Sedang Ryan melayan fikiran dan kenangannya, tiba tiba telepon bimbitnya berbunyi. Dicapai teleponnya lalu meleret skrin hinponnya. Disana tertera nama Roslan sahabatnya. Gembiranya hati Ryan.
"Helo Lan, kau dimana ni? Kau masih belum balik lagi."tanya Ryan.
"Hii, Yan. Aku disinilah, ditempat kita biasa lepak. Datanglah cepat, aku tunggu kau." bagitau Roslan.
"Okey kau tunggu, sekejap lagi aku sampai." tanpa berlengah lagi Ryan bingkas bangun dan mencapai kunci kereta lalu bergegas pergi ketempat Roslan. Wajahnya yang tadi kelihatan agak kusut, kini nampak sedikit ceria, bila dia tahu sahabat baiknya sudah balik dari outstation.
Roslan menunggu Ryan diwarung kopi pak Ali tempat mereka selalu lepak. Dalam beberapa minit saja, Ryan sudah sampai disana. Begitu sampai Ryan terus mendapatkan Roslan yang sedang menunggunya.
"Sampai pun kau. Ingatkan kau tak datang tadi." sapa Roslan.
"Mana boleh tak datang. Aku bosanlah duduk kat rumah sorang sorang bila kau tak da. Kau ni bila lagi sampai? Kenapa tak call aku? " soal Ryan.
"Baru semalam aku sampai. Penatlah. Balik rumah ja terus tidur. Itu yang aku tak sempat call kau tu. Kau ni kenapa pula Ryan? Nampak macam sarabut ja. Apa yang kau fikir? Apa yang ada dikepala kau tu. Cuba kau cakap. Mana tau ringgan sikit beban fikiran kau tu. "tanya Roslan.
Ryan menarik kursi lalu duduk berhadapan dengan Roslan. Dia memesan minuman.
"Pak Ali.. teh tarik satu." pesan Ryan.
Tak lama itu pak Ali datang membawa secawan teh tarik yang dipesan Ryan tadi.
"Terima kasih Pak Ali." ujar Ryan.
"Sama sama." jawab pak Ali ringkas.
"Lama tak nampak kamu berdua, kamu kemana?" tanya pak Ali.
Oh, saya kerja pak Ali, Roslan pula baru balik semalam dari outstation.
Oh, patutlah tak nampak. A'ah pak Ali kedalam dulu, kalau ada apa apa nak minta, jerit saja, pak Ali dengar tu." pesan pak Ali.
"Baik pak Ali, terima kasih."
"Sama sama." jawab pak Ali lalu beredar kedapur.
"Ya Lan, aku ni memang tengah ada masalah." ujar Ryan.
"Eh apa pula masalah kau ni Yan. Kau ni, tak habis habis dengan masalah. Habis satu, satu lagi. Hari tu kau ada masalah dengan Rania. Kali ni pula dengan siapa lagi? "soal Roslan ingin tau.
"Dengan Rania." suara Ryan hampir tak kedengaran.
"Hah..!Dengan Rania.! Eh... biar betul kau ni Yan. Apa lagi masalah kau dengan Rania? Bukankah kamu dah lama putus? So, apa lagi masalah kamu berdua? "tanya Roslan dengan dahi berkerut.
Ditenung wajah sahabatnya yang duduk didepannya sedang mengaduk aduk minumannya. Nampak dari air mukanya, dia memang tengah susah hati.
"Yaa., memang kami dah lama putus. Tapi aku nak sambung balik hubungan kami yang terputus." kata Ryan tanpa rasa malu, dia berterus terang pada sahabatnya Roslan.
"Lahh., apa yang kau cakap ni Yan. Bukannya dulu kau yang putuskan pertunangan kamu. Kenapa sekarang kau pula yang nak sambung balik. Dulu kau juga yang kata Rania tu curang dengan kau. Tak jujurlah, tak setialah ada lelaki lainlah. Sekarang... kenapa pula kau yang beria ia nakkan dia semula?" tanya Roslan hairan.
"Tulah masalahnya Lan. Aku tak dapat nak melupakan Rania. Aku sudah cuba Lan. Tapi semakin aku cuba, aku semakin terseksa. Aku tidak dapat menipu diri ku sendiri, yang aku masih perlukan Rania dalam hidup aku." luah Ryan sungguh sungguh.
"Aku pun tak tahu, macam mana nak tolong kau ni. Aku sendiri pun belum pernah bercinta. Nasihat aku, kau kejarlah dia sampai dapat. Jangan sampai jatuh ketangan orang lain. Sekali kau kehilangan dia, kau akan kehilangan dia buat selama lamanya. Bila kau sudah mendapatkan dia semula, hargailah... Jangan disia siakan. Peluang hanya datang sekalu saja." pesan Roslan.
Roslan benar benar tak faham dengan sikap sahabatnya yang satu ini. Sekejap putus, sudah tu nak sambung balik.
"Yaa... memang aku salah Lan. Itulah satu kesilapan besar yang pernah aku lakukan. Aku tak menghargai dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Pada masa itu aku tak dapat berfikir dengan...! Ah aku pun tak tahu apa aku nak cakap."kata Ryan meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
"Itulah... kan aku dah kata. Jangan cepat percaya pada apa yang kau nampak. Kerna apa yang kau nampak itu, belum tentu benar. Kadang kala tanpa kita sedari ada orang sengaja mengambil kesempatan untuk merusakkan hubungan kita. Sebab itu kita kena selalu berhati hati. Jangan sampai terpedaya hasutan. Tapi kau tidak, kau telan saja apa orang kata. Cepat sangat terpengaruh dengan hasutan orang. Sekarang apa dah jadi. Orang ketawa, kau gigit jari. Tulah jangan bertindak melulu. Selidiki dulu kebenarannya, betul atau tidak. Baru ambil tindakan. Ini tak, ambil keputusan tak fikir panjang. Sekarang siapa yang menyesal. Kau sendiri juga kan. Lain kali dengar sikit nasihat orang lain. Jangan main sergah macam tu ja. Yang rugi diri sendiri. Sekarang kau sendiri yang melopong. Buatnya Rania tu dah ada orang lain, apa kau nak buat. Kau nak menangis, meraung macam tu. Hee... aku tak fahamlah dengan kau Iyan."
"Entahlah Lan, aku pun tak faham dengan diri aku sendiri, apa tah lagi orang lain. Aku tak tahu apa aku nak buat. Tapi hati ku ini kuat mengatakan, yang Rania juga masih sayangkan aku. Aku nampak dari pandangan matanya, yang dia masih cintakan aku, tapi dia sengaja tidak mahu mengakuinya. Apa harus aku buat Lan. Aku tak mahu kehilangan dia lagi."
"Memanglah Yan, takkan semudah itu Rania terima kau balik, setelah apa yang kau buat pada dia dulu. Kalau akulah ditempat Rania, aku pun akan buat benda yang sama. Tidak semudah itu kita memaafkan orang yang pernah menyakitkan hati kita dan tidak semudah itu juga kita terima orang yang pernah menginjak injak harga diri kita. Begitu juga dengan Rania.
"Iya., aku faham dan aku sedar tu Lan, aku yang salah, aku mengaku aku ego. Tapi apa yang harus aku buat, sedangkan aku masih sayang dan cintakan dia Lan. Aku tak dapat teruskan hidup aku tanpa dia. Tiada orang lain yang dapat mengantikan tempat Rania. Aku ni manusia biasa Lan. Yang tidak lari dari membuat kesilapan." keluh Ryan.
"Ee...kasian pula aku tenguk kau ni. Kau cubalah pujuk dia. Kau kejar dia, jangan lepaskan dia. Sekali dia terlepas, kau akan kehilangan dia untuk selama lamanya.kau jangan cepat putus asa. Buang ego kau tu. Itu pun kalau kau benar benar nakkan dia semula. Jangan berlengah lengah, nanti dikebas orang, melopong kau nanti. Meranalah hidup kau nanti."
"Terima kasihlah Lan, kau bagi aku sokongan. Kaulah sahabat aku dunia akhirat." kata Ryan.
"Itulah gunanya kawan, sentiasa ada bila kawan lagi ada kesusahan. Apa gunanya kawan, kalau tak dapat membantu. Itu pun tolong bagi pendapat ja."kata Roslan tersengih.
"Itu pun dah cukup Lan. Sekurang kurangnya aku ada semangat untuk terus mengejar cinta ku yang sudah hampir hilang."
"Macam tulah aku nak tenguk, jangan cepat berputus asa, belum cuba belum tau. Ini tak, belum cuba lagi dah mengalah. Gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya. Kenalah berusaha baru nampak hasilnya. Jangan duk diam ja, macam mana nak berhasil, kalau tak buat apa apa, seperti menanti buah yang entah bila gugurnya." kata Roslan membakar semangat Ryan.
"Yalah Lan, aku akan cuba. Betul kata kau tu. Berhasil atau tidak, itu belakang kira." kata Ryan semangat.
"Hah., macam tulah baru kawan. Semangat sikit. Jangan asyik mengeluh ja. Apa orang kata, biar putih tulang jangan putih mata."
"Eh kau tak kerjakah hari ni?" tanya Roslan.
"Tak, aku mc. Kepala ku sakit sangat."
"Pula dah. Jangan fikir banyak sangat kawan, nanti stress. Apa kata kita pegi gim, kut kut hilanglah sikit tension kau tu. " ajak Roslan."Okey jom."
Begitulah Roslan dengan Ryan. Kalau ada masa yang terluang, mereka mesti kegim atau lepak diwarung pak Ali. Mereka ni berkawan dari sejak kecil lagi. Sekampung pula tu. Apa pun yang jadi dengan hubungan Ryan dengan Rania semua Roslan tahu. Antara Ryan dan Roslan sudah tiada rahsia lagi.
YOU ARE READING
Pertemuan Dua Hati ( Complate )
FantasyPercintaan dua anak remaja Ryan dan Rania. Hubungan yang terjalin sudah sekian tahun, akhirnya putus ditengah jalan, hancur kerna sebuah fitnah. Angkara seorang perempuan yang cintanya tidak berbalas. Kerna sakit hati dan dendam, dia sanggup melaku...