"Okey semua, kamu semua dah bersedia nak pergi ke muzium?" Tanya Cikgu Sechan.
"DAHHHHHH!!!!!"
"Okey, jom kita gerok ye dok abe sechan deh, tak sabo nok usho gambo putegho rajo hok hensem hensem belako tu dok?" Balas Cikgu Somin pula dengan loghat yang..macam..
Tutttttt
"Ha apa apa lah kau, kerja kau mengarut je kerja, tu ah, duk hangout ngan zirafah tu agi, kawan aku ni dah jadi bangang tahap gaban, tabah ah aku dapat kawan macam kau." Kata Cikgu Sechan kepadanya. Cikgu Somin hanya mencebik muka masam.
"Ha apa apa lah, Pakcik Seokjin, gerak cepat." Kata Cikgu Somin kepada pemandu bas itu.
Euiwoong dan Seonho memandang sesama sendiri.
Haelyn hanya menjegil melihat kedua dua cikgunya itu.
"Aku kahwinkan jugak la dedua cikgu aku ni kang. Mulut bising je dedua." Desisnya.
Areum pula sedang melihat keindahan longkang dengan teruja.
Seojin? Ha sama je dengan Areum, join sekali tengok.
"Wei kat longkang tu ada sampah la, comel ah!" Kata Areum.
"Ee, tak comellah! Tu, air longkang tu lagi comel." Kata Seojin pula.
"Sampah la lagi comel!"
"TAK, AIR LONGKANG."
"SAMPAH LAH."
"AIR LONGKANG."
Maka mereka berdua pun bergaduh tentang sampah ke air longkang lagi comel.
Top student dalam kelas, tapi perangai macam budak tadika.
Jimin hanya menggelengkan kepalanya melihat kebodohan kawannya itu.
Lagi nak mengamuk bila tengok Yeonmi tengah sedap tidur terkangkang sebelah dia.
Terus Jimin mengambil kasut dia yang memang dah bau busuk, KAU TAK BASUH KE APA itu lalu meletakkan kat hidung Yeonmi lalu ditenyeh tenyeh kasut itu ke muka Yeonmi.
"Bau busuk apa ni.." Kata Yeonmi dengan mamai lalu memeluk kasut Jimin itu lalu sambung tidur.
Jimin yang memang mahu nak marah itu terus menyepak Yeonmi dan Yeonmi terbaring di tengah tengah laluan di dalam bas itu.
Semua orang melihat keadaan Yeonmi itu.
"Wei, crush kau en tu." Kata Euiwoong kepada Seonho.Seonho hanya berdehem.
"Eleh dari crush kau harap je pandai tapi bengap, kata tu, dia buat tu." Balas Seonho.
"At least crush aku bukak mata. Crush kau tu hampir 24 jam tutup mata, bukak mata bila nak makan dia uh." Balas Euiwoong kembali.
"Eh bising ah kau."
Haebin terus mengambil bekal makanan yang ibunya masak pagi tadi dan makan di dalam bas.
Tanpa sharing ngan orang ofc. Siapa je nak share makanan ngan kawan 🐒😂😂😂
"Jahat eh kau makan depan aku, aku nak sikit." Kata Jinhee. Pantang budak ni nampak makanan.
"Eh takde kau. Nanti kau sapu semua makanan aku." Kata Haebin kepadanya.
"Hak alah kedekut." Kata Jinhee lalu mengeluarkan burger McD dari bekas makanan yang dia bawa di dalam beg.
Tergamam Haebin dibuatnya."AKU NASI GORENG KIMCHI, KIMBAP NGAN TELUR GULUNG JE. KAU BURGER MCD DAH DUA, AYAM GORENG MCD ADA LIMA.SIAPA KEDEKUT SKANG."
YOU ARE READING
[C] walkin' in time 『시간 안에 걷다』
Tiểu thuyết Lịch sử"A-aku kat mana ni?" "Yah, Ryu Min! Kau dekat rumah la, kan kau lemas dekat sungai tadi? Memang kau dah lupa semua benda eh?" "Ha? Aku dekat muzium la!Dan, aku bukan Ryu Min! Aku Kim Yujin!" "Muzium? Apa benda tu? Kita kat zaman Dinasti Goryeo kau m...