Part 12

34 2 1
                                    

"Rania, aku tahu aku salah, aku sedar itu. Aku telah buat satu kesilapan besar didalam hubungan kita. Tapi pada masa itu aku tak dapat berfikir dengan waras. Aku sudah terlalu dikuasai oleh perasan marah yang tidak dapat aku bendung. Aku marah,  benci, aku merasa dikhianati. Aku tak sedar apa yang aku ucapkan. Tapi lepas tu baru aku sedar, aku tak sepatutnya mengucapkan kata kata itu pada mu Rania. Sekali lagi aku minta maaf. Sebenarnya tak ada niat pun untuk memutuskan pertunangan kita. Aku tak taulah apa aku ucapkan diluar kesedaran ku. Tapi takkanlah dengan satu kesilapan yang aku dah buat, kau langsung tak dapat bagi aku satu lagi peluang Rania. Tolonglah Rania, aku merayu dengan kau, Kau kenanglah balik masa masa kita kecik dulu, tentang persahabatan kita, tentang hari hari kita. Kita berkawan  dari kecil sampailah kita tamat persekolahan. Dalam masa kita berkawan, kita tak sedar pun benih benih cinta kita hadir diantara kita berdua. Sehinggakan kita menjadi contoh para remaja dikampung kita Rania. Malah mereka megelar kita Romea n Juliet. Mungkin kau dah lupa semua itu Rania. Tapi bagi aku, aku takkan lupa, ianya masih segar di ingatan ku. Kita sudah kenal hati budi masing masing. Kita tidak dapat dipisahkan lagi, kerana kita saling memerlukan. Dan lepas itu kita mengikat tali pertunangan, bukan kerana desakan keluarga, tapi atas dasar cinta kita berdua dan atas restu  kedua buah keluarga. Sehinggalah musibah itu datang melanda hubungan kita." ujar Ryan.

"Aku tidak lupa Ryan. Aku masih ingat. Tapi jika benar kau kenal aku Ryan, kau tak kan tergamak tuduh aku yang bukan bukan. Kau tuduh aku curang, kau tuduh aku tak setia, tak jujur. Pada hal aku tak buat pun semua benda yang kau tuduhkan itu. Dan lagi, kau langsung tak nak dengar penjelasan dari aku. Kau hukum aku dengan semua benda. Adilkah macam tu? Aku ni bukan tunggul kayu yang sesuka ja kau buat macam tu. Aku pun ada maruah juga.kau kata, kau kenal aku, tapi ternyata kau hanya  mengenali aku dari segi luaran saja, tapi tidak dalaman. Aku sangat kecewa sekali dengan sikap kau yang tidak matang itu Ryan. Aku sangka, aku sudah menemukan orang yang dapat bagi aku kebahagian, Tapi nyatanya tidak. Sudahlah Ryan, tak usahlah dikenang kenang lagi benda yang sudah lepas. Semuanya sudah berakhir. Biarlah ia kekal menjadi  kenangan kita bersama. Kau kena move on dan terima hakikat itu Ryan, bahawa kita memang tiada jodoh. Aku tak akan balik lagi dengan kau. Kerana hati ku sudah dimileki oleh orang lain. Sama samalah kita buka lembaran baru, dengan yang lain pula, mungkin ada bahagia yang menanti kita. Aku harap kau faham apa yang aku maksudkan itu." ucapan Rania bagai pisau yang tajam mengiris hatinya. Itu membuat Ryan seperti tak berpijak dibumi nyata. Hatinya sakit sekali bagai dicabik cabik. Ryan tidak mau terima hakikat yang dia akan kehilangan Rania.

Rania lalu pergi meninggalkan luka dihati Ryan. Dia masih lagi tercegat disitu memandangi kepergian Rania dengan satu tekad, yang dia akan berusaha apa pun caranya asalkan Rania menjadi mileknya semula.

"Sampai hati kau Rania, kau buat aku macam ni. Tapi tak apa, aku takkan mengalah dan aku tak akan lepaskan kau, aku berjanji pada diri aku sendiri, aku takkan biarkan kau jatuh ketangan orang lain. Walau dengan apa cara sekali pun, aku akan tetap akan dapatkan kau semula. Tiada siapa yang berhak memileki mu Rania, selain aku. Itu janji aku pada mu." bisik hati Ryan.

"Iyan nak kemana tu? "

"Nak keluar maa, jumpa kawan."

"Tak sarapan dulu? "

"Tak maa, Iyan dah janji dengan kawan, sarapan kat luar. Iyan pegi dulu maa."

"Hem, iya lah, hati hati bawa kereta tu. " pesan mamanya.

"Baik maa.." jawab Ryan singkat.

Selang berapa minit Ryan pun sampai ditempat Roslan.

"Dah lama sampai? "

"Baru ja. Duduklah."

Ryan menarik kerusi lalu duduk didepan Roslan dengan wajah yang tidak ceria.

"Iyan, kenapa dengan kau ni, aku tenguk kau dari pada sejak tadi lagi,  asyik muram ja, tu...muka kau tu, sarabut, macam ada masalah ja. Ada masalah lagikah?" soal Roslan. 

"Aku terjumpa dengan Rania pagi tadi masa pi joging."

"So, kenapa dengan Rania? Kamu gaduh lagi ya. Udah udahlah tu Yan. Kamu berdua kan dah putus. Jadi apa lagi masalahnya?  "

"Rania dah ada orang lain."

"Aii baguslah macam tu, bererti dia sudah boleh lupakan kau. Jadi apa lagi yang kau tunggu, kau pi lah cari awek lain. Tak payahlah nak sedih sedih lagi. Kat luar tu ramai lagi awek yang cun malacun. Apa kau susah, kau tu ada kerjaya, hensom lagi. Beratur awek nakkan kau. Lainlah macam aku ni. Tak seorang pun awek yang nak ka aku. Anggaplah yang kau dengan Rania tu tak ada jodoh. Ikhlaskan saja. 

"Masalahnya aku tak boleh lupakan dia. Aku tak boleh dengan orang lain, aku nak juga Rania balik dengan aku." tegas Ryan.

"Aku faham perasan kau tu Yan. Tapi masalahnya, nakkah Rania tu balik dengan kau. Kan dia dah kata, yang dia dah ada orang lain. Takkan pula kau nak paksa dia. Dulu kau juga yang putuskan. Lah ni, kau pula yang nak kan Rania balik. Macam mana tu?  Aku jadi peninglah dengan masalah kau ni." kata Roslan.

"Entahlah Lan. Aku pun tak tahu apa aku nak buat lagi. Fikiran aku jadi  bercelaru. Tapi macam mana pun aku akan tetap berusaha untuk  mendapatkan Rania."

'Ni, aku nak pesan dengan kau, kalau kau benar benar inginkan Rania tu balik dengan kau, kau kena usaha lebih, jangan duk diam ja. Macam menunggu buah yang tak gugur. Kau jangan putus asa, selagi dia belum jadi milek orang lain. Aku tak dapat nak bantu kau dalam soal ni. Ini melibatkan kau dengan Rania. Aku hanya sokong kau dari belakang."

'Apa pun terima kasih Lan. Sebab kau sokong aku dan bagi aku semangat.

"Eh tak ada apalah. Kau kan kawan aku, mestilah aku sokong. Kalau pun kau ditempat aku, kau pun akan buat benda yang sama kan."

"Mestilah, kita kan kawan. Eh Lan, dah petanglah. Jom balik. Nanti bising pula mak aku."

"Ya lah, aku pun nak balik juga ni."

Dirumah mama Ryan sibuk menyediakan minum petang.

"Abang, minum petang dah siap, jom kita minum sama sama."

"A'ah ya lah." kata ayah Ryan duduk sambil minum.
"Eh Maria, kenapa dengan Ryan tu, abang tenguk dua tiga hari ni asyik mudi ja, termenung sana termenung sini. Apa kena dengan budak tu?" soal ayah Ryan.

"Entahlah bang. Mungkin adalah tu kali yang tak kena. " jawab isterinya.

"Kamu ada tanya dia? " soal lagi suaminya.

"Belum lagi bang. Nantilah aku tanya dia, bila dah oke."

"Abang nak keluar ni."

"Ya lah, abang tu jangan pula balik lambat. Jangan nak merayap kemana mana."

"Ishh... kamu ni Maria, dah tua tua pun masih nak cemburu. Tak payah risaulah. Aku kat warung pak Ali tu ja, tak kemana pun. Yang patut kamu risaukan, tu ha, anak bujang kamu yang seorang tu. Tanya dia, kenapa termenung. Nak risaukan aku buat apa. Aku ni dah tua, dah tak ada siapa nakkan aku." rungut suaminya.

Pertemuan Dua Hati ( Complate )Where stories live. Discover now