CHAPTER 7

2.3K 358 85
                                    

Bellerose mengetap bibirnya. Selalunya ada sahaja modal untuk dia jadikan topik perbualan di antara dia dan Jeon Jungkook walaupun jejaka tampan itu kadangkala tidak langsung melayan mulut murainya yang sentiasa berbunyi mengalahkan makcik-makcik bawang.

Tetapi kali ini, dia rasakan mulut murainya telah meletak jawatan. Senyap sahaja perjalanan pulang ke rumahnya pada ketika itu walaupun ditemani oleh Jeon Jungkook yang separuh rela atau mungkin tidak rela langsung berjalan pulang dengannya.

Bellerose bermain dengan jarinya sendiri. Um, nak cakap apa ya? Tidak pernah lagi dia kehabisan idea untuk berbual dengan lelaki idamannya itu.

"Kenapa kau selalu cari gaduh dengan Chae Eun?" soal Jungkook tiba-tiba tentang peperangan di antara Bellerose Jung dan Son Chae Eun.

Bellerose terkejut. Buat pertama kalinya dalam sejarah dunia, Jeon Jungkook yang terlebih dahulu memulakan perbualan. Adakah ini petanda yang baik? Adakah lelaki ini sudah boleh menerimanya? Oh, jangan berangan terlalu tinggi Bellerose Jung, nanti jatuh sakit yang teramat sangat.

"Eh, saya yang cari gaduh? Bukan dia ke yang selalu cari gaduh dengan saya? Saya tahulah dia tu kekasih awak, tapi tak payahlah sampai nak backup dia macam tu sekali." pangkah Bellerose geram bersama jelingan. Jungkook tak adil! Selama ini si lalat gedik itu yang terlebih dahulu mencari pasal dengannya, bukan dia! Lihatlah hari itu, Son Chae Eun dengan sengajanya menumpahkan air ke atas bajunya. Kalau kekasih sekalipun, tak payahlah mahu membenarkan yang salah. Mana boleh menegakkan benang yang sedia basah!

"Kekasih?" bisik Jungkook perlahan. Bibirnya mengukir senyuman senget. Nampaknya Bellerose sudah salah faham di antara hubungannya dengan Chae Eun. Tapi tak apa, biarkan sahaja kesalafahaman itu berlanjutan.

"Apa kata awak cuba tanya Chae Eun sendiri kenapa dia suka cari pasal dengan saya. Nak kata saya rampas kekasih dia, tak adalah pula. Kekasih dia yang terlebih jual mahal. Tapi kalau dia tak suka saya sebab saya cuba caras boyfriend dia, yelah tu kot." balas Bellerose acuh tidak acuh. Batu-batu kecil di tepi jalan disepak.

"Kalau kau dah tahu yang Chae Eun tu kekasih aku, kenapa kau masih cuba nak dekat dengan aku?" Jungkook cuba menguji.

Bellerose berdecit.

"Alah, baru kekasih. Silap-silap terputus di tengah jalan. Selagi awak belum begelar suami dia, saya masih ada peluang kan?" kata Bellerose yakin sambil memandang Jungkook.

Mereka berdua berhenti di hadapan rumah agam Bellerose.

"Jungkook, masuklah dulu. Tapi awak duduk dekat gazebo tu jelah. Sebab saya rasa rumah saya tak ada orang ni. Mummy saya keluar dengan pembantu rumah pergi pasaraya rasanya." kata Bellerose lalu membuka pintu pagar kecil rumahnya.

Jungkool mengangkat kening.

"Kenapa nak suruh aku masuk pulak?" soal lelaki itu pelik. Rasanya dia tiada apa-apa urusan dengan Bellerose.

"Saya nak bagi balik sapu tangan awak yang awak pinjamkan dekat saya hari tu. Saya siap basuh guna Downy lagi tahu." sengih Bellerose.

"Tak apa, aku tunggu dekat luar je." tolak Jungkook.

Bellerose mengeluh. Susahlah cakap dengan Jungkook ni.

"Dekat luar panas. Awal duduklah dulu dekat gazebo tu. Tak ada orang yang nak tangkap kita berdua-duan punya. Saya pun taknak kahwin free." ujar Bellerose bersahaja lalu menarik tangan Jungkook memasuki halaman rumahnya.

"Eh, orang kata taknak tu taknak lah." jeling Jungkook.

"Ikut jelah!" kata Bellerose lalu menarik tangan Jungkook.

(OG) CANDY CRUSH + jjkWhere stories live. Discover now