Sejak Ryan melihat gambar Rania dengan seorang lelaki yang tersiar difb hari tu, fikirannya kacau dan tidak tenang.
"Ini tak boleh jadi ni, aku harus bersemuka dengan Rania. Aku mau masalah ini selesai. Tidak berlarut larut." bisik hati Ryan. Dia pun call Rania.
"Helo Rania..." kata Ryan, tiada lagi panggilan sayang.
"Ya helo Iyan. Kenapa suara kau ni lain macam ja." tanya Rania hairan.
"Rania, stright to the point saja. Aku tanya kau... Kau kesana tu untuk apa? belajarkah atau pun ada tujuan lain." tanya Ryan.
"Eh...apa kau cakap ni Ryan. kenapa kau tanya macam tu? Apa maksud pertanyaan kau tu? Saya tidak faham la Ryan." tanya Rania. Dia merasa pelik dengan pertanyaan Ryan.
"Kau tidak fahamkah, atau kau sengaja buat buat tak faham." kata Ryan dengan nada yang agak tinggi.
"Apa kau cakap ni Ryan? Kenapa dengan kau ni? Aku benar benar tidak faham la, apa sebenarnya yang kau maksudkan ni. Dari nada suara kau, aku dapat rasa yang kau ni tengah marah. Tapi aku tidak tau apa yang kau marahkan sangat dengan aku ni. Cuba kau berterus terang dengan aku, apa yang kau marah sangat dengan aku ni." tanya Rania.
"Aku tanya, kau kesana tu untuk belajarkah atau pun pigi cari jantan lain." tanya Ryan kasar.
"Apa kau merepek ni Ryan. Kau jangan tuduh aku yang bukan bukan. Aku kesini tentu la untuk belajar. Takkan la aku buat pula benda lain." balas Rania.
"Ohh... Belajar... Belajar bercinta dengan lelaki lain. Itu yang kau kata belajar. Ops...lupa, belajar sambil bercinta. Sambil menyelam sambil minum air." Eh aku tak sangka la Rania, kau sanggup buat aku macam tu setelah sekian tahun kita bercinta. Aku sangkakan kau lain dari yang lain. Tapi rupanya sama saja." nada suara Ryan kasar dan menyingung perasan Rania.
"Sampai hati kau tuduh aku macam tu Ryan, sedangkan aku tidak pernah berbuat seperti yang kau tuduhkan itu. Aku berani bersumpah, aku tidak pernah ada hubngan dengan mana mana lelaki."kata Rania membela diri.Habis tu siapa lelaki yang bersama dengan kau dalam gambar itu. Mesra semacam, siap dengan berpegangan tangan. Itu kau kata tiada hubungan."tanya Ryan marah.
"Gambar apa pula ni Ryan. Bila pula aku bergambar dengan orang lain. Aku tak pernah bergambar dengan sesiapa, sungguh Ryan, kau percaya la dengan aku, aku tak buat semua itu. Aku sumpah, aku tidak pernah bergambar dengan sesiapa." kata Rania membela dirinya."Habis tu, kalau bukan kau, siapa? Palanduk dua serupa. Mustahil... Jangan main main dengan sumpah Rania, sumpah tu nanti akan makan diri sendiri. Macam ni la Rania, lebih baik kau balik dulu, kita setelkan masalah kita ini, supaya tidak berlarut larut dan diantara kita tiada yang tersakiti." ujar Ryan pada Rania.
"Macam mana aku balik Ryan, aku sekarang ni tengah sibuk belajar. Lagi pun tempat ni bukannya dekat untuk ulang alik. Aku mohon pengertian mu Ryan. Nanti bila ada masa aku balik la. Tolong la faham keadaan aku." rayu Rania.
"Ooh...kalau balik sini jumpa aku, kau tiada masa, tapi dengan orang lain kau ada masa pula. Hemm... bagus la Rania, itu tandanya kau lebih pentingkan pelajaran kau dan orang lain, dari pada hubungan kita. Okey fine. Now listen Rania, from now pertunangan kita it's over, kita putus. Anggap la kita tiada jodoh. Dan sekarang kita bebas tiada ikatan apa apa. Kau bebas memileh jodoh mu, begitu juga aku." kata Ryan."Sampai hati kau Ryan memutuskan pertunangan kita begitu saja, kau mengambil keputusan tanpa menyelidiki dulu kebenarannya. Aku percaya satu hari nanti kau pasti akan menyesal dengan tindakan kau tu. Tapi tak apa la, jika keputusan itu buat kau rasa lega dan kau rasa baik untuk kita berdua, aku terima saja, walau pun sebenarnya aku tidak bersalah. Mungkin semua ini ujian dari Allah untuk ku, aku terima dengan redha. Aku doakan semoga kau menemui kebahagian dengan orang lain." kata Rania.
Rania tidak dapat menahan lagi air matanya dari mengalir. Dia menangis terisak isak. Hatinya sedih. Dia tidak menyangka hubungan cinta yang dipupuk bertahun tahun, dengan sekelip mata saja terputus. Dia teringat gambar yang dihantar Ryan. Orang yang bersamanya dalam gambar itu ada la Haikal. Bila masa pula Haikal ambil gambar mereka. "Aku mesti cari Haikal, semua ini berpunca dari dia." kata hati Rania.
Haikal pula menjadi serba salah bila dia tau hubungan Rania dengan tunangnya ada masalah gara gara tindakannya viralkan gambarnya bersama dengan Rania.
"Apa aku buat ni? Masak la aku kali ni. Tentu Rania akan mengamuk dengan tindakan aku yang bodoh itu. Bukannya Rania suka dengan ku, malah dia tambah benci dengan ku, gara gara tindakan ku yang terburu buru tanpa berfikir dulu sebelum berbuat. Terima saja la Haikal, memang salah kau pun. Siapa suroh berbuat tanpa berfikir dulu. Itu la akibatmya kalau bertindak melulu." bisik hati Haikal. Tengah dia melamun, Rania datang."Haah... Haikal... Kebetulan kau ada disini. Apa sudah kau buat Haikal? Kau viralkan gambar yang aku sendiri pun tidak tahu bila masa kau ambil gambar tu. Apa maksud kau post gambar tu difb Haikal. Kau sengaja kan hancurkan hubungan aku dengan tunang aku Ryan. Sebab kau sakit hati cinta mu tidak berbalas. Sampai hati kau Haikal, kerna perbuatan mu, pertunangan aku dengan Ryan terputus. Selama ni aku sangka kau ni seorang kawan yang baik, tapi rupanya musoh dalam selimut. Aku menyesal punya kawan macam kau. Sekarang puas la hati kau, kerna hubungan aku dengan Ryan hancur kerna ulah mu. Aku benci kau Haikal, benci sangat sangat." kata Rania melampiaskan kekesalan hatinya.
"Rania... Rania... aku minta maaf sangat sangat, aku tiada niat pun untuk menghancurkan hubungan kamu berdua. Aku tau aku salah. Tolong la maafkan aku Rania. Kau cakap la, apa yang mesti aku buat untuk pulihkan hubungan kamu berdua, asalkan kau maafkan aku. Aku sanggup buat." rayu Haikal dengan rasa bersalahnya.
"Tak perlu la kau buat apa apa Haikal, semuanya sudah terlambat, sudah hancur musnah. Tiada lagi yang tersisa, selain dari hati yang terluka semakin dalam. Ini yang kau mahukan kan Haikal. Kau mahu aku tersungkur dan merana kerna putus cinta. kata Rania lalu pergi meninggalkan Haikal yang penuh penyesalan.
Satu hari Ros mamanya call Rania. Dia tau anaknya Rania tengah sedih. Dia takut anaknya akan berbuat perkara perkara yang tidak baik diluar kesedarannya.
"Sayang... Mama harap Nia jangan buat perkara yang tidak baik nak. Mama tau, Nia tengah sedih sekarang ni. Mama juga tau, anak mama ni tidak bersalah. Sayang kena tabah ya nak. Hadapi semua ujian ini dengan redha dan tawakal. Mama percaya anak mama ni kuat dan tabah." kata mamanya memberi peransang dan nasihat pada Rania.
"Ya maa. Mama jangan risau, Nia tak kan buat benda benda yang tak baik. Mama jangan susah hati, nanti mama pula yang sakit. Mama jaga kesehatan mama tu. Doakan yang baik baik saja maa. Semoga Nia pulang dengan membawa kejayaan bukan kekecewaan." kata Rania pada mamanya. Dia berazam untuk mencapai cita citanya, walau pun dia dalam kesedihan. Dia akan buktikan pada Ryan yang dia boleh berjaya, walau pun disisi lain dia gagal."Ryan... betulkah apa yang kau buat tu. Tiada rasa penyesalan lagi. Mama hairan la dengan kamu berdua ni. Bercinta bertahun tahun, top top dengan sekelip mata putus begitu saja. Ni mama nak tanya kau satu soalan Ryan, Sebelum kau putuskan pertunangan kamu, ada kau siasat dulu kebenarannya. Mama rasa Rania tu tidak bersalah dalam hal ni. Dia tu mangsa keadaan."kata mama Ryan puan Maria.
"Nak siasat apa lagi maa, gambar tu sudah cukup menunjukkan bukti yang Rania tidak jujur dengan aku. Dia main kayu tiga dibelakang aku. So... apa lagi yang Ryan boleh buat maa selain dari memutuskan pertunangan kami. Ryan tidak kuat lagi maa, menanggung semua kesakitan ini. Ryan memang cinta dan sayangkan Rania maa, kerna dia la satu satunya gadis yang bertahta dihati Ryan, tapi takdir tidak mengizinkan kami untuk bersama. Ryan tidak mau lagi terus menerus rasa sakit hati maa. Ryan rasa ini la keputusan yang terbaik bagi kami berdua." kata Ryan menjelaskan.
"Jadi kau kompom la dengan keputusan kau tu. Kau tiada sikit pun rasa menyesal. Macam mana kalau Rania tu benar benar tidak bersalah. Apa harus kau lakukan?" tanya mamanya.
"Entah la maa, fikiran Ryan sekarang ni buntu. Ryan tidak dapat berfikir lagi apa yang harus Ryan lakukan. Ryan serahkan saja pada takdir. Biar la takdir yang menentukan segalanya." balas Ryan.Bersambung...
YOU ARE READING
Pertemuan Dua Hati ( Complate )
FantasyPercintaan dua anak remaja Ryan dan Rania. Hubungan yang terjalin sudah sekian tahun, akhirnya putus ditengah jalan, hancur kerna sebuah fitnah. Angkara seorang perempuan yang cintanya tidak berbalas. Kerna sakit hati dan dendam, dia sanggup melaku...