Maria mamanya Ryan tak senang duduk berfikir macam mana dia harus menolong dan menyelesaikan masalah Ryan. Dia tak boleh tenguk ja anak bongsunya termenung macam tu. Dia kena buat sesuatu untuk membantunya. Dia teringat Ros mamanya Rania.
"Hem... Ross... Aku harus minta tolong dengan Ros untuk pujuk Rania agar menerima Ryan kembali. Semoga saja Ros mahu menolong dan memujuk Rania. " gumamnya dalam hati. Tanpa buang masa dia pun call mamanya Rania dan mereka berjumpa ditempat yang dijanjikan.
"Eh Maria, dah lama tunggu? Sorrylah lambat sikit." beritau Ros mamanya Rania.
"Tak apa Ros, saya pun baru ja datang, tak sampai lima minit pun. Jemputlah duduk. Kita pesan minuman dan makanan. Sambil minum sambil kita borak borak." ujar Maria.
Ros menarik bangku kayu jati dan duduk berhadapan dengan Maria. Pelayan pun datang menghampiri mereka untuk mengambil pesanan mereka. Mereka lalu memesan minuman dan makanan kesukaan mereka sendiri. Ros mamanya Rania hanya memesan minuman saja. Maria suroh juga dua order makanan, tapi Katanya dia sudah makan dirumah. Setelah minuman dan makanan sampai, mereka pun minum sambil berbual bual.
"Sorrylah Ros, kalau aku menyusahkan kau. Aku tak tahu pada siapa lagi aku nak minta pertolongan. Aku cuma teringatkan kau Ros. Aku kasihan dengan Ryan, sudah beberapa hari aku tenguk dia asyik duduk termenung ja. Sejak dia berjumpa dengan Rania hari tu. Aku nak minta tolong dengan kau untuk pujuk Rania agar mereka berbaik semula. Tolong ya Ros, demi anak anak kita." rayu Maria.
"Macam mana ya Maria. Aku pun tak tahu macam mana nak pujuk Rania. Dia ni lain sikit orangnya. Kalau dia kata tak nak, tak naklah tu. Mana dapat dipaksa. Aku ni sebenarnya tak naklah masuk campur dalam urusan mereka. Biarlah mereka sendiri yang selesakan masalah durang. Durang pun dah besar, taulah durang macam mana nak selesaikannya." kata Ros sambil minum teh tarik suam yang tinggal separuh.
"Entahlah Ros, aku pun tak tahu nak buat apa lagi untuk tolong mereka. Otak aku ni dah buntu. Kepala aku pening fikir pasal durang ni." kata Maria sambil memicit dahinya yang terasa berdenyut.
"Tak usahlah pening pening kepala fikir pasal durang Maria. Kita serahkan saja pada takdir. Jika takdir menghendaki mereka untuk kembali bersama, mereka tetap akan bersama juga, walau apa jua halangan. Tapi jika takdir tidak menghendaki mereka untuk bersatu lagi, bererti mereka memang tiada berjodoh. Kita kena redha dan terima saja, jika itu sudah jadi ketentuan ilahi. Kita sebagai ibubapa hanya mampu berdoa yang terbaik untuk mereka."
"Yalah Ros. Itulah harapan kita sebagai orangtua ingin melihat anak anak kita bahagia."
"Yalah Maria, aku pun berharap juga macam tu, agar mereka bersama lagi." kata Ros menyokong pendapat Maria.
Mereka pun pulang kerumah masing masing membawa setumpuk harapan, agar apa yang mereka bincangkan sebentar tadi akan menjadi kenyataan.
Dalam dua tiga hari tu, Ros selalu nampak termenung dan berfikir. Dia masih teringat pembicaraannya dengan Maria tiga hari lepas. Dia jadi serba salah. Apa harus dia tanyakan pada Rania. Kerna asyik termenung, suaminya tegur pun dia tak dengar.
"Ros, Ross... " tegur suaminya.
"Eh, abang...terkejut Ros." kata Ros sambil mengurut dada.
"Tulah abang panggil pun tak dengar. Asyik termenung ja. Apa yang kau menungkan tu?. Sampai abang panggil pun tak dengar. Teringat kekasih lamakah? " soal suaminya sambil buat muka serius.
"Ishh abang ni, kesitu pula dia. Dah tua tua macam ni bang, mana nak fikir semua tu." kata Ros sambil menjeling suaminya.
"Habis tu, kau fikir apa? Dari tadi abang tenguk kau asyik termenung ja. Dari pada kau termenung, baik kau buatkan abang kopi o. Dahagalah. " pinta suaminya pak Jamal. Ros bangkit dan menuju kedapur membuatkan kopi o untuk suaminya. Tak lama kemudian dia pun keluar sambil membawa secangkir kopi o dan diletakkan diatas depan pak Jamal.
"Kopinya bang."
"Hemm...letak kat situ."
Sebenarnya Ros fikir pasal Ranialah bang."
"Kenapa pula dengan Rania? Dia sakitkah? " soal suaminya agak risau.
"Taklah bang... Bukan sakit. Tapi pasal hubungan Rania dengan Ryan."
"Kenapa pula dengan hubungan mereka? Bukankah mereka dah lama putus? "
"Yaa, tapi Maria kata, Ryan ingin membina semula hubungan mereka yang sempat terputus."
"Tapi, bukankah Ryan sendiri yang beria ia nak putuskan pertunangan mereka dulu, tanpa memberikan peluang Rania untuk menjelaskan perkara sebenar. Dah gilakah apa c Ryan tu. Dia yang buat salah, dia pula yang terhegah hegah. Tak malukah dia tu. " marah bapanya Rania.
"Mungkin masa tu dia tersangat marah dan tak dapat berfikir dengan baik. Tambah pula masa tu ada orang yang mengapi apikan dia. Tambah marahlah dia. Ryan dah mengaku, memang salah dia buat keputusan terburu buru."
"Tau pun salah, padan muka. Buat keputusan tanpa berfikir dulu, ikut suka hati ja. Sekarang siapa yang menyesal. Rasalah akibat dari perbuatan sendiri." bebel pak Jamal bapanya Rania.
"Tak baik menghukum orang macam tu bang. Semua orang ada buat kesalahan. Tak terkecuali kita bang. Mungkin dia dah sedar dengan kesilapan yang dia buat."
"Ranianya macam mana? Maukah dia terima c Ryan tu lagi, setelah apa yang dia buat dulu pada Rania." soal pak Jamal lagi.
"Entahlah bang. Kita serahkan saja pada Rania. Biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Ini soal masa depan dia. Biar dia sendiri yang tentukan. "
"Hah, baguslah macam tu. Kita tak boleh paksa dia buat keputusan yang dia tidak suka. Kerna ini menyangkut soal masa depan dia. Siapa pun yang dia pilih, kita sebagai orang tua kena akur dan ikut saja dengan pilihan dia." kata pak Jamal." kata pak Jamal sambil menghirup kopinya yang hanya tinggal setengah lagi.
"Yalah bang. Nanti Rania balik, Ros tanyalah dia." balas Ros.
"Hemm... Abang nak keluar sebentar." pamit pak Jamal pada isterinya dan terus melangkah keluar.
"Abang nak kemana tu? " soal isterinya Ros."Abang nak kewarung pak Ali jumpa kawan kawan. " jawab pak Jamal.
Begitulah pak Jamal, sejak dia pencen dari kerjanya sebagai seorang guru sekolah, masa yang terluang dihabiskan bercucuk tanam dibelakang rumah dan lepak lepak bersama dengan kawan kawannya diwarung kopi pak Ali.
Ryan duduk bersandar dikerusi malas. Dia merenung jauh. Pandangannya dilemparkan kejalan. Hendak keluar tak ada teman untuk diajak lepak. Kawannya Roslan belum balik lagi dari krusus. Renungannya kemasa dulu. Dia teringat kembali saat saat dia masih bersama dengan Rania dulu. Betapa bahagianya mereka masa itu. Mereka berkawan dari sejak kecil lagi sampailah mereka menamatkan pelajaran dalam sekolah menengah. Bibit bibit cinta mula tumbuh dihati mereka, apa bila mereka sudah menginjak remaja. Pahit manis, gelak ketawa dan senda gurau mereka lalui bersama. Mereka berjanji untuk sama sama melanjutkan pelajaran sampai keUniversiti. Tapi sayang, angan angan mereka tidak tercapai. Hanya Rania saja yang dapat pergi melanjutkan studynya, sedangkan Ryan gagal. Dia dapat sambung dikolej saja. Sebelum Rania berangkat, mereka mengikat tali pertunangan atas restu kedua belah keluarga. Ryan merelakan Rania pergi walau pun berat hatinya untuk berpisah dengan kekasih hatinya. Kerna dia sangat sayang dan cintakan Rania. Walau pun jauh, mereka tetap berhubung melalui telepon. Sampailah musibah itu datang melanda membuat hubungan mereka berantakan dan terputus. Kesalahan itu semua ada pada dirinya. Kerna terlalu mengikutkan perasan, akhirnya dia yang menderita dan terseksa kerna kebodohannya sendiri. Kini hanya tinggal kenangan. Penyesalan yang sudah terlambat, sudah tidak berguna lagi. Seandainya saja dia tidak terburu buru mengambil keputusan, mungkin mereka masa ini sudah mengecapi saat saat bahagia.
Bersambung..
YOU ARE READING
Pertemuan Dua Hati ( Complate )
FantasyPercintaan dua anak remaja Ryan dan Rania. Hubungan yang terjalin sudah sekian tahun, akhirnya putus ditengah jalan, hancur kerna sebuah fitnah. Angkara seorang perempuan yang cintanya tidak berbalas. Kerna sakit hati dan dendam, dia sanggup melaku...