ISTERI 18 TAHUN 31

27.7K 1K 85
                                    

Amyra menghampiri Tengku Shazmer yang sedang tersenyum memandangnya. Terasa lututnya terketar ketar melangkah.

" Sayang.. " Tengku Shazmer merenung semahu mahunya wajah yang dirinduinya itu.

" Kenapa awak nak jumpa saya? " Amyra cuba beriak sahaja.

" Abang nakkan kepastian.. " Tengku Shazmer memandang sayu wajah si isteri. Mampukah dia meneruskan hidup jika Amyra akan meninggalkannya?

" About what? "

" Myra betul-ii dah tak cintakan abang? Myra dah jumpa orang lain? "

" Myra.. "

Tengku Shazmer memejam rapat matanya. Tidak sanggup jika jawapan yang didengarinya adalah jawapan yang sebaliknya dari yang diharapkan.

" Myra maafkan abang.. "

Tengku Shazmer membuka kembali matanya. Mata hazelnya kelihatan bersinar sinar memandang Amyra.

" Tapi Myra tak boleh terima abang semula.. " serta merta wajahnya kendur semula.

" Lupakan Myra.. Teruskan hidup.. Jaga kesihatan.. " Amyra mengusap lembut wajah Tengku Shazmer. Air mata yang ingin jatuh ditahan sebaik mungkin.

Tengku Shazmer terpana. Tangan Amyra digenggam erat.

" Tapi abang perlukan Myra.. " Amyra menggeleng lembut sambil tersenyum nipis.

" Cinta perlukan kesetiaan. Cinta perlukan kepercayaan. " ucap Amyra perlahan.

" Maafkan abang sebab dah hancurkan kedua dua tu.. " tangan Amyra semakin digenggam erat.

" Dan cinta perlukan pengorbanan.. Mencintai seseorang tak bermaksud kita harus memilikinya.. Cukup sekadar kita dapat melihat kebahagiaannya.. " Amyra memberi pernyataan yang mempunyai maksud tersirat.

" Myra pergi dulu.. Assalamualaikum.. " Amyra tidak betah untuk berlamaan di situ. Jantungnya seakan akan ingin luruh. Amyra mula mengatur langkah meninggalkan wad itu. Tangannya dan tangan Tengku Shazmer terlepas perlahan lahan.

~•~

" Amer dah janji kan yang Amer akan takkan kacau lagi hidup Myra lepas.. "

Kata-ii Tengku Shazren terhenti apabila adiknya lekas memintas.

" Amer takkan kacau Myra.. Amer janji. " ucap Tengku Shazmer tidak bernada.

~•~

Tengku Shazwan mendekati Tengku Shazmer yang sedang duduk melepak di tepi kolam ikan kap. Sudah hampir sebulan Tengku Shazmer keluar dari hospital dan dalam masa itu jugaklah Tengku Shazmer tidak banyak bercakap. Masanya hanya dihabiskan bersendirian dan termenung.

" Kenyang ke tengok ikan tu? " soal Tengku Shazwan lalu melabuhkan duduknya berhadapan dengan Tengku Shazmer. Pinggan yang berisi nasi yang dibawanya dihulur kepada Tengku Shazmer namun hanya adiknya itu hanya menggeleng.

Pinggan berisi nasi itu diletakkan ditepi.

" Amer nak tahu tak.. "

" Abang ada 3 orang adik lelaki.. Abang sayang sangat diorang.. Tapi sekarang, abang nak cerita tentang adik abang yang paling bongsu. "

" Dia annoying sangat! Irritating all the time. Angkuh.. Sombong.. Suka marah-ii.. Gaduh.. Hampir setiap hari jugaklah abang kena panggil dengan guru disiplin sebab adik abang tu buat hal. "

Tengku Shazmer mula menyedari bahawa Tengku Shazwan sedang bercakap tentang dirinya.

" Nak tahu sebab apa cikgu disiplin panggil abang dan bukannya penjaga? Sebab masa tu kami tinggal dengan atuk kami, Tengku Ahmad Aminuddin. Atuk kami garang.. "

" So that abang dah janji dengan cikgu disiplin.. Abang sanggup tanggung semua hukuman atas kesalahan yang adik abang buat asalkan cikgu takkan inform penjaga sebab abang taknak adik abang kena rotan dengan atuk.. Nasib baik lah seorang aje adik abang yang suka buat hal. Kalau semua nakal habis lah abang.. "

Tengku Shazwan ketawa kecil. Tengku Shazmer turut tersenyum nipis.

" Tapi abang tak kisah pun sebab dia adik abang.. Darah daging abang.. One day, masa dia balik dari sekolah, dia jatuh basikal.. Dia tergolek masuk gaung. Masa tu hanya Allah aje yang tahu bertapa abang takut untuk kehilangan dia.. "

Tengku Shazmer mengetap bibir. Kejadian itu terimbas semula di kotak fikirannya.

" Alhamdulillah.. Dia selamat. Siang malam abang jaga dia dekat hospital. Abang tak sanggup biar dia sorang-ii. "

" Dia tak pernah mengaku dia sayang abang. Tapi abang tahu.. Jauh di sudut hati dia, dia sayangkan abang sebab abang dengar.. Malam tu.. "

" Abang kena rotan teruk dengan atuk sebab abang bergaduh. Abang bergaduh dengan orang yang cuba pukul adik abang. Abang cuba untuk lindungi dia dan abang tak bagitahu atuk pun tentang tu. Masa abang tidur, abang sedar dia datang dekat abang.. Dia sapukan minyak dekat lebam-ii bekas kena rotan dekat badan abang. Sambil tu, dia menangis cakap dia sayang abang. "

Tengku Shazmer sudah pun mengalirkan air mata.

" Sekarang, adik abang dah besar.. Dah tak nakal tapi dia tetap angkuh, sombong.. "

" Bila difikirkan balik, abang sanggup tengok dia nakal macam dulu daripada tengok dia sedih..

" Macam sekarang ni.. Dia tengah tengok abang sambil menangis. Cengeng! "

Tengku Shazwan melebarkan senyumannya apabila Tengku Shazmer meluru memeluknya. Belakang Tengku Shazmer diusap dengan penuh kasih seorang abang. Seketika kemudian.. Pelukan dileraikan.

Tengku Shazwan mencapai pinggan nasi tadi. Nasi digaul dengan lauk menggunakan sudu lalu dicedok dan disua ke mulut adiknya.

" Makan.. Abang masak sediri tau lauk favourite Amer ni.. " ujar Tengku Shazwan. Tengku Shazmer tersenyum. Mulut dibuka membenarkan Tengku Shazwan menyuapnya. Makanan dikunyah perlahan lahan.

" Itulah adik abang.. Dalam nakal, ada manjanya.. "

To be continue..

Siapa minat Tengku Shazwan angkat tangan 😂

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now