Rania call mamanya, begitau tentang kedatangan rombongan dari pihak Haikal untuk masuk meminang dirinya. Mulanya mama Rania tidak percaya dan terkejut dengan keputusan yang dibuat Rania dengan secara tiba tiba. Mamanya hairan dan tidak begitu yakin dengan apa yang Rania sampaikan. Mamanya minta dia pulang kekampung untuk menjelaskan pada mamanya apa sebenarnya yang berlaku. Rania pun balik kekampung setelah mendapat cuti.
Nia, betulkah apa yang mama dengar ni. Nia tak main main kan. Mama nak tanya satu benda dengan Nia ni. Betulkah apa yang Nia buat ni. Nia betul sukakan Haikal, bukan kerana terpaksa nak elakkan diri dari Ryan. Nia fikirlah, habis habis, sebelum Nia membuat satu keputusan. Jangan nanti ada rasa penyesalan dikemudian hari." ujar mamanya.
"Maa, Nia yakin dengan keputusan yang Nia buat ini. Tak salah kan maa, kalau kita mencuba. Walau pun sekarang Nia belum dapat mencintainya, tapi mungkin selepas kahwin nanti Nia boleh belajar mencintai Haikal maa."
"Nia, cinta sayang lahir dari hati dan perasan. Bukan kerana terpaksa. Mana boleh dicuba cuba atau dipaksa. Kalau boleh iya oke, tapi kalau tak boleh macam mana? Benda ni serius tau Nia. Bukan dibuat main main. Nia tau tak, Nia telah menyeksa tiga hati. Ryan, Haikal dan hati Nia sendiri. Mama tahu, sebenarnya Nia masih sayangkan Ryan. Sebab ego Nia terlalu tinggi, Nia tak mahu mengakui perasan Nia sendiri. Jangan memaksakan diri Nia, jika bertentangan dengan keinginan hati. Sebab kalau dipaksa juga, akan banyak hati yang terluka nanti. Kalau Nia rasa tak sanggup, masih ada masa lagi untuk batalkannya." ujar mamanya.
"Tidak maa. Nia dah buat keputusan untuk teruskan juga majlis pertunangan ini. " kata Rania berkeras.
"Terpulanglah pada Nia. Mama tak paksa Nia. Nia sudah dewasa untuk membuat keputusan sendiri. Jika itu sudah menjadi pilihan Nia, mama tidak dapat menghalang. Asalkan keputusan yang Nia buat itu ikhlas dan bukan kerana terpaksa. Nia buatlah apa yang Nia rasa baik untuk masa depan Nia. " kata mamanya.
"Terima kasih maa, sebab sokong Nia.
"Kalau bukan mama, siapa lagi. Nia kan anak mama, tentulah mama sokong. Nia buat semua ni, tentunya sudah Nia fikirkan sebelumnya kan. Mama nak Nia hidup bahagia bila sudah berumah tangga nanti. Mama harap Nia tabah menghadapi apa jua ujian yang datang didalam kehidupan Nia nanti. "kata mamanya. Dia mengharapkan anaknya hidup bahagia bila sudah menikah nanti. Itulah harapan seorang ibu."Insyaallah maa. Mudah mudahan keinginan mama tu akan jadi kenyataan. A'ah maa, Nia kena balik hari ni juga. Sebab masih banyak kerja yang harus Nia siapkan. Nia balik dulu maa, salam dengan papa." kata Rania dan pamit untuk balik kebandar.
"Aii Ros, nak kemana pula Rania tu? Aku baru sampai, dia pula yang pergi."
"Nak baliklah tu bang. Katanya dia dapat cuti sehari ja. Dia kena balik cepat, ramai sangat pesakit yang baru masuk harus segara ditangani."
"Taulah kan, anak kita tu doktor, mana tak sibuknya. Dah tu, ada kau tanyakan pada dia, apa katanya? " soal suaminya.
"Dah bang. Memang iya, kata Rania rombongan Haikal akan datang dua tiga hari lagi. "
"Eh pelik pula aku, selama ni kita tak tahu pun yang dia dah ada teman laki. Ada dia bagitau dengan kau Ros." tanya lakinya.
"Tak ada pula bang. Mungkin Rania malaslah tu nak heboh hebohkan soal ini. Abang taulah kan mulut orang ni. Yang sejengkal jadi satu depa. Kita tunggu ja lah." jawab isterinya.
Seperti yang dijanjikan, rombongan dari pihak Haikal pun datang. Majlis pertunangan Rania dengan Haikal berjalan dengan lancar tanpa ada seberang masalah. Masa pernikahan juga ditetapkan empat bulan dari tarikh pertunangan. Pihak keluarga Haikal, tidak mahu menunda lebih lama. Kata mereka benda yang elok tak harus dilambat lambatkan. Untuk apa ditangguhkan lagi, kalau kedua belah pihak sudah bersedia. Lagi elok kalau dilaksanakan dengan segara.
YOU ARE READING
Pertemuan Dua Hati ( Complate )
FantasyPercintaan dua anak remaja Ryan dan Rania. Hubungan yang terjalin sudah sekian tahun, akhirnya putus ditengah jalan, hancur kerna sebuah fitnah. Angkara seorang perempuan yang cintanya tidak berbalas. Kerna sakit hati dan dendam, dia sanggup melaku...