Part 13

41 2 1
                                    

"Ishh...abang ni kesitu pula. Bukan cemburulah bang oi, risau ja, kot kot abang tu peningkah? pitamkah?  jatuh tengah jalan, siapa yang susah. Saya juga kan." bebel isterinya.

"Sayang juga kau ka abang iyaa..."

"Eh orang tua ni mengada pula. Dahlah tu bang, abang pegilah, karang lambat, menunggu pula kawan kawan abang tu kat warung."

"Iya lah, abang pegilah ni." 

"A'ah bawa kereta tu hati hati. Jangan pula mata ketempat lain. " pesan isterinya.

Suaminya tersenyum memandang sekilas kearah isterinya, lalu melangkah pergi.

Ryan pula asyik termenung ja sejak dia berjumpa dengan Rania.

"Jauh menungan kau Yan. Apa yang kau fikirkan tu. Akhir akhir ini mama tenguk kau asyik termenung ja, gelisah. Tak tentu arah. Apa sebenarnya yang menganggu fikiran anak mama ni. Cuba cakap dengan mama. Kot kot mama dapat bantu."

"Tak ada apalah maa. Penat sikit ja."

"Eh, kalau tak ada apa apa, kenapa muka kamu tu nampak muram. Tak berseri, tak payahlah tipu mama. Sebenarnya kamu tu ada masalah kan."

"Iya maa, pasal Rania."

"Kenapa lagi dengan Rania? "

"Dia dah ada orang lain maa."

"Dah tu kenapa?, Kalau dia dah ada orang lain. Syukurlah. Tak salah kan. Lagi pun kamu berdua dah tak ada apa apa kan. Sekurang kurangnya Rania tu dapatlah melupakan apa yang terjadi dengan kamu berdua."

"Tapi masalahnya maa, Iyan tak ready lagi untuk kehilangan Rania. Iyan masih sayangkan dia, masih cintakan dia maa. Iyan tak mahu kehilangan Rania maa. Apa yang harus Iyan lakukan maa, supaya Rania balik lagi dengan Iyan. Iyan tak nak dia jadi milek orang lain." kata Ryan dengan hati yang gusar.

"Mama tak halang kamu Yan, kalau kamu hendakkan Rania tu balik. Kamu buatlah apa yang kamu rasa baik. Tapi mama harap kamu janganlah buat benda benda yang tak elok. Nanti tak pasal pasal kamu pula yang kena masuk penjara." coloteh mamanya.

Issh...mama ni. Tak kanlah Iyan nak buat macam tu. Iyan masih waras lagi lah maa. Iyan masih dapat membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Tak kanlah Iyan nak buat benda benda yang mengarut."

"Baguslah kalau macam tu. Lega juga hati mama mendengarnya."

Dirumah Rania.

"Maa, esok Nia nak balik dah. Cuti Nia pun dah habis."

"Dah nak balik... Cepatnya..."

"Tak pa maa, nanti kalau Nia ada cuti lagi, Nia baliklah. Tak payahlah mama sedih. Bukan jauh pun. Sekejap ja dah sampai." hibur Nia pada mamanya.

"Kalau kamu disana tu, pandai pandailah jaga diri. Ingat pesan mama. Jangan buat benda yang mengaibkan keluarga kita.  Jika dah ada yang berkenan dihati, bagitau ja  mama cepat. Biar kami uruskan."

Iya maa, Nia ingat. Mama tak payah risaulah. Mama tu, jaga kesehatan, jangan banyak fikir."

Esoknya dihospital.

"Selamat pagi Rania, apa khbar? Tentu kamu  happy kan jumpa family." sapa Haikal.

"Pagi, eh tentulah Kal. mau tak happy, dapat berehat puas puas, dapat jumpa kawan kawan, jumpa mama, dapat rasa masakan mama. Udara bersih, segar tidak bising. Memang bestlah kalau dikampung.

"Jumpa kawan jakah?, tak jumpa dengan c dia." soal Haikal.

"Merepeklah kau ni Kal. Jumpa siapa pula, ada ada ja lah kau ni Haikal, tak adalah. Kitaurang cuma kawan ja lah, tak ada apa apa pun. Yang kau tanya tu kenapa? "

Pertemuan Dua Hati ( Complate )Where stories live. Discover now