" Abang nak kahwin. " ucap Tengku Shazwan perlahan." Waa tahniah! " ucap Tengku Shazren sambil menepuk bahu abangnya.
" Tahniah abang.. " Amyra tersenyum memandang Tengku Shazwan.
" Siapakah calonnya? " soal Tengku Shazmer.
" Nanti malam dia datang makan malam dengan kita. " ujar Tengku Shazwan. Berdebar pulak nak jadi suami orang.
~•~
" Ish macam mana ni! Macam mana benih jantan tu boleh membiak pulak dalam rahim aku! " Tengku Aleesya berjalan ke hulu dan ke hilir. Hampir pengsan dibuatnya apabila dia disahkan mengandung dan yang lebih mengejutkan adalah terlalu berisiko untuknya menggugurkan kandungan tersebut kerana dia mempunyai tekanan darah rendah. Nyawanya mungkin melayang. Tengku Aleesya mendail nombor seseorang.
" We need to talk! Jumpa I dekat tempat biasa. " Tengku Aleesya terus mematikan panggilan.
~•~
" Ada apa? " soal lelaki itu dengan dingin. Pandangan sinis dilemparkan.
" I pregnant.. " ucap Tengku Aleesya perlahan. Kelihatan riak wajah lelaki itu tergamam.
" So apa kena mengena dengan I? " soal lelaki itu tanpa rasa bersalah.
" You tanya I? Taufik! Ini anak you! " kata Tengku Aleesya dengan keras. Giginya diketap rapat. Taufik tersenyum sinis.
" Yelatu anak aku. Entah anak jantan mana.. Kau tuduh aku! " Taufik mengalih pandangannya ke luar cafe.
" Taufik! You kena bertanggungjawab! You yang rogol I! Bukan atas kerelaan I pun! " Tengku Aleesya merenung tajam wajah Taufik yang hanya menayang riak selamba.
" Lantak kau lah! " Taufik terus bangun dan berlalu dari situ.
" Taufik! " panggilan Tengku Aleesya tidak dihiraukan. Tengku Aleesya merengus geram. Rambut blondenya diraup ke belakang.
" Mati aku kalau kaum kerabat aku dapat tahu.. Apa aku nak jawab nanti.. " Tengku Aleesya menggigit perlahan bibirnya. Macam mana ni?
~•~
Tengku Aleesya mengheret bagasinya ke airport. Suasana KLIA yang kelihatan sibuk diperhati. Sial kau Taufik! Takpe baby.. Mummy akan lahirkan baby tapi bukan kat sini sayang.. Kita pergi jauh. Nanti kita balik sini.. Mummy akan balas dendam pada Taufik dan dapatkan Shazmer balik.. Kalau tak kerana Si Taufik bodoh tu.. Tentu aku dah boleh rebut Si Shazmer sekarang ni.. Bisik Tengku Aleesya lalu mula mengatur langkah menuju ke balai berlepas.
~•~
" Aku terima nikahnya Leeya Aqilah binti Ahmad dengan mas kahwin sebanyak satu ribu ringgit tunai.. " dengan sekali lafaz, Tengku Shazwan sah menjadi seorang suami. Senyuman terukir di wajahnya tatkala memandang wajah si isteri.
~•~
" Kak Qila hati-ii tau.. Abang Wan ni ganas! " usik Tengku Shazmin. Bibirnya mengukir senyuman nakal.
" Abang Min ni! Kesian Kak Qila! " Amyra menjeling lalu tersenyum memandang Aqilah yang sudah tersipu.
" Kak Qila jangan layan Abang Min ni! Suka usik orang! " ujar Amyra. Aqilah senyum.
" Sayang.. Jom naik. Abang sejuk la hujan-ii ni. Nak peluk! " Tengku Shazmer tersengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Amyra menampar lengan suaminya lalu dijeling tajam.
" Hesh Amer! Orang lain yang nikah orang lain yang nak sambut malam pertama! " ujar Tengku Shazren.
" Alaa Abang Wan dengan Kak Qila lah! Amer dengan Myra.. Kan sayang? " Tengku Shazmer memainkan rambut Amyra yang dilepas bebas.
" Dah lah! " Amyra merasakan wajahnya sudah menebal.
" Abang Ren dengan Abang Min jangan jeles! " ujar Tengku Shazmer lagi. Kelihatan Tengku Shazren mencebik. Tengku Shazmin hanya beriak selamba. Alaa apa nak heran? Aku senyum je beratur nak tidur dengan aku!
" Korang borak apa ni? " tegur Tengku Shazwan yang baru sahaja turun. Rambutnya yang basah menampakkan dia baru sahaja selesai mandi.
" Nothing! " Tengku Shazmer menutup cerita. Kang tak fasal kena luku dengan abang long.
To be continue..
![](https://img.wattpad.com/cover/166937600-288-k125620.jpg)
YOU ARE READING
ISTERI 18 TAHUN
RomanceAmyra dan Tengku Shazmer berkahwin disebabkan suatu hal yang tidak disengajakan. Amyra yang masih dibawah umur menyebabkan Tengku Shazmer tiada pilihan lain. Sama ada bernikah atau menerima sebatan dan dipenjarakan. Rumah tangga mereka sepertinya me...