Amyra memimpin kedua dua anak kembarnya masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka. Dia membongkok sedikit sambil memilih snek. Sedang dia leka memilih, si kembar lelaki menyapa.
" Maa! Nak ni.. " Rizqin menunjukkan coklat di tangannya.
" Okayy mama belikan.. Fea nak apa? " soal Amyra lalu menoleh ke belakang namun anaknya itu tiada. Amyra cemas.
" Fea.. " panggil Amyra lalu mengheret Rizqin mencari si adik kembar.
" Fea! " panggil Amyra sebelum terpandang akan Sofea yang didukung oleh seseorang.
" Awak buat apa kat sini? " soal Amyra kasar lalu ingin merampas anaknya yang berada di dukungan Tengku Shazmer. Tengku Shazmer pantas mengelak.
" Shazmer please! Dia anak saya lah! " ujar Amyra dengan geram. Tengku Shazmer tersenyum.
" Anak kita.. " ujar Tengku Shazmer.
" Kenapa awak nak sibuk pasal kami? Pergilah dekat Aleesya awak tu! Mesti anak awak dah berderet kan selama 4 tahun ni! " sindir Amyra. Tengku Shazmer tersenyum tawar.
" Kami dah bercerai sehari selepas kami kahwin. " ujar Tengku Shazmer lembut. Amyra terkejut. Bercerai? What? Sehari lepas kahwin?
" Lelaki jenis apa awak ni? Bila nak, awak dapatkan. Bila dah taknak, awak buang macam tu je. Awak ingat perempuan ni apa hah suka-ii je nak buang macam sampah lepas dah taknak.. " sembur Amyra. Tengku Shazmer ketawa kecil.
" Bagi abang peluang dan abang akan ceritakan semua yang terjadi. " ujar Tengku Shazmer. Sofea yang berada didukungannya tidak henti-ii membelik wajahnya. Hidung mancungnya digaru dan dipicit picit oleh anak kecil itu.
" Peluang apa lagi? Cukuplah.. Saya taknak kecewa lagi. Saya dah serik. Lupakanlah yang kita pernah bersama. Saya dah bahagia dengan kehidupan saya yang sekarang! " Sofea didukungan Tengku Shazmer dirampas. Coklat yang diambil Rizqin diletak kembali lalu diheret anak kecil itu berlalu dari situ. Tengku Shazmer termanggu seorang diri.
~•~
" Hye.. Lama tak jumpa! Dah ada anak eh.. " tegur satu suara. Amyra menoleh melihat gerangan yang menyapanya.
" Taufik.. " gumam Amyra perlahan.
" Miss me? " Taufik merenung Amyra dari atas hingga bawah. Amyra mengalihkan pandangannya dari memandang Taufik.
" Awak buat apa kat sini.. " soal Amyra.
" Mencari sang gadis pujaan hati yang dirampas suatu masa dahulu.. " ucap Taufik dengan nada penuh psycho. Tubuh Amyra direnung geram. Meskipun Amyra tidak mengenakan pakaian yang mencolok mata, Amyra tetap seksi di matanya. Kerana itulah dia tergilakan Amyra suatu masa dahulu. Tapi disebabkan Amyra milik orang, impiannya untuk memiliki Amyra musnah. Dicuba mencari di serata tempat namun Amyra tidak juga ditemui sehinggalah ke hari ini. Amyra menelan liur. Kata-ii Taufik menakutkannya.
" Dah lah Taufik.. Saya ada hal! " Amyra tergesa gesa bangun lalu mengheret anaknya pergi. Taufik memandang sambil tersenyum sinis.
" Aku akan dapatkan kau jugak kali ni. No matter what.. " Taufik merenung Amyra sehingga gadis itu hilang dari pandangannya. Tengku Shazmer memandang dari jauh. Bibir diketap geram.
" Jantan ni tak habis-ii nak kacau life aku dah kenapa sial! " Tengku Shazmer merengus kasar sebelum menyarung kembali kaca mata hitamnya dan terus berlalu pergi.
~•~
Amyra berjalan menuju ke parking. Beberapa snek dibeli untuk anaknya. Semalam tidak sempat kerana diganggu Tengku Shazmer. Tiba-ii lengannya ditarik. Amyra mengeluh. Panjang betul umur. Baru teringat, muncul terus.
" Hai sayang.. " Tengku Shazmer memandang raut wajah Amyra yang tidak banyak berubah kecuali rambutnya yang sudahpun bertukar warna menjadi perang kemerahan.
" Awak nak apa lagi? Kenapa awak ikut saya? Please! Stay away from me! " Amyra menjeling Tengku Shazmer lalu meneruskan langkahnya.
" Abang akan dapatkan Myra balik! Abang takkan benarkan Taufik rampas Myra dari abang! Abang rela mati daripada hidup tak dapat bersama dengan isteri abang! " jerit Tengku Shazmer sambil mengejar Amyra. Tanpa melihat kiri dan kanan, Tengku Shazmer terus melintas ke seberang jalan. Tiba-ii kedengaran bunyi brek kereta yang kuat dan nyaring. Amyra menoleh. Dilihatnya Tengku Shazmer telah pun melambung ke udara. Ya Allah permintaan dia dikabulkan ke? Mati kalau takdapat bersama?
" Abang!!! " Amyra menjerit lalu berlari ke tubuh Tengku Shazmer yang berlumuran darah di tengah jalan.
To be continue..
Shazmer mati or hidup?
YOU ARE READING
ISTERI 18 TAHUN
RomanceAmyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya me...