ISTERI 18 TAHUN 20

29.4K 913 41
                                    


" Hm finally! Malaysia.. " Tengku Aleesya tersenyum sambil menanggalkan rayban hitamnya. Matanya meliar memerhati segenap ruangan Lapangan Terbang Antarabangsa itu.

" Myy.. Apar.. " rengek anak kecil itu sambil menggoncang tangan ibunya. Tengku Aleesya menoleh memandang anak lelakinya lalu tersenyum manis.

" Aloo anak mummy lapar.. Jom mummy bawak pergi makan! " Tengku Aleesya terus mendukung anak kecil berusia 2 tahun lebih itu sambil mengheret bagasinya.

" Sedap sayang? " soalnya pada si kecil. Kelihatan Nashrin mengangguk laju sambil menyuap bubur ayam mcd ke mulut.

" Hey.. Long time no see.. " tegur seseorang. Tengku Aleesya mendongak memandang gerangan yang menyapanya. Bibir diketap kuat sebaik sahaja melihat wajah lelaki yang sama sekali dibencinya itu.

" Taufik! " Tengku Aleesya cuba beriak selamba. Dia tidak mahu anaknya melihat dirinya bertengkar.

" Miss me? " Taufik menjongket kening. Tengku Aleesya menjelingnya tajam. Anak kecil di hadapan Tengku Aleesya dipandang.

" Aku tak sangka kau simpan dia.. " ucap Taufik sambil tersenyum. Tangannya bergerak mengusap ubun-ii kanak-ii itu. Nashrin mendongak memandang wajah Taufik.

" Mine. Right? " soal Taufik lagi apabila Tengku Aleesya hanya mendiamkan diri.

" Boleh tak kau jangan ganggu kami? " ujar Tengku Aleesya. Matanya merenung tajam wajah Taufik.

" No I'm not! Aku hanya nak kenal-ii dengan anak aku.. Salah ke? " soal Taufik lalu duduk bersebelahan Nashrin.Tangannya dilingkarkan pada bahu Nashrin.

" Adik.. Siapa nama? " soal Taufik.

" Yen.. " hanya itu yang mampu disebut Nashrin. Taufik beralih memandang Tengku Aleesya sambil mengangkat kening.

" Nashrin Haiqal. " ujar Tengku Aleesya perlahan.

" Bin? " Taufik mengukir senyuman sambil merenung tepat wajah Tengku Aleesya.

" Ammar Taufik.. " sebut Tengku Aleesya perlahan.

" Hm.. Sedap. Nashrin Haiqal bin Ammar Taufiq. " sebut Taufik dengan satu nafas.

" Taufik.. Tolonglah jangan ganggu hidup kami. " Tengku Aleesya sudah tidak betah. Taufik bangun dari duduknya.

" As you wish tapi tak salahkan kalau aku nak jumpa anak aku? " Taufik mengukir senyuman sinis.

" Jumpa lagi sayang.. " Taufik mencubit perlahan pipi Nashrin. Taufik menunduk sedikit lalu berbisik pada Tengku Aleesya.

" Jumpa lagi.. Mungkin kita boleh bagi dia adik.. " Taufik tersenyum nakal sebelum berlalu meninggalkan Tengku Aleesya dan Nashrin. Tengku Aleesya mengetap bibir.

~•~

" Yen jangan nakal-ii okayy. Mummy nak keluar. " Tengku Aleesya mengucup pipi Nashrin sekilas. Kelihatan Nashrin hanya mengangguk faham.

" Tolong jagakan dia eh Mirza.. " ujar Tengku Aleesya kepada pengasuh baharu Nashrin. Kelihatan Mirza mengangguk faham.

" Baik puan. " ucap Mirza.

~•~

Tengku Aleesya membelek beberapa jenis snek yang sesuai untuk Nashrin. Sedang itu, dia disapa seseorang.

" Leesya.. " Tengku Aleesya menoleh. Matanya terpaku memandang wajah itu.

" Amer.. "

~•~

" Kenapa tak buat report je? Biar dia kena tangkap! " ujar Tengku Shazmer dengan geram. Tengku Aleesya hanya tersenyum tawar.

" Takpelah. Benda dah lepas.. " ujar Tengku Aleesya dengan perlahan.

" Mana anak you? " soal Tengku Shazmer.

" Dekat rumah.. Pengasuh jaga. " ujar Tengku Aleesya. Tengku Shazmer mengangguk faham.

" You macam mana? Dah berapa orang anak? " soal Tengku Aleesya lembut. Tengku Shazmer mengeluh kasar.

" I tak ada anak. "

~•~

Tengku Aleesya termenung di luar rumah. Bintang-ii di langit direnung sayu. Tak.. Aku tak boleh rampas Shazmer. Aku dah janji dengan diri aku yang aku akan berubah demi Nashrin! Aku kena lupakan dia! Tengku Aleesya mengeluh perlahan. Ya sememangnya daripada awal dia menganggap anaknya itu adalah pembawa bala di dalam hidupnya namun dari hari ke hari, kasihnya mula tumpah. Keletah anak kecil itu sering menghiasi hari-ii nya di London. Nashrin merupakan seorang kanak-ii yang baik dan lincah. Nashrin mungkin nakal namun tidak pernah sama sekali menyusahkannya. Dia juga sudah bertekad ingin memulakan hidup baru. Tengku Shazmer harus dilupakan.

To be continue..

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now