🎎 scarlet heart : 06

109 14 429
                                    

Buat masa sekarang ni,nad ada dua plot yang bercanggah.

so nad nak tanya. korang nak ;

1.banyak tragedy yang berlaku (means akan ada byk chap)

@

2.nak happy-happy je, tak mo stress (limit chap dalam 15)

Sila pilih ya hoho. (recommended : 1 sebab Nad dh ada belambak idea pasal ni, tapi klu korg tak nak stress boleh je pilih no 2 HAHAH)

---

"Yeonmi, hari ni adik beradik kita berkumpul, makan sama-sama, buat aktiviti sama-sama. Alah, macam kita selalu buat masa kecik dulu. Kau je yang selalu tak ada. Sibuk sangat lah kerja yang kau tengah buat tu." Kata Wang Woojin kepadanya.

"Kena datang ke?" Tanya Yeonmi. Wang Woojin membuat muka.

"KAU YANG DAH BERTAHUN-TAHUN TAK DATANG, TANYA PULAK KENA KE TAK. KENA LAH. WAJIB." Kata Wang Woojin dengan tegas.

"Kakak-kakak kesayangan anda menunggu anda tu, rindu sangat dah diaorang sampai asyik mintak kitaorang bawak kau. Tapi tulah, kau pulak duk-hm..." Kata Wang Jeongwoo lalu menggelengkan kepalanya melihat Yeonmi.

"Kau tak faham aku buat apa, baik kau diam." Kata Yeonmi dengan dingin.

Wang Jeongwoo berdehem."Okey aku tak kacau kau dah. Cuma, datang lah, kang aku mintak hyung angkat kau pergi sana." Kata Wang Jeongwoo lalu beredar.

"Aku penat, faham tak?" Kata Yeonmi kepada Wang Woojin.

"Tidur je lah kat sana nanti. Asalkan yang lain dapat nampak muka kau dah cukup la tu." Kata Wang Woojin kepadanya.

Yeonmi hanya mengeluh.

---

"Okey, aktiviti petang kita untuk hari yang istimewa ni ialah.."

"MAIN BALING BATU!" Jerit Wang Sunwoo.

"Kumpulan siapa yang ahli dia kepala berdarah, kumpulan tu menang.Boleh?" Cadang Wang Sunwoo.

"Kau dengan Seojin sama je bangang dia." Kata Jimin yang mahu menangis.

"Aku pulak?" Seojin berasa tidak puas hati akan ayat Jimin tu.

"Sedar lah dik, kau tu sejak kecik lagi bengap. Eomma suruh pakai kain hanbok tu dekat bahagian bawah kau pergi pakai dekat kepala." Kata Jaehyun kepadanya lalu tersenyum manis.

Wo dia punya hina tu siap senyum acah manis lagi tu.

"Dari main benda tu yang boleh membawa maut dan aku jugak yang salah sebab aku yang paling tua antara semua. Baik kita makan-" belum sempat Wang Seungcheol mahu menghabiskan ayatnya. Jinhee sudah memotongnya.

"MANA MAKANAN, NAK, NAK, BAGI AKU MAKAN DULU." Dengan tergesa-gesanya Jinhee melompat ke atas Wang Seungcheol untuk makanan.

"W-woi dik. Bagi aku habis cakap dulu. Kau ni sesak nafas aku." Seungcheol menepuk belakang Jinhee menyuruhnya melepaskan genggaman yang agak seksa buatnya.

[C] walkin' in time 『시간 안에 걷다』Where stories live. Discover now