🎎 scarlet heart : 00

271 26 523
                                    

"Yah, perlu ke sampai buat kelas tambahan sejarah ni? Takat lawat muzium negara je pun, ni pun sampai kena stay kat sekolah sejam lepas sekolah sebab nak belajar sejarah.Kenapa lah aku apply nak join gi muzium." Haelyn merengek. Tidak puas hati kerana tidak boleh balik awal seperti rakan sekelasnya yang lain kerana dia menyertai untuk pergi ke muzium dan dia hanya wakil pelajar perempuan kelas 3-4 untuk pergi.

"Kalau kau malas nak belajar, tu jadi macam Yeonmi.Tu masuk kelas last uh." Kata Haebin kepadanya sambil menunjuk ke arah Yeonmi yang sedang tidur dengan nyenyak sambil buku sejarah berada di atas kepala.

Haelyn berdehem lalu diam dan menumpukan perhatian terhadap apa yang Cikgu Kwangsoo mengajar.

Haebin berdecit. Baru tahu nak diam.

Manakala Seojin yang duduk bersebelahan dengan Harin itu mengerutkan dahinya.

"Cikgu Kwangsoo cakap apa?" Tanya Seojin kepada Harin.

"Cikgu Kwangsoo suruh bukak muka surat 150." Jawab Harin. Seojin hanya mengangguk.

Lalu dia pun membuka muka surat 1150.

Terbeliak mata Harin melihat Seojin bersusah payah mahu mencari muka surat 1150 itu.

"Woi, 150 bukan 1150." Kata Harin lalu memukul Seojin.

"Ha? Oh, muka surat 15,cakap lah awal-awal muka surat 15,susah susah je aku nak bukak muka surat beribu ribu tu." Kata Seojin pula lalu Jimin yang berada di belakangnya membaling pemadam ke arah kepala Seojin.

"Aduih--" Seojin mengerang kesakitan lalu serentak Harin dan Seojin memandang ke belakang. Lalu Jimin mengangkat sekeping kertas.

"Woi, kalau pandai tu buat cara pandai, jangan jadi bengap, kau nak jadi sebengap Yeonmi ke? Muka surat 150 makcik, 150. AKU ULANG 150. BUKAN 1150,BUKAN 15! Sekian dari hakak lawo mung, Jimin."

Seojin mengangguk lalu membuka muka surat 60.

Harin menghentakkan kepalanya ke atas meja. Manakala Jimin membaling pen ke lantai.

Seojin yang tidak tahu apa-apa hanya tersenyum ke arah mereka berdua.

Jinhee dan Areum pula sedang membaca muka surat yang sedang diajar oleh Cikgu Kwangsoo.

(fakta)

Goryeo (고려) adalah dinasti atau wangsa yang diasaskan oleh Maharaja Taejo pada tahun 918 M. Nama Korea berasal daripada kerajaan ini. Dinasti Goryeo telah menggabungkan Tiga Kerajaan Akhir iaitu Silla, Hubaekje dan Taebong (Hugoguryeo) pada tahun 936 M dan memerintah sebahagian besar semenanjung Korea. Kerajaan ini kemudiannya jatuh setelah dikuasai oleh Dinasti Joseon pada tahun 1392. Goryeo telah meluaskan wilayah kekuasaannya sehingga ke Wonsan (kini sebuah bandar di Korea Utara) di timur laut, Sungai Amnok dan seluruh semenanjung Korea (1374).

Goryeo, 918-943 - Diperintah oleh Taejo Wang Geon, seorang raja yang berlatar belakang dari keluarga pedagang yang kaya raya. Pada masa pemerintahannya, Wang Geon berhasil mempersatukan Korea dalam skala besar dan bertahan hingga 400 tahun. Untuk menstabilkan politik, Wang Geon menikah dengan banyak isteri dan selir. Kalau dihitung ada 27 isteri dan 35 orang anak.

"Tak sangka raja kita dulu gatal orangnya." Kata Jinhee. Areum menjelingnya.

"Suka hati kau je cakap macam tu. Tak tengok cerita Scarlet Heart ke apa?" Tanya Areum kepadanya.

[C] walkin' in time 『시간 안에 걷다』Where stories live. Discover now