cintakan Jeon Jungkook malah tanpa segan mengungkapkan perasaannya. "Saya sukakan awa...