🎎 scarlet heart : 11

84 15 264
                                    

SOLO : AREUM & SEOJIN feat. Yeonmi

---

"Wang Sunwoo dengan Wang Chanhee hilang, Harin, Jimin, Haebin dengan Jinhee macam dah balik ke masa moden. Kau tak rasa sesuatu yang pelik ke?" Tanya Areum kepada Seojin dan Haelyn.

"Tu la yang aku runsingkan sekarang.Kenapa semua makin jadi pelik ni," kata Haelyn.

"Tapi aku teringin nak tahu," kata Seojin.

"-pasal khabar Yeonmi sekarang." Sambung Seojin lagi.

---

"Yah,berani korang bunuh Chanyeol macam tu je? Aku dah cakap kan jangan sentuh aku punya ahli!" Lelaki itu menjerit.

"Siapa suruh kacau aku punya kawan. Bukan kita dah janji? Seksa aku sorang je?" Yeonmi melangkah setapak ke depan.

"Tak seronok la seksa kau sorang je. Kena lah seksa kawan kau tu jugak." Lelaki itu tersenyum sinis.

"Tak seronok lah kau kacau kawan aku, lagi seronok kalau aku bunuh ahli kau yang lemah tu." Kata Yeonmi sambil tersenyum sinis.

"Kau tahu tak kau mengundang peperangan yang besar antara kerajaan Yeowi dengan kerajaan Goryeo." Kata lelaki itu.

"Jangan nak libatkan kerajaan Goryeo dalam hal ni. Nak lawan, lawan dengan aku." Kata Yeonmi.

"Kau cukup kuat ke nak lawan kitaorang bersembilan?" Tanya lelaki itu.

"Kau ada ahli kau sendiri,aku pun ada ahli aku sendiri,"

"-Byun Baekhyun." sambung Yeonmi.

---

"Yah, nak aku teman ke?" Tanya Wang Jaehyun kepada adiknya, Seojin.

"Tak apa lah. Alah, takat nak pergi perpustakaan je pun. Areum dengan Haelyn pun ada sekali. Jangan risau." Kata Seojin kepadanya.

"Hati-hati tau. Jangan ikut sesiapa yang kau tak kenal. Kau ni dah la rasa semua orang baik." Kata Wang Jaehyun kepadanya.

"Eheh, okey okey." Kata Seojin sambil tersenyum.

---

"Kita kena cari banyak maklumat dekat sini. Tak kira apa-pun." Kata Haelyn kepada mereka berdua.

"Aku pergi bahagian sana. Korang tengok la buku dekat bahagian sini." Kata Haelyn lagi lalu pergi ke bahagian lain.

Seojin dan Areum hanya mengangguk lalu Areum dan Seojin membelek-belek buku yang mereka rasa berkemungkinan besar mempunyai maklumat yang mereka mahukan.

Apabila mereka sedang ralit membaca buku itu, tiba-tiba seseorang menghampiri mereka berdua.

"Oh Haelyn, dah jumpa ke-"

Tiba-tiba buku Areum jatuh dari pegangannya.

"Oh? Areum kau kena-"

Buku Seojin juga jatuh ke tanah.

Seketika kemudian, Haelyn kembali.

[C] walkin' in time 『시간 안에 걷다』Where stories live. Discover now