Part 2

116 2 1
                                    

Haikal...

Setelah Rania pergi, Haikal berdiri, dia keluarkan hinponnya dari dalam begnya lalu dia call seseorang.
"Helo... Kau sudah buat apa yang aku suroh?" tanya Haikal pada seseorang ditalian.
"Sudah boss." jawab seseorang ditalian.
"Okey, kau send semua gambar gambar yang sudah kau ambil." arah Haikal pada orang ditalian.
"Baik boss, tapi upahnya macam mana boss?" tanya orang ditalian.
"Hee...kau ni kan, kau kirim la dulu gambar gambar tu, nanti aku bayar la. Tak payah la kau risau." kata Haikal sedikit jengkel.

Beberapa minit kemudian, gambar gambar yang Haikal kehendaki sudah pun ada didalam telepon bimbitnya. Haikal tersenyum puas melihat semua gambar gambar yang ada didalam hinponnya.
"Sekarang baru puas hati ku. Kau tunggu Rania, kau sombong dan angkuh dengan aku, kau tulak cinta ku mentah mentah. Kau kecewakan aku. Tapi dengan gambar gambar ini nanti, hidup mu akan porak poranda. Cinta yang kau agung agungkan itu, akan hancur Rania. Saat itu baru la kau tau, betapa sakitnya hati bila cinta ditulak. Macam mana kau rasa kesakitan itu, begitu juga la yang aku rasa saat kau tulak cinta ku Rania. Kalau aku tidak dapat memileki mu Rania, tunangan mu Ryan juga tidak akan dapat memileki mu. Kau tunggu Rania, aku akan buat kau menangis dan datang kedalam pelukan ku." bisik hati kecil Haikal.

Nita..

Satu hari sedang Nita membelek belek fbnya, tiba tiba dia terpandang gambar Rania bersama dengan seorang lelaki kacak. Siap dengan berpegangan tangan.
"Haih...bukankah perempuan ni Rania. Tapi siapa pula lelaki yang bersama dengan dia ni? Nampak mesra betul. Seperti ada apa apa ja  durang ni. Apakah dia boifren baru Rania. Tapi tak mungkinlah, Rania kan sudah bertunang dengan Ryan.  Hemm... Nampaknya ada chan la aku untuk mendekati Ryan. Gambar ini boleh aku gunakan sebagai senjata untuk memisahkan Ryan dengan Rania. Bererti keinginan ku untuk memileki Ryan akan terkabul."kata Nita tersenyum penuh makna.

Nita bergegas pergi mencari Ryan. Dia ingin menunjukkan gambar Rania difb bersama dengan seorang lelaki. Nita percaya kali ini Ryan pasti percaya.

"Ryan... Ryan... tunggu.! "panggil Nita pada Ryan yang kebetulan baru balik dari pekan.
"Hah... Nita, apa yang kau terjerit jerit ni, macam orang kesurupan. berita sensasi apa lagi yang mau kau bawa ni." tanya Ryan.
"Eh tak ada la, aku cuma ingin berbual bual dengan kau." kata Nita.
"Eh aku tak ada masa la Nita, sorry... aku banyak kerja." dalih Ryan.
"Sekejap Ryan. Aku cuma mau tanya ja. Rania tunang kau apa khbar? "tanya Nita.
"Eh kenapa pula tiba tiba saja kau tanya pasal Rania? Kau mimpikah ini Nita? Tidak biasanya kau ambil berat pasal Rania. Kenapa pula hari ini tiba tiba saja kau tanya pasal dia. Ini mesti ada apa apanya. Tentu la dia baik baik saja. Yang kau sibuk tanya pasal dia tu kenapa? " tanya Ryan hairan dengan sikap Nita.
"Tiada la...tanya saja, salahkah, kenapa... tidak bolekah?." kata Nita mengajukan soalan.
"Bukan tidak boleh, tapi cara kau tu tanya lain macam saja, macam ada  yang tidak kena.. Buat aku rasa pelik pula. Macam ada udang dibalik batu.." bilang Ryan.
"Kau percayakah Rania tu benar benar setia pada kau? Dia tidak curang dibelakang kau." tanya Nita pada Ryan.
"Kenapa kau cakap macam tu pada dia. Kau jangan cuba burok burokkan dia Nita. Tiada sebab saya tidak percaya pada Rania, sebab dia itu tunang saya. Lagi pun kami sudah lama berkawan, kami tau la hati budi kami masing masing. Jadi tiada lagi kesangsian diantara kami." ujar Ryan.
"Kau yakinkah Rania tu benar benar setia dan jujur pada kau, dia tidak menduakan kau." tanya lagi Nita.
"Apa kau cakap ni Nita. Kau jangan cuba menabur fitnah dan mengapi apikan aku. Aku tau, kau tu ada niat yang tidak baik, mau rosakkan hubungan aku dengan Rania. Kau sengaja burok burokkan dia. Kerna kau sakit hati dengan dia. Jadi macam macam cara kau buat, supaya aku benci dengan Rania. Kau dengar sini Nita, walau pun satu hari nanti aku ditakdirkan berpisah dengan Rania, aku tidak akan pileh kau sebagai teman hidup aku. Kerna aku sedikit pun tidak ada perasan cinta dengan kau Nita. Cinta ku hanya pada Rania seorang. Dia tidak seperti yang kau tuduhkan itu Nita." marah Ryan.
"Kau ni kan Ryan...mudah sangat kena tipu dan percaya sangat dengan Rania tu, dia tu beribu ribu batu nun jauh diseberang lautan sana. Kau tidak nampak apa yang dia buat disana." kata Nita berusaha meyakinkan Ryan.
"Cukup Nita, kalau kau cakap pasal Rania lagi dan kau tiada bukti yang Rania tu curang dan tidak setia pada  ku, lebih baik aku balik lagi bagus, dari pada melayan kau, buang masa saja." kata Ryan dan ingin pergi dari situ.
"Ryan, macam mana kalau aku ada bukti. Kau masih tidak percayakah?" soal Nita.
"Haah... kau ada buktikah? Entah entah kau sengaja mereka reka cerita supaya aku percaya. Kalau kau ada bukti, kau tunjuk dengan aku. Jangan asal cakap ja." tanya Ryan ingin tau.
"Okey, tapi kau jangan terkejut pula. Nanti aku send dihinpon kau. Kau tinguk la kekasih hati pujaan kau tu. Setiakah tak." kata Nita tersenyum, dia percaya Ryan sudah mulai terpancing kata katanya.

Sebentar kemudian, Ryan membuka hinponnya dan matanya seakan tidak percaya, menetap gambar yang tertera discren hinponnya ada la gambar Rania tunangannya bersama dengan lelaki lain. Mereka kelihatan mesra. Dan lelaki itu pula sedang mengenggam jemari tangan Rania. Serta merta hati Ryan menjadi panas. Dia sudah terpancing emosi, api cemburunya sudah mulai membara. Tapi dia masih boleh kontrol lagi.

"Ini tidak betul. Semua ini bohong. Aku tidak percaya. Mungkin kau yang edit gambar ini. Ini tidak mungkin. Kau sengaja memfitnah Rania, kerna kau sakit hati dengan dia kan. Kau buat begitu supaya aku marah dan memutuskan pertunangan kami. Itu yang kau mau kan. Kerana kau sukakan aku. Jangan harap Nita. " kata Ryan.
"Edit apanya Ryan. Kau tinguk la betul betul gambar tu, editkah tidak. Terpulang la sama kau, sama ada kau percaya atau pun tidak. Aku tidak paksa." kata Nita.

Ryan berlalu pergi meninggalkan Nita dengan wajah yang merah padam menahan marah.
Nita pula bersorak gembira didalam hatinya, niatnya untuk membuat Ryan marah sudah berhasil. Dia akan terus cuba untuk berusaha mendapatkan cinta Ryan. Dia tidak akan mensia siakan peluang yang sudah lama dia tunggu tunggu.

Tanpa Nita sedari, Fina dan Dina kawan kawan Rania mendengar semua perbualannya Ryan tadi. Fina dan Dina memang tidak suka dengan Nita. Kerna mereka tau siapa Nita.

"Hoi Nita, ini semua kerja kau kan. Kenapa busok hati betul kau ni arr. Sanggup kau fitnah Rania semata mata kerna kau sukakan Ryan. Perempuan jenis apa kau ni. Sanggup kau rampas hak orang lain. Banyak lagi ba lelaki lain diluar sana, kenapa Ryan juga yang kau pileh. Kau ni memang perempuan jahat dan tak berhati perut. Pentingkan diri sendiri." kata Dina sakit hati.
"Hahahaaa... Biar padan muka Rania. Siapa suroh curang sama tunang sendiri." tawa Nita senang hati.
"Hi Nita, kau fikir dengan kau berbuat begitu, Ryan suka la sama kau. Kau jangan mimpi Nita. Ryan tidak pandang pun kau." kata Fina.
"Tak apa, kalau aku tidak dapat memileki Ryan, aku pastikan Rania juga tidak akan dapat memilekinya. Yang penting hati aku puas." kata Nita." tersenyum sinis.

Bersambung..

Pertemuan Dua Hati ( Complate )Where stories live. Discover now