Amyra duduk di sofa menanti kepulangan Tengku Shazmer. Seketika kemudian wajah Tengku Shazmer muncul. Amyra lekas bangun menghalang jalan Tengku Shazmer.
" Ish. Kau ni dah kenapa? Aku letih lah. Aku taknak gaduh. " ujar Tengku Shazmer dengan kasar.
" Siapa yang nak gaduh? Saya ke awak? Selama ni pun awak yang bersikap dingin dengan saya! Saya layan awak macam raja tapi awak buat saya macam sampah je. " wajah Tengku Shazmer direnung tajam. Panggilannya sudah berubah awak saya. Tengku Shazmer meraup kasar wajahnya.
" Eii boleh tak kau tak memekak? Aku bosan! " Tengku Shazmer menolak kaaar tubuh Amyra ke tepi. Langkah terus diatur mendaki anak tangga.
" Oh! Bosan! Awak bosan dengan saya sebab awak ada Aleesya kan! " jerit Amyra. Langkah Tengku Shazmer terhenti. Macam mana Amyra boleh tahu lagi awal ni?
" Awak jangan ingat saya tak tahu Shazmer! Saya nampak! Ya! Memang saya tak boleh bagi awak zuriat tapi tu tak bermakna awak boleh curang di belakang saya Shazmer! " jerit Amyra lagi. Tengku Shazmer turun ke bawah semula.
" Ya! Memang! Memang aku curang dengan kau dan untuk pengetahuan kau, aku nak kahwin dengan dia! Turunkan tandatangan kau! " ujar Tengku Shazmer lalu mencampak sekeping dokumen ke wajah Amyra. Amyra terpaku dengan linangan air mata.
" Sampai hati awak.. Mana janji-ii awak dulu Tengku Shazmer Hykarll! Awak dayus! Munafik! " jerit Amyra. Tengku Shazmer berang dengan kata-ii Amyra.
" Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! " tengking Tengku Shazmer lalu mengangkat tinggi tangannya untuk menampar Amyra.
" Shazmer! " jerkah Tengku Shazmin yang baru sahaja pulang dari kerja. Tengku Shazwan dan Tengku Shazren turut terkejut. Amyra terduduk dengan juraian air mata. Tengku Shazmin mendekati Amyra. Tubuh itu dibawa ke pelukannya.
" Sebelum kau nak pukul dia, kau langkah mayat aku dulu. " Tengku Shazmin merenung tajam adiknya itu. Dada Tengku Shazmer turun naik menahan amarah. Terbit rasa cemburu melihat keakraban si isteri dengan Tengku Shazmin namun egonya mengatasi segala galanya.
" Kalau abang sayang sangat dekat dia.. Kahwin lah dengan dia! " jerit Tengku Shazmer sebelum berlalu ke biliknya.
" Shazmer! " panggilan Tengku Shazwan langsung tidak dihiraukan. Seketika kemudian Aqilah, isteri kepada Tengku Shazwan dan Rania, isteri kepada Tengku Shazren meluru turun.
" Kenapa ni? Ada apa bising-ii? Amyra kenapa? " soal Aqilah.
" Akak.. " Amyra beralih pula memeluk kedua dua birasnya. Rania mengusap lembut belakang Amyra. Tengku Shazren mencapai dokumen yang berada di sisi Amyra.
" Amer nak kahwin? " soal Tengku Shazren. Amyra hanya mengangguk lemah. Kesemua mereka tergamam.
" Dengan Aleesya.. " kata Amyra dengan sayu.
" Shh.. Sabar Myra.. " Aqilah memujuk birasnya itu.
~•~
Semalaman Amyra tidak dapat melelapkan mata. Dia hanya duduk berehat di bilik anak-ii Tengku Shazwan dan Tengku Shazren. Matanya lebam akibat terlalu banyak menangis. Setelah berfikir masak-ii, Amyra membuat keputusan. Dokumen yang diberi Tengku Shazmer dicapai. Tandatangan diturunkan menandakan bahawa dia setuju untuk membenarkan Tengku Shazmer berkahwin satu lagi.
~•~
" Semoga bahagia. " Amyra mencampak dokumen itu ke arah Tengku Shazmer yang sedang bermain dengan anak-ii buahnya dan terus berlalu keluar. Tengku Shazmer mencapai dokumen itu. Dilihat tandatangan Amyra dengan senyuman.
~•~
" I dah bincang dengan Amyra. Dia dah setuju. " ujar Tengku Shazmer dengan senyuman. Tengku Aleesya tergamam. Tidak disangka Amyra rela bermadu.
" Leesya.. Kita kahwin eh. " Tengku Shazmer tersenyum memandang Tengku Aleesya yang masih lagi tergamam.
To be continue..
YOU ARE READING
ISTERI 18 TAHUN
RomanceAmyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya me...