ISTERI 18 TAHUN 22

27K 933 131
                                    


" Yen.. Salam Uncle Amer. " arah Aleesya. Nashrin segera mencapai tangan Tengku Shazmer lalu dicium. Tengku Shazmer  tersenyum memandang anak kecil itu. Ubun-ii Nashrin diusap penuh kasih.

" Amyra sihat? Kenapa tak bawak dia sekali? " soal Tengku Aleesya lembut. Tengku Shazmer mengeluh perlahan.

" Sihat. Biarlah dia duduk rumah. " ujar Tengku Shazmer selamba. Tengku Aleesya perasan akan sesuatu yang tidak kena pada Tengku Shazmer. Dia kelihatan seperti tidak suka berbual mengenai Amyra. Tengku Aleesya merenung Tengku Shazmer  yang sedang ralit bermain dengan Nashrin. Kenapa kau tiba-ii baik dengan aku Shazmer? Kenapa kau tak suka bila aku cakap pasal Amyra?

~•~

" Awak pergi mana tadi? Keluar pagi. Malam baru balik. Harini kan awak cuti. Saya ingat nak ajak.. " belum sempat Amyra menghabiskan kata-ii nya, Tengku Shazmer  memintas.

" Suka hatilah aku nak pergi mana pun. Kau boleh diam tak? Aku penat lah dengar kau membebel! " Tengku Shazmer  merengus kasar sambil menanggalkan bajunya. Tuala dicapai dan terus melangkah ke bilik air. Amyra tergamam. Tubir mata mula terasa berat. Hanya dengan sekali kerdipan, air matanya jatuh perlahan lahan membasahi pipi.

" Apa salah Myra abang.. " ucap Amyra lalu terduduk di birai katil.

~•~

Tengku Shazmer  menghempas kasar tubuhnya ke katil. Kepala yang berdenyut dipicit perlahan. Amyra yang sudah pun tertidur terjaga serta merta. Tangannya bergerak ingin menyentuh suaminya.

" Awak sakit? Saya urutkan.. " ujar Amyra. Tengku Shazmer menepis tangan Amyra.

" Tak payah lah pegang-ii. Aku rimas! " Tengku Shazmer  terus membalik tubuhnya membelakangkan Amyra. Amyra menarik semula tangannya. Dia mengiring membelakangkan Tengku Shazmer. Bibir diketap rapat menahan esakannya daripada didengari Tengku Shazmer. Abang.. Kenapa abang berubah? Abang janji yang abang akan jaga dan belai Myra sampai ke akhir hayat abang tapi apa semua ni? Hanya kerana kita tak ada anak.. Abang sanggup buat Myra macam ni.

~•~

" Aleesya.. Kahwin dengan I. " Tengku Shazmer merenung tepat wajah Tengku Aleesya. Tengku Aleesya tergamam.

" What? Amer.. You dah ada isteri lah.. Ya memang dulu I gilakan you tapi lepas I dapat Nashrin, I dah bertekad nak lupakan you. I taknak jadi penghancur rumah tangga orang! " Tengku Aleesya merenung wajah Tengku Shazmer yang hanya beriak selamba.

" I nakkan anak Leesya.. I janji yang I akan jaga you. Nashrin pun I akan anggap dia macam anak I sendiri. " ucap Tengku Shazmer  lalu menyentuh tangan Tengku Aleesya. Tengku Aleesya menarik tangannya dengan pantas.

" Amyra mesti tak setuju.. Perempuan mana yang sanggup diduakan Amer.. " Tengku Aleesya mengalihkan pandangannya ke luar restaurant.

" Dia mesti setuju. Lagipun takkan you nak biarkan Nashrin membesar tanpa seorang ayah.. You tak fikir ke nanti Nashrin akan jadi bahan ejekan sebab tak ada ayah. You sanggup ke nak biarkan dia lalui semua tu? " Tengku Shazmer  cuba memujuk. Tengku Aleesya merenung Nashrin yang sedang meratah kek apolo.

" Yes. Memang Nashrin perlukan seorang ayah tapi I tak sanggup nak patahkan hati wanita lain Amer. Amyra seorang wanita yang baik. " Tengku Aleesya memandang semula wajah Tengku Shazmer yang tidak banyak berubah selepas 3 tahun. Hanya kelihatan lebih matang dari sebelum ini.

" Trust me. Amyra akan setuju. Dia pun mesti nakkan anak even bukan dari zuriat dia sendiri. Please Leesya.. " ujar Tengku Shazmer.

" Okayy fine. I akan kahwin dengan you tapi! Dengan kebenaran Amyra. Don't you dare nak bawak I kahwin dekat siam bagai. " Tengku Shazmer  tersenyum mendengar jawapan Tengku Aleesya. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang memerhati dari jauh.

To be continue..

Haters Tengku Shazmer say hi sikit 😂

ISTERI 18 TAHUNWhere stories live. Discover now