Bellerose mengatur langkah ke belakang bangunan sekolah. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan, risau jika dia diekori atau diperhati oleh pelajar lain.
Setelah sampai di belakang blok, gadis itu bersandar pada dinding yang bewarna coklat sambil menunggu seseorang.
"Mana dia ni?" rungut Bellerose sambil mengerling ke arah jam tangannya. Sudahlah waktu rehat sudah hendak tamat. Orang itu pula masih belum memunculkan diri. Memang tidak menepati masa betul!
"Oit!" Seseorang mencuit bahunya membuatkan dia berpaling. Lelaki yang sedang tersenyum itu ditatap oleh Bellerose dari atas sehingga bawah. Bellerose menggeleng perlahan.
"Sampai bila kau taknak ikut peraturan sekolah hah?" soal Bellerose. Dia memandang pemakaian lelaki tersebut. Blazer sekolah entah ke mana, baju tidak dimasukkan ke dalam seluar, tidak memakai tali lehar dan tidak memakai stokin. Memang sesuai sangat dengan gelaran bad boy.
"Tch, suka hati aku lah. Yang kau nak jumpa aku ni kenapa? Ada job eah?" Lelaki yang bernama Kim Namjoon itu mengangkat keningnya. Jika Bellerose memanggilnya, pasti gadis itu ingin dia melakukan sesuatu. Dan pastinya ada habuan! Pasti lumayan! Makan besarlah dia nanti.
"Ha'ah, ada job." Bellerose tersenyum nakal. Gadis itu berpeluk tubuh di hadapan Namjoon.
"Cakaplah apa benda tu. Kim Namjoon sedia berkhidmat. Tapi kena ingat, pengerasnya kena ada." Namjoon melakar senyuman sinis sambil memetik jarinya.
Gadis itu menggulingkan matanya. Kenal sangat dengan Namjoon. Dasar mata duitan! Tapi Bellerose tidaklah kisah mana sebenarnya kerana kerja yang dilakukan oleh Namjoon pasti tiptop!
"Kau kenal Son Chae Eun?" soal Bellerose.
"Chae Eun? Chae Eun yang mana satu eah?" Namjoon mengusap dagunya. Ramai juga yang bernama Chae Eun di sekolah ini. Dia tidak pasti Chae Eun yang mana satu dimaksudkan oleh Bellerose.
"Alah, Chae Eun yang selalu berkepit dengan Jungkook tu!" Bellerose mengeluh geram.
"Ooooo, girlfriend Jungkook tu? Kenal, kenal." kata Namjoon sambil menganggukkan kepalanya.
Bellerose berdecit tatkala Namjoon mengelarkan Chae Eun sebagai kekasih Jungkook. Tapi itu masih khabar angin ya! Masih belum confirm!
"What ever. Kekasih Jungkook ke adik Jungkook ke nenek Jungkook ke, apa yang penting sekarang, aku nak kau tolong aku kenakan dia." balas Bellerose. Mulutnya melakar senyuman sinis.
"Susahlah. Buatnya Jungkook laporkan aku dekat pengetua macam mana? Dahlah dia tu sekarang Presiden SRC." cebik Namjoon. Ketar juga lutut dia tatkala diminta untuk mengenakan seseorang yang rapat dengan Jungkook. Kalau kena denda je tak apa, tapi kalau kena buang sekolah? Memang matilah dia.
Bellerose menggulingkan matanya.
"Kau ponteng kelas tak takut pula kena report? Setakat kenakan perempuan tu, takkan dah kecut kot." Bellerose cuba memprovok Namjoon.
"Susahlah Bella." keluh Namjoon. Kalau orang lain dia sanggup. Tapi kalau Chae Eun ni, susahlah sikit.
"Tak nak sudah. Aku baru ingat nak bagi upah 100 ribu won. Tapi tak apalah kalau kau taknak, aku boleh upah orang lain. Bye." balas gadis itu lalu berpaling. Dalam dia dia mengukir senyuman. Pasti Namjoon akan menerima nanti. Lelaki itukan sukakan duit.
YOU ARE READING
(OG) CANDY CRUSH + jjk
FanfictionPertama kali melihat lelaki itu, Bellerose Jung sudah terpikat dan terjatuh hati. Bak kata-kata orang alaf ke-21, jatuh cinta pandang pertama! Ya, memang gadis itu cintakan Jeon Jungkook malah tanpa segan mengungkapkan perasaannya. "Saya sukakan awa...