Bellerose melihat Jungkook yang sedang tekun menyalin apa yang ditulis oleh cikgu di papan putih. Tangannya digengam lalu menongkat dagu. Senyuman manis mula terukir persis orang gila bayang. Kalau orang gila tengok dia pun, mungkin mereka tak akan mengaku Bellerose kaum mereka.
"Bella." bisik Soobin sambil mencuit-cuit lengan gadis itu.
"Apa?" soal Bellerose tanpa memandang wajah Soobin. Senyuman masih terlekat pada wajahnya seperti digam dengan gam gajah. Susah untuk ditanggalkan.
"Bella." panggil Soobin lagi.
Bellerose mendengus. Kacau daun betullah! Orang baru nak cuci mata. Kepalanya dipalingkan lalu wajah Soobin dicerlung.
"Nak apa?" soal Bellerose geram. Rasa macam nak hempuk kepala Soobin dengan kamus dewan dan pustaka biar panjang leher lelaki itu kurang lima inci.
"Tuu." Soobin menghalakan jari telunjuknya ke sisi Bellerose namun masih dalam keadaan berbisik. Kenapa berbisik? Oh, mungkin sebab Soobin sakit tekak hari ini.
Bellerose memalingkan wajah ke arah yang ditunjukkan oleh Soobin. Gulp. Air liur ditelan kesar. Tekak rasa berpasir. Suara seperti tersekat di kerongkong. Mungkin melancarkan mogok tatkala melihat Cikgu Jang berdiri tegak di hadapannya sambil bercekak pinggang.
"Cik-cikgu." gadis itu tersengih kekok. Dapat dia rasakan semua mata di dalam kelas sedang memandang ke arahnya. Termasuk Jeon Jungkook, Encik Crush tercinta.
"Awak dah siap salin apa yang saya tulis?" soal Cikgu Jang garang. Misainya yang lentik menambahkan lagi aura garang dan tegas dalam dirinya. Bellerose meneguk air liur lagi. Mungkin tak payah makan balik ni sebab dah kenyang telan air liur bergeleng-geleng sekarang.
"Belum cikgu." Bellerose Jung tersengih lagi. Berharap degan sengihannya yang tak berapa nak comel ni boleh menyejukkan sedikit hati Cikgu Jang yang mungkin sedang berapi.
"Habis tu, yang awak duk tersengih-sengih macam kerang tak berapa nak wangi ni kenapa?!" Guru lelaki itu menghentak meja Bellerose kuat menggunakan rotan membuatkan gadis itu menutup mata. Cikgu Jang tengah bulan mengambang ke?
Bellerose mengerling ke arah Soobin yang sedang tekun meyalin apa yang ditulis oleh Cikgu Jang. Ceit, berlakon rajin Soobin ni.
"Maaf cikgu." Bellerose menunduk sedikit. Pen biru kembali digengam lalu menyambung aktiviti menyalin yang tergendala tadi. Apabila Cikgu Jang sudah kembali ke mejanya, Bellerose menghembus nafas lega. Nasib baiklah Cikgu Jang tak mengamuk tadi.
"Kau mengelamun apa? Mengelamun tengah naik pelamin dengan Jungkook?" perli Soobin dalam nada berbisik. Mungkin bimbang jika Cikgu Jang dapat menangkap aktiviti haram mereka berdua. Mujurlah meja mereka berdua jauh di belakang.
"Macam tahu-tahu je." gurau Bellerose juga. Ketawanya ditahan. Risau jika akan menarik perhatian Cikgu misai lentik itu.
"Gatal!" cebik Soobin. Kepala Bellerose ditolak perlahan.
"Eleh kau, macamlah aku tak tahu yang kau pun gatal." Pedas gadis itu membalas.
"Eh, kau jangan nak main tuduh-menuduh! Aku suci lagikan murni!" marah Soobin pula.
Bellerose tersenyum sinis.
"Kau ingat aku tak tahu, kau beli majalah dewasa yang ada gambar perempuan pakai seksi-seksi? Yang pakai bikini tu?" Bellerose bercekak pinggang. Dasar Soobin cakap tak sedar diri! Dia lagi teruk tak sedar!
"Mana kau tahu?" soal Soobin. Telinganya memerah. Mungkin malu kerana rahsianya sudah terbongkar. Habislah, dia dah kantoi yang dia tak innocent.
"Kau ingat tak hari yang aku pergi rumah kau untuk pinjam buku latihan bahasa inggeris tu?" Bellerose mengangkat kening. Sesekali matanya mengerling ke arah Cikgu Jang yang masih menulis sesuatu di papan putih.
YOU ARE READING
(OG) CANDY CRUSH + jjk
FanfictionPertama kali melihat lelaki itu, Bellerose Jung sudah terpikat dan terjatuh hati. Bak kata-kata orang alaf ke-21, jatuh cinta pandang pertama! Ya, memang gadis itu cintakan Jeon Jungkook malah tanpa segan mengungkapkan perasaannya. "Saya sukakan awa...