🎎 scarlet heart : 05

96 17 322
                                    

siapa yang tak faham pasal ayat chanhee masa chap 3 sila komen HAHAH

---

"Yah, nak tahu tak, kita ada gelaran Princess masing-masing." Kata Seojin.

"Tak. Tak tahu dan tak nak tahu." Kata Haebin.

Harin mengangguk. "Tu kisah hidup puteri ni, bukan hidup aku HOHO." Kata Harin.

Jinhee hanya memandangnya dengan pandangan yang agak susah untuk ditafsirkan.

"Alah, baru nak cerita dekat korang." Kata Seojin lagi lalu meletakkan buku yang setebal DUA KAMUS DEWAN.

Areum yang sedang cuba minum teh panas itu dengan berhati-hati itu tersedak lalu tersembur teh itu ke arah muka Haelyn.

"Erk..cowi wak ehehehe." Kata Areum lalu menunjukkan tanda peace.

"Aku tahu muka aku lawa tapi perlu ke buat macam ni fuh." Kata Haelyn lalu mengelap mukanya.

"Aku geli tengok apa Areum buat dekat kau, tapi aku rasa jijik bila kau cakap macam tu." Kata Jimin. Haelyn menjelingnya dengan tajam.

Terus Jimin memandang ke tempat lain.

"Korang nak dengar ke tak cerita ni?" Tanya Seojin lagi.

"TAK NAK."

"Okey, dalam buku ni kata yang Haelyn merupakan puteri sulung diantara 8 puteri yang dikenalkan di kerajaan." Kata Seojin.

Semua sudah buat muka menyampah. Orang kata ni dia buat tu. Masak la adeih.

"- Dia mendapat gelaran Puteri Harimau ataupun dalam English yang aku boleh translate kan is Hot Tempered Princess. Dia hampir membuat jenayah iaitu membunuh abang kandung dia sendiri tapi mujur Wang Nana..?"

"-bila masa pulak wujud Wang Nana ni? Seingat aku Wang Jaemin je ada dalam buku sejarah." Seojin hairan.

"Sambung jelah." Kata Harin pula. Seojin hanya tersengih lalu menyambung bacaannya.

"Wang Nana berjaya menghalang Haelyn dari menjadi penjenayah di hadapan mata khalayak kerabat diraja. Pada masa ini, tiada apa-apa lagi yang boleh dicatitkan tentang Puteri Haelyn." Kata Seojin lagi.

Semua tergamam. "Bapak kau ah Haelyn, ni kau buat 1000 tahun lepas." Kata Areum.

"YAH DIA YANG BUAT BUKAN AKU." Jerit Haelyn. Semua mengangguk. Dulu ngan skang sama je. Tak de beza pun kalau kau terbang jadi 1000 tahun kemudian.

"Puteri yang kedua dilahirkan antara lapan puteri ialah.. AKU LAH HAAHAHHAA. AKU HAKAK KORANG HAHAHA."

"-dia dikenali sebagai puteri yang amat pintar dan cerdik dalam pelajaran dan hal usul masalah kerajaan." Seojin sudah menayangkan muka bangganya.

Manakala yang lain sudah gatal tangan mahu menampar wajah Seojin itu.

"-namun, hanya satu sahaja kelemahannya. Dia agak lem..bab." Sambung Seojin lagi.

"HAHAHAH NI AKU SETUJU GILA. MEMANG PUN. NAIK STRESS AKU BILA KAU MACAM NI. BOLEH TERBANG AKU."

Seojin hanya berdehem.

[C] walkin' in time 『시간 안에 걷다』Where stories live. Discover now