Part 1
Written by RitaRohani
Persahabatan dua anak remaja diantara Ryan dan Rania. Mereka berkawan sejak dari sekolah rendah lagi sampai la mereka habis belajar dalam sekolah menengah. Persahabatan mereka semakin hari semakin rapat. Bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Dimana ada Rania, disitu juga ada Ryan. Keduanya seperti belangkas. Orang tua mereka tidak menghalang hubungan mereka. walau pun mereka berdua diberikan kebebasan kemana saja mereka berdua pergi, tapi mereka tetap menjaga batas batas pergaulan. Mereka tidak mau menyalah gunakan kebebasan yang diberikan pada mereka. Orang tua mereka menaruh kepercayaan penuh terhadap mereka, mereka percaya yang anak anak mereka tidak akan melakukan perkara perkara yang mengaibkan dan memalukan keluarga. Mereka bercadang mahu melanjutkan pelajaran mereka sama sama sampai keUniversiti, itu pun kalau keputusan mereka mencapai target yang diperlukan. Keluarga kedua belah pihak tidak menghalang hubungan mereka. Malah kedua buah keluarga mereka itu merestuinya dan mahu mereka cepat cepat mengikat tali pertunangan sebelum mereka melanjutkan pelajaran. Memandangkan hubungan mereka sudah terjalin begitu lama, mereka pun setuju mengikut perancangan keluarga untuk mengikat tali siratulrahim diantara kedua belah keluarga. Pertunangan mereka dilangsungkan sebelum mereka melanjutkan pelajaran. Setelah persiapan dibuat, majlis pertunangan diantara Ryan dengan Rania pun dilangsungkan. Majlisnya sedarhana saja, ianya dihadiri oleh sanak keluarga yang terdekat saja.
Setelah dua bulan pertunangan, keputusan yang ditunggu tunggu pun sudah diketahui. Rania mendapat keputusan yang cermelang. Bererti dia dapat melanjutkan pelajarannya keluar negeri. Semantara keputusan Ryan hanya dapat melanjutkan pelajarannya dikolej saja. Ryan merasa kecewa dan sedih. Dia harus berjauhan dengan Rania. Keinginannya untuk melanjutkan pelajaran bersama dengan Rania kandas ditengah jalan. Dia tidak dapat bersama sama dengan Rania untuk sambung belajar keluar negeri seperti yang mereka rancang sebelum ini. Dia takut melepaskan Rania pergi seorang diri ditempat orang. Selama ini mereka tidak pernah berpisah, kemana mana saja pasti mereka berdua. Tapi apakan daya, Rania tidak mungkin menulak tawaran itu, kerana dia mendapat tawaran sambung belajar dari pihak kerjaan kerna keputusannya memenuhi target. Takkan la Rania mensia siakan peluang itu. Sejak mereka dibangku sekolah lagi, Rania sudah bercita cita ingin menjadi seorang doktor. Sekarang kesempatan ada didepan mata, takkan la menulak pula.
Setelah lengkap semua dokeman dokeman dan surat surat yang perlu dibawa, Rania pun akan berangkat keluar negeri untuk melanjutkan studynya dalam jangka masa yang lama. Dia mengambil jurusan dalam bidang kedoktoran. Rania berangkat bersama dengan beberapa orang rakan yang sama sama belajar. Ryan dan keluarga Rania turut serta keairport menghantarkan Rania.
DiAirport...
"Rania... Bila kau sudah sampai disana nanti, jangan lupa call kami disini ya nak. Jaga diri baik baik ditempat orang. Makan minum harus teratur. Makan pada waktunya. Perut jangan dibiarkan kosong nanti masuk angin. Belajar bersungguh sungguh." pesan mamanya.
"Ya maa... Rania ingat pesan mama." jawab Rania.
"Rania, jangan kau lupakan aku dan janji janji kita. Bila kau sudah sampai disana nanti, jangan kau lupa call aku, agar aku tidak risau." ujar Ryan.
"Yaa sayang ku Ryan, aku takkan lupa dengan kau dan janji janji kita. Ianya sentiasa terpahat didalam hati ini. Doakan semoga aku selamat sampai kedestinasi dan cepat kembali ketanah air. Masa untuk berangkat sudah sampai, aku pergi dulu." kata Rania sambil memeluk mamanya, dan lepas itu dia bejalan masuk menuju kearah pesawat sambil melambaikan tangannya pada mereka.Apa bila Rania sudah masuk kedalam perut pesawat, baru la keluarga Rania begegas pulang. Keesokannya baru la Rania memberitau, bahawa dia sudah selamat sampai disana dan dia juga berpesan supaya mereka tidak perlu khuatir, kerana dia baik baik saja.
Sepeninggalan Rania, Ryan juga meneruskan kuliahnya dikolej. Walau pun mereka terpisah jauh beribu batu, tapi itu bukan la satu penghalang untuk mereka meneruskan hubungan. Mereka selalu berhubung melalui wasp meluahkan perasan rindu masing masing. Begitu la mereka setiap hari, kalau ada masa dan kesempatan, mereka pasti berhubung.
YOU ARE READING
Pertemuan Dua Hati ( Complate )
FantasyPercintaan dua anak remaja Ryan dan Rania. Hubungan yang terjalin sudah sekian tahun, akhirnya putus ditengah jalan, hancur kerna sebuah fitnah. Angkara seorang perempuan yang cintanya tidak berbalas. Kerna sakit hati dan dendam, dia sanggup melaku...