CHAPTER 6

2K 321 40
                                    

Bellerose melangkah turun daripada biliknya dengan lengkap berpakaian sukan. Gadis itu menuruni tangga dengan penuh semangat. Excited nak turunkan berat badan katakan. Mana tahu lepas ni Jungkook tak akan reject dia lagi dah kan?

"Amboi, nak pergi mana pagi-pagi macam ni?" tegur Puan Ariel yang berada di meja makan sambil menikmati makan pagi.

Bellerose tersengih. Ni mesti kena perli sekejap lagi dengan mummy.

"Nak pergi joging. Bella dah gemuk." kata Bellerose bersama mulut yang memuncung. Lalu, sekeping sandwich dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Bagus, sedar pun diri-sendiri dah gemuk. Tengok mummy, maintain je." perli Puan Ariel pula namun terselit juga pujian buat diri-sendiri. Mesti Bellerose meroyan semalam tadi. Kalau tidak, tak adalah anak perempuannya yang seorang ini sanggup bangun awal semata-mata mahu pergi berjoging.

Bellerose menjeling manja. Mummy kalau tak perli dia memang tak sah!

"Eleh, mummy pergi buat treatment buang lemak kan?" serang Bellerose pula. Bukannya anak derhaka, tetapi dia sudah biasa bergurau sebegini rupa dengan Puan Ariel.

"Eh budak bertuah ni!" Puan Ariel menepuk lengan Bellerose. Itu rahsia kerajaan! Sulit!

Bellerose hanya tersengih. Kadang-kadang dia dan Puan Ariel memang sekepala. Mungkin sikap nakal dan suka menyakatnya diturunkan oleh Puan Ariel kepadanya. Tuan Jung pula lebih tegas dan serius. Memang jauh bezanya jika hendak dibandingkan Puan Ariel dengan Tuan Jung. Macam manalah Puan Ariel boleh tersangkut dengan Tuan Jung dulu.

"Makcik Kim, tolong isikan air untuk Bella boleh tak? Bella nak bawa pergi joging." pinta Bella bersama senyuman. Makcik Kim yang berdiri di sisi meja hanya mengangguk bersama senyuman.

"Tak payah Makcik Kim. Biar Bella pergi isi sendiri air dia. Pemalas!" potong Puan Ariel pula.

Bellerose mencebik.

"Please Makcik Kim." rayu Bellerose sambil menyatukan kedua-dua belah tangannya.

"Tak apalah Puan Ariel, dah memang tugas saya. Bella tunggu sekejap ya, makcik pergi isi air untuk Bella." kata Makcik Kim bersama senyuman lalu berlalu pergi ke dapur.

Puan Ariel menjegilkan matanya kepada Bella. Tangannya mencubit lengan anak gadisnya itu.

"Dasar pemalas!" kata Puan Ariel.

Bellerose hanya tersengih. Sekeping lagi roti yang disapu dengan jem strawberi dimasukkan ke dalam mulut dengan hati yang gembira.

Puan Ariel menggelengkan kepalanya. Bellerose memang pemalas. Kalau boleh, semua kerja gadis ini hendak menyuruh pembantu rumah mereka lakukan. Tetapi nasib baiklah Bellerose masih pandai dan tahu untuk menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

"Nah, Bella." kata Makcik Kim sambil menghulurkan sebotol air kepada Bellerose.

"Thank you!" ucap gadis itu ceria bersama senyuman. Botol air itu diambil daripada tangan Makcik Kim.

"Bella pergi dulu mummy." sengih Bellerose lalu mencium kedua-dua belah pipi Puan Ariel. Kakinya mula melangkah meninggalkan meja makan.

"Bagus cuaca hari ni." kata Bellerose sambil memandang ke arah langit yang terbentang luas. Tidaklah panas mana cuaca pagi ini. Sesuai sangat untuk berjoging.

"Ayuh turunkan berat badan!" Tangannya dikepalkan lalu dijulang tinggi. Gadis itu mula berjalan menuju ke taman rekreasi yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahannya.

Sesampai sahaja di taman, gadis itu mula berlari anak mengelilingi tasik buatan manusia yang terdapat di tengah-tengah taman itu.

"Oh my, tu bukan Jeon Jungkook ke?" bisik Bellerose sambil tersengih. Baik sungguh nasib dia hari ni! Terserempak dengan Encik Crush!

(OG) CANDY CRUSH + jjkWhere stories live. Discover now