CHAPTER 14

2.1K 373 75
                                    

Seokjin melabuhkan punggungnya di atas kerusi di luar kedai serbaneka. Peluh di dahi dikesat menggunakan belakang telapak tangan. Termasuk hari ini, sudah satu minggu dia mencari cucu Tuan Jeon yang hilang dengan berbekalkan beberapa maklumat yang agak kurang membantu.

"Mana aku nak cari budak ni?" keluh Seokjin. Gambar bayi lelaki yang berada di tangannya itu ditatap bersama keluhan.

Susah. Bagaimana dia dapat mencari orang yang telah hilang selama belasan tahun lamanya? Dia enggan menerima tugasan ini. Namun tatkala Tuan Jeon mahu memberikan ganjaran dan upah yang besar nilainya, dia terima juga.

"Jeon Jungkook." nama itu meniti di bibirnya. Mengikut kata Tuan Jeon, Jeon Jungkook sekarang telah berusia 18 tahun. Tetapi masih hidupkah cucu lelaki itu?

Kim Seokjin mula termenung. Di Korea, terdapat beribu-ribu sekolah tinggi. Maksudnya, itu akan mengambil masa yang lama untuk menjejaki Jeon Jungkook. Tambahan lagi, maklumat pelajar pastinya sulit dan itu akan menyukarkan lagi kerjanya.

Mata lelaki itu mula memandang dua orang pelajar sekolah yang berhenti di hadapan kedai serbaneka. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang perempuan mukanya ceria, yang lelaki pula mukanya kosong dan tidak berperasaan. Seokjin tersengih tatkala terdengar si gadis mengusik pelajar lelaki yang berwajah kosong itu.

'Cute.' puji Seokjin dalam hati. Fikirnya, mungkin dua orang pelajar itu ialah pasangan kekasih. Si gadis mungkin cuba memujuk si lelaki yang sedang merajuk.

"Jungkook, hari ni saya belanja okay?" kata-kata gadis itu membuatkan Seokjin tersedak air liur. Dua pelajar itu memandang pelik ke arahnya namun Seokjin hanya tersenyum kekok lalu membuang pandang ke arah lain.

Jungkook?

Adakah pelajar lelaki itu Jeon Jungkook?

Seokjin hanya memerhati kedua-dua pelajar itu yang sudah memasuki kedai serbaneka. Dia harus tetap berada di sini untuk mencuri dengar lagi. Mungkin si gadis akan menyebut nama panjang pelajar lelaki itu. Seketika kemudian, dua orang pelajar itu melangkah keluar bersama beberapa jenis makanan.

"Pakcik Lee dan sihat ke?" soal si gadis membuka mulut.

"Sihat macam tu lah. Batuk ayah dah kurang. Tapi masih ada lagi. Entahlah, ayah tetap degil tak nak pergi hospital. Nasib baik ada ubat yang kau belikan." balas si jejaka pula.

Seokjin mengeluh hampa. Pakcik Lee? Ayah? Jadi nama lelaki itu Lee Jungkook? Mungkin betul. Di dalam negara Korea ini, pastinya beribu-ribu orang memiliki nama Jungkook mahupun Jeon Jungkook.

Kim Seokjin mula mengangkat punggung. Daripada dia bersantai-santai makan gaji buta, baiklah dia meneruskan pencariannya. Dia sempat melempar senyum kepada dua orang pelajar itu yang seperti sedang bertengkar kecil.

•••

"Jungkook, Jungkook! Berhenti!" kata Bellerose sambil menepuk bahu lelaki itu.

Jungkook memberhentikan basikalnya. Dia berpaling memandang Bellerose.

"Kenapa?" soalnya sambil mengangkat kening. Dahinya sudah basah dengan peluh kerana cuaca yang panas terik. Si loceng ini pula mahu dia berhenti di tengah-tengah jalan. Sudahlah panas, mahu jadi loceng bakar ke?

"Berhenti kedai serbaneka sekejap nak?" Bellerose memandang Jungkook lalu dia mengerling ke arah kedai serbaneka yang terletak di seberang jalan. Sudah lama dia tidak ke kedai serbaneka kerana Puan Ariel dan Tuan Jung melarangnya keras. Tetapi hari ini dia bersama dengan Jungkook bermakna ini adalah hari perlepasannya. Tak salahkan kalau tak ikut cakap mummy dan daddy sekali-sekala?

(OG) CANDY CRUSH + jjkWhere stories live. Discover now