Part 3

73 2 0
                                    

" kau ni kan Nita, tak syarik syarik. Asyik nak fitnah orang ja. Kau tu tiada kerja lainkah nak buat, selain dari jaga tepi kain orang. Eh jaga la tepi kain kau tu sendiri, jangan nak jaga tepi kain orang orang pula, karang tepi kain kau sendiri yang koyak tidak pula kau sedar. Harap muka ja lawa, tapi hati busok, lebih busok dari bangkai anjing. Perangai pula mengalahkan syaitan. Kau fikir kami tidak tau apa kau buat diluar sana. Kau tu suka goda lelaki, tak kira la lelaki tu laki orangkah tunang orangkah mudakah tuakah, kau rembat semua. Tak pilih bulu. Mentang mentang la cantek kunun, semua lelaki kau mau try termasuk la cRyan. Hi Nita, masih ramai lagi lelaki yang masih solo diluar sana tu yang boleh kau jadikan kekasih. Kenapa cRyan juga yang kau kacau. Kau kan tau, Ryan tu tunangnya Rania. Yang kau kacau hubungan durang tu... kenapa? Kau tak puas puas lagikah dengan petualangan kau selama ini Nita. Kau tu tidak kekal dengan seorang lelaki. Bila kau sudah bosan, kau tinggakan saja macam tu. Eh Nita, kecantekan tu tidak kekal tau, satu hari nanti akan pudar. Yang baiknya kalau cantek luar dan dalam. Bukan setakat cantek luaran saja, tapi dalaman juga. Kau ingat sikit Nita, satu hari nanti, kau akan terima balasan dari semua perbuatan yang pernah kau lakukan. Hukum karma itu ada Nita, cepat atau lambat ia pasti akan berlaku pada diri kau Nanti. Kau tunggu la. Masa itu baru kau tau langit itu tinggikah rendah. Tuhan tu maha adil Nita, dia maha melihat setiap perbuatan hamba hambanya. Sama ada Baik atau pun burok perbuatan mereka, pasti akan dapat balasan. Saat itu baru kau sedar dengan segala dosa dosa yang sudah kau perbuat. Tapi sayang...! Nita, semua itu sudah terlambat. Kau menyesal pun sudah tidak berguna lagi." kata Fina dan Dina.
"Ada ku kisah. Apa pun yang kamu katakan itu, tidak mungkin terjadi pada ku. Aku sudah cukup menjaganya. Apa yang penting semua keinginan ku akan tercapai. Aku masih muda dan cantek. Masa ku masih panjang. Untuk apa aku sia siakan masa muda ku dan kecantekan ku, kalau tidak aku gunakan untuk berseronok. Masa ni la aku enjoy sepuas puasnya. Sebenarnya... kamu tu iri hati dengan aku kan. Sebab aku dianugerahi kecantekan, sedangkan kamu berdua tiada. Kamu berdua tu apa yang ada. Tinguk la cara kamu berpakaian pun kampungan. Mana la lelaki tertarik dengan kamu. Lain la kalau macam aku ni cantek molek ada gaya."kata Nita bangga dengan kecantekan yang dia mileki. Dia tersenyum sinis kearah Fina dan Dina sambil berpusing pusing mempamirkan kecantekannya dihadapan Fina dan Dina. Meluat durang tinguk gaya cNita.
"Eh Nita, kami sedikit pun tidak iri, apa lagi dengki dengan kau. Kau jangan perasan sangat boleh tak. Buat apa la cantek kalau luaran saja, sedangkan dalaman busok penuh ulat. Macam buah mangga, luar saja nampak elok, tapi didalam burok penuh ulat tak boleh dimakan. Macam tu la dengan diri kau tu Nita. Kau sedar la sikit. Jangan terlalu sombong dan bongkak. Kelak memakan diri sendiri. Dina, mari kita pergi, malas layan orang yang suka berlagak dan sombong ni. Puji diri angkat bakul sendiri." kata Fina mengajak Dina pergi.
"Aku hairan la dengan kamu berdua ni. Kenapa kamu backup sangat dengan cRania tu. Apa istimewanya dia tu pada kamu haa, sampai kamu mati matian bela dia." soal Nita.
"Kerna dia kawan kami. Dia baik hati dan jujur tidak berlagak. Dia juga tidak suka ambil tahu hal orang. Tidak macam kau, suka menyibuk, suka ambil kesempatan dalam kesempitan, suka ambil tahu hal orang. "kata Fina dan Dina lalu mereka pergi. Nita pula terengih sengih macam karang busok.

Mereka pun pergi meninggalkan Nita. Sakit hati betul durang dengan perangai cNita. Mahu saja durang tampar mulut cNita yang lancang itu. Tapi durang tidak mahu timbul pula masalah lain.

Satu hari tu, masa Fina dan Dina berjalan balik dari kedai pak Amat, durang terserempak dengan Ryan.

"Eh Ryan... Kau dari mana ni?" tanya Fina dan Dina.
"Ohh... Saya baru dari rumah cAlex tadi. Sembang sembang dengan dia. Kamu pula dari mana ni?" tanya balik cRyan.
"Oo... Kami dari kedai runcit pak Ali, beli barang sikit. Kau pa khbar Ryan? Rania juga apa khbar dia sekarang? Lama tidak dengar khbar dari dia."tanya Fina.
"Aku macam ni la, macam yang kamu nampak. Okey okey ja. Tapi kalau pasal Rania tu, aku tak tahu. Aku tak nak ambil tau lagi tentang dia. Lantak dia la. Sehatkah tidakkah, itu hal dia. Tak payah la kamu tanya lagi pasal dia. Malas sudah saya mau fikir, buat sakit hati ja."kata Ryan macam ada rasa kesal dihatinya.
"Eh, kenapa macam tu? Rania tu kan tunang kau. Kenapa kau cakap macam tu? Kamu ada masalahkah Ryan dengan Rania." soal Fina.
"Memang ada masalah, dia tidak jujur dengan hubungan kami. Dia ada skandal dengan lelaki lain disana. Aku sangkakan dia tu baik dan jujur. Tapi rupanya depan aku saja dia baik, belakang aku dia curang dengan lelaki lain. Aku sangka dia kesana pigi belajar, tapi rupanya pegi cari jantan lain. Aku sedar, aku ni siapa, tidak setanding dengan dia yang ada pelajaran tinggi. Aku ni apa juga, cuma pelajar kolej saja. Lain la macam dia tu belajar sampai luar negeri. Tentu la dia cari orang yang setanding dengan dia, yang ada pelajaran tinggi macam dia." kata Ryan merasa rendah diri.
"Tidak baik kau cakap macam tu Ryan. Rania tu kan masih tunang kau. Tentu kau lebih kenal dengan dia, kerna kamu berdua sudah lama bercinta. Kami pun kenal lama dengan Rania. Dia bukan jenis perempuan macam tu. Jangan la kau cepat mengambil kesimpulan yang belum jelas kebenarannya. Sebaiknya kau tanya Rania sendiri, apakah semua tuduhan itu betul atau tidak. Jangan terburu buru mengambil keputusan, nanti ada penyesalan dibelakang hari. Jangan mengambil kesimpulan sepihak saja kalau belum tau kebenarannya. Selidiki dulu, baru buat andaian. Kadang kala ada orang sengaja membuat perkara yang mengaibkan orang lain. Pada hal orang yang dimaksudkan tidak tahu menahu tentang perkara itu. Durang sengaja timbulkan masalah, agar hubungan kamu berdua jadi retak. Nah, bila hubungan kamu ada masalah, dari sana la orang akan ambil kesempatan. Kita tidak boleh terburu buru dan main tuduh ja. Tak pasal pasal orang yang tidak bersalah terfitnah dan jadi mangsa."nasihat Fina dan Dina.
"Fitnah apanya Fina, gambar itu sudah jelas menunjukan yang Rania ada hubungan dengan lelaki tu. Kalau durang tu tiada hubungan apa apa, kenapa nampak mesra dan berpegangan tangan. Kau kata itu satu fitnah. Aku ni belum buta lagi Fina. Aku nampak sendiri dengan jelas, yang durang tu ada hubungan. Aku tidak tau sejak bila, mungkin saja aku tidak perasan kerna aku terlalu percaya pada Rania." kata Ryan sedikit emosi.
"Tapi Ryan..." kata kata Fina dibidas oleh Ryan.
"Eh dah la Fina, malas la nak bahas masalah ni, buat sakit jiwa ja." kata Ryan.
"Okey la Ryan, sorry... ganggu kau. Kami balik dulu." pamit Fina dan Dina.

Fina dan Dina berjalan pulang sambil berborak borak.
"Din, aku kasian la dengan Rania tu. Sudah bertahun tahun durang bercinta, sampaikan mengikat tali pertunangan, tapi tiba tiba pula putus macam tu ja. Aku tak percaya la Rania tu ada hubungan dengan lelaki tu. Mungkin saja, masa lelaki tu pegang tangan Rania, ada seseorang yang curi ambil gambar durang, dan Seseorang itu yang mengupah orang mengambil gambar mereka dengan tujuan tertentu." kata Fina.
"Mungkin saja Fin. Tapi apa tujuan dia aplot gambar durang kedalam fb." soal Dina.
Entah la Din, mungkin ada tujuan lain yang kita tidak tahu." balas Fina.

Lepas tu mereka pun pulang kerumah masing masing.

Bersambung...

Pertemuan Dua Hati ( Complate )Where stories live. Discover now