Part 5

56 2 1
                                    

Ketika Maria mamanya Ryan pergi kepekan, dia bertemu dengan Ros mamanya Rania.

"Eh... Ros, lama tidak jumpa, kau apa khbar sekarang, kau sehatkah? " tanya Maria.
"Alhamdulilah... sehat juga Maria. Kau pula macam mana, sehat jugakah? Kita ni walau pun sekampung, tapi jarang berjumpa." kata Ros mamanya Rania.
"Ya la Ros. Betul la tu, walau pun kita ni duduk sekampung, tapi kita jarang jarang berjumpa, kecuali la kalau ada majlis keramaian atau pun perkahwinan baru la kita jumpa. Ni alang alang kita sudah jumpa, aku minta maaf la banyak banyak dengan kau Ros, pasal anak anak kita. Aku tak sangka akan jadi begini. Aku ingat sudah berkawan bertahun tahun, kenal la diri masing masing. Tapi rupanya tidak. Aku tak salahkan Rania, tapi Ryan ni, suka sangat ambil keputusan terburu buru tanpa usul periksa. Ingatkan bila dah bertunang tu tak la timbul masalah. Tapi kau tinguk la apa dah jadi dengan pertunangan durang. Baru kena uji sikit dah jadi macam ni. Apa lagi kalau kena ujian yang besar. Entah la Ros, aku pun tak tahu nak cakap apa pasal durang ni. Pening kepala ku dibuatnya." kata mamanya Ryan.

"Tak payah la kau peningkan kepala fikir masalah durang tu. Biar la durang sendiri yang selesaikan masalah durang. Kita ni sebagai orang tua, kena terima saja apa pun keputusan durang. Kalau pun durang tu tak jadi kahwin, apa yang kita boleh buat Maria, kita redha saja la, apa nak buat kan. Mungkin durang tu tiada jodoh." ujar mamanya Rania.

"Ya la Ros, kita doa saja la yang baik baik untuk durang. Mudah mudahan masalah durang ni tidak la berlarut larut dan satu hari nanti, terbuka la hati durang untuk berbaik semula." itu la harapan mamanya Ryan. Dia berharap sangat yang hubungan Ryan dengan Rania akan pulih.

"Aamiinn... Insyaallah... Mudah mudah dimakbulkan. Hermm... Maria, kalau macam tu, aku balik dulu la ya, sebab barang barang yang aku perlukan tu sudah ada. Jadi jangan la kau banyak fikir tentang durang tu, pandai la durang tu selesaikan masalah durang. Nanti tak pasal pasal kau pula yang sakit. Kan susah." kata Ros mamanya Rania.

"Okey la Ros. Baik baik kau jalan." kata Maria mamanya Ryan.
Durang pun berpisah. Mamanya Rania pulang kerumah, semantara mamanya Ryan meneruskan berbelanja untuk membeli barang barang keperluan.

Satu hari sedang Ryan berjalan jalan, dia terserempak dengan Nita. Ryan pura pura tak nampak. Dia tau Nita sedang mengejarnya, tapi dia tidak hiraukan. Dia percepat langkah kakinya.

"Ryan tunggu... Kenapa kau tergesa gesa ni, kau mahu kemana? Soal Nita. Dalam hatinya Nita, ini la masanya dia mau mendekati Ryan. Dia tidak mau sia siakan peluang yang ada didepan mata.
"Aku ada hal la Nita. Jangan ganggu aku boleh tak." kata Ryan mengelak dari Nita.
"Eh kenapa dengan kau ni Ryan, asyik nak marah ja, tanya saja pun, takkan la itu pun tak boleh? Tapi kalau Rania..." kata kata Nita terhenti sebab dibidas oleh Ryan.
"Stop Nita. Jangan kau sebut lagi nama dia. Aku tak ingin memdengarnya." Lalu Ryan pergi sambil mendengus marah.
"Hemm... Kau marah bila aku sebut nama Rania. Dulu bukan main lagi kau Ryan. Macam belangkas. Sekarang dah macam anjing dengan kucing. Hah... Sekarang la masa aku untuk mendekati Ryan. Awas kau Ryan, kau tunggu... Selagi aku belum mendapatkan kau Ryan, selagi itu la aku tidak akan berhenti mengejar mu, sampai kau menjadi milek ku. Itu janji aku Ryan." bisik hati Nita sambil dia tersenyum sinis.

Sejak Ryan putus dengan Rania, dia hilang mood untuk belajar. Kadang dia kekolej, kadang tidak. Dia sering uring uringan. Bawaannya marah melulu. Pantang orang sebut nama Rania, dia akan cepat melenting.

Beza dengan Rania. Walau pun Ryan mutuskan pertunangan mereka tanpa mendengarkan penjelasan darinya, tapi dia tetap tabah dan meneruskan pengajiannya dibidang kedoktoran. Kerna itu ada la cita citanya sejak dibangku sekolah lagi. Dia tidak mahu campur adukkan masalah peribadi dengan pelajarannya. Dia tidak mahu menghampakan harapan kedua orang tuanya dan keluarganya tinguk dia berjaya. Dia memang sedih. Tapi itu tidak bererti dia melalaikan pelajarannya. Kerna itu menyangkut masa depannya. Dia berazam untuk membawa pulang segulung ijazah. Dia redhakan saja apa yang terjadi dengan hubungan mereka. Mungkin sudah takdir mereka tiada jodoh. Dia kena akur dengan semua itu, mungkin itu sudah ketentuan dari ilahi.

Pertemuan Dua Hati ( Complate )Where stories live. Discover now