" My.. " raung Nashrin melihat ibunya dibawa oleh pihak polis. Tengku Shazmer segera mendukung Nashrin.
" Jaga anak I.. " ucap Tengku Aleesya dengan sayu. Wajah Nashrin dipandang dengan linangan air mata sebelum perlahan lahan masuk ke dalam kereta polis.
~•~
" Akak.. Tolonglah bagitahu mana Amyra pergi. Akak mesti tahu kan? " rayu Tengku Shazmer sambil merenung tepat wajah Aqilah. Aqilah menggeleng.
" Akak tak tahu Amer! Amyra tak bagitahu apa pun dekat akak! " ujar Aqilah.
" Lupakanlah dia Amer.. Dia dah terluka sangat. Dia akan failkan penceraian lepas dia bersalin nanti. " ujar Rania sanbil memangku Nashrin yang sudah pun terlena.
" Myra mengandung? " Tengku Shazmer tergamam.
" Yes! Dia mengandung! Dia bukannya mandul seperti yang kau sangkakan! Kau tak dikurniakan anak sebab Allah nak uji sejauh mana kesabaran dan kesetiaan kau Amer! " ujar Tengku Shazmin dengan tegas.
" Walau teruk macam mana pun kau layan Amyra.. Dia tak pernah curang dan jemu dengan kau! Tapi kau.. Kau duakam dia! Kau boleh bayang tak macam mana hancurnya hati dia waktu kau lafazkan akad walaupun dia tersenyum. Kau boleh bayang tak macam mana harapan dan kepercayaan dia hancur waktu dia ucapkan tahniah pada kau dan Aleesya? "
" Amer.. Waktu kau buat semua keputusan gila tu.. Kau terfikir tak macam mana kalau kau di tempat Amyra? "
" Dia setia dengan kau. Layan kau. Cuba buat yang terbaik untuk kau tapi apa yang dia dapat? Apa balasan yang dia dapat atas segala pengorbanan dia selama ni? "
" Mudahnya cinta yang kau pupuk selama 3 tahun, boleh hancur sekelip mata hanya kerana dia tak berikan zuriat pada kau.. Lelaki jenis apa kau ni Amer? "
" Kau langsung tak hargai segala usaha dia. Dia cuba perubatan kampung, makan segala jenis jamu semata mata nak jadikan impian kau sebagai kenyataan tapi kau.. "
" Dia tak mandul Amer.. Dia cuma bernasib malang. Malang sebab ada suami macam kau! " Tengku Shazmin terus melangkah meninggalkan Amer yang terduduk di sofa. Kekesalan bergunung gunung di hatinya. Amyra.. Maafkan abang..
~•~
" Ibu.. Abah.. Tolonglah bagitahu Amer mana Myra pergi.. " Tengku Shazmer merenung wajah ibu dan bapa mertuanya.
" Kami tak tahu Amer.. Sungguh Amyra langsung tak ada bagitahu apa-ii dekat kami. " ujar Encik Azam. Tengku Shazmer mengeluh kecewa.
" Tahu pulak kamu nak cari dia! Waktu kamu kahwin dengan betina tu ada kamu fikir apa yang anak aku rasa? " tengking Puan Aisyah.
" Sya.. Sabar.. " nasihat Encik Azam.
" Sabar apa lagi? Dia ni.. "
" Sya.. Sudah! " Encik Azam memintas sebelum isterinya berkata yang bukan-ii. Puan Aisyah merengus geram.
" Shazmer.. Baliklah. Abah dengan ibu tak tahu mana Amyra pergi.. Kamu carilah dia sendiri.. " nasihat Encik Azam.
To be continue..

ANDA SEDANG MEMBACA
ISTERI 18 TAHUN
RomanceAmyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya me...