ADAKAH MASIH CINTA 04

18.6K 681 14
                                    

" Abang! Kau nak pergi mana? " soal Megat Haneef apabila melihat abangnya itu berkemas kemas. Segala pakaiannya dimasukkan ke dalam bagasi.

" Far away from here. " jawabnya ringkas. Tidak mungkin dia akan tinggal di rumah itu. Farrahani pasti akan berpindah ke situ kerana telah berkahwin dengan Megat Haneef.

Mana mungkin dia boleh bertahan dengan tinggal sebumbung bersama gadis yang dicintainya. Jangan-ii rahsianya juga akan terbongkar nanti.

" Abang! Kau sakit lah. Bahaya kalau kau tinggal sorang-ii. Stay je lah. Aku ada. Aku boleh jaga kau. " pujuk Megat Haneef. Megat Hakeem tersenyum tawar.

" No. Aku tak boleh. Aku takut kalau aku tak dapat kawal perasaan aku. " ujar Megat Hakeem. Barang-ii telah siap dipacking. Dia sudah bersedia untuk mengheret bagasi itu keluar.

" Tapi Kem! "

" Nif. Dengar cakap aku. Farra tu amanah aku pada kau. Jaga dia elok-ii. Bahagiakan dia untuk aku. " Megat Hakeem memegang bahu adiknya. Megat Haneef terpana lalu menggeleng.

" Abang! Jangan pergi. Jangan tinggal aku! Aku ada kau ja. " rayu Megat Haneef. Langkah abangnya dihalang.

" Kau dah besar dik. Kau kena berdikari. Aku pergi dulu. Assalamualaikum. " Megat Hakeem terus berlalu keluar.

" Kem! " panggil Megat Haneef namun tidak diendahkan. Jantungnya berdegup laju.

Aku sayang kau Kem! Kau abang aku. Satu satunya keluarga yang aku masih ada.

🔺🔺🔺🔺🔺

Farrahani menjinjing lemah beg pakaiannya masuk ke dalam rumah agam milik Megat Hakeem dan Megat Haneef.

Matanya bertembung dengan Megat Hakeem yang sedang tergesa gesa mengheret bagasinya. Kedua dua mereka tersentak dan saling merenung.

Megat Haneef yang sedang menapak di anak tangga terakhir hanya memandang.

Megat Hakeem segera memalingkan pandangannya sebelum segera melangkah keluar. Mata dipejam rapat ketika melintasi Farrahani. Tubir mata yang semakin berat ditahan.

Maafkan abang Farra.. Abang terpaksa demi kebaikan Farra. Abang doakan Farra bahagia. Abang akan turut bahagia bila gadis yang abang cinta bahagia walaupun bukan bersama abang.

Farrahani hanya memandang langkah Megat Haneef dengan linangan air mata.

" Abang.. " panggilnya perlahan. Langkah Megat Hakeem terhenti namun dia masih tidak menoleh.

Farrahani mendekati Megat Hakeem.

" Farra nak mintak sesuatu dari abang.. " ucapnya.

" Apa? " soal Megat Hakeem sambil menahan getar suaranya. Hidungnya tiba-ii berasa pedih sebelum cecair merah pekat perlahan lahan mengalir keluar dari hidungnya.

Megat Hakeem cepat mengesat cecair itu sebelun dilihat Farrahani.

" Abang pandang mata Farra dan cakap yang abang tak pernah langsung cintakan Farra.. " pintanya. Air matanya semakin laju mengalir.

Megat Haneef yang sedang berdiri di belakang Farrahani tersentak. Dia tahu Megat Hakeem tidak akan dapat melakukan hal itu.

Megat Hakeem mengetap bibir. Permintaan Farra amat berat untuk ditunaikan. Dia tahu dia tidak boleh.

" Dia dah cakap kan yang dia tak cintakan kau? Boleh berhenti syok sendiri tak? " suara Megat Haneef kedengaran lantang menerjah masuk ke gegendang telinganya.

" Just teruskan hidup kau. Lupakan aku. Easy. Tak payah nak mengarut! " ujar Megat Hakeem dan terus menuju ke keretanya. Bagasi dimasukkan ke dalam bonet sebelum dia memboloskan diri ke tempat duduk pemandu.

Farrahani terdiam. Matanya yang dihujani mutiara jernih hanya mampu memandang lelaki yang dicintai sepenuh hati pergi meninggalkannya.

Megat Haneef tersenyum sinis. Bibirnya didekatkan dengan telinga Farrahani.

" Time for revenge. " bisiknya dengan penuh perasaan benci.

Farrahani menoleh memandang Megat Haneef. Wajah Megat Haneef dipandang dengan seribu satu perasaan. Sememangnya Megat Haneef lebih kacak berbanding Megat Hakeem namun sedikit pun tidak mencairkan hatinya.

Jelas sekali Megat Haneef memaparkan riak wajah bengis. Kebenciannya pada Farrahani begitu menyerlah.

" Simpan air mata tu. Esok-ii nak guna lagi sebab.. Hidup kita akan diwarnai dengan air mata kau sayang.. " ucap Megat Haneef lalu tersenyum sinis.

Farrahani terdiam. Dia hilang kata-ii. Fikirannya berterbangan entah ke mana. Hanya Megat Hakeem yang difikirkannya. Perasaan cinta dan marahnya bercampur baur.

" Oh ya! Sini aku tunjukkan bilik kau.. " Megat Haneef mula mengatur langkah namun terhenti semula apabila Farrahani masih lagi mematung.

" Kau nak jalan sendiri atau aku heret kau? " soalnya dengan garang. Farrahani mengesat air matanya perlahan lahan sebelum membuntuti langkah Megat Haneef.

Megat Haneef membawa Farrahani ke bilik yang berdekatan dengan dapur. Pintu bilik dikuak.

" Hm.. Ni lah bilik kau! Cantik kan? Sesuai dengan kau! " ucapnya sinis. Farrahani hanya tersenyum tawar melihat bilik itu.

Bilik itu kelihatan agak sempit dan hanya mempunyai sekeping tilam nipis yang kelihatan agak lusuh. Tiada almari mahupun barangan lain. Bilik itu juga kelihatan berhabuk dan bersawang.

Nampaknya Megat Haneef benar-ii ingin menyiksanya kerana dendam. Farrahani melangkah masuk perlahan lahan. Megat Haneef tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh.

" And one more thing.. Tentang rutin harian kau. "

" Kau jangan berangan nak goyang kaki dalam rumah ni! Sedar sikit diri kau! Taraf kau dalam rumah ni.. Tak ada beza dengan orang gaji.. " Megat Haneef semakin rancak ingin menyakitkan hati Farrahani.

Farrahani hanya diam sambil duduk di atas tilam nipis itu. Matanya melilau memerhati di segenap ruang bilik itu sebelum pandangannya beralih memandang Megat Haneef semula.

" So buatlah apa yang patut. Kau faham kan maksud aku? Takkan kau bodoh sangat kan? " sindir Megat Haneef.

" Antara aku dengan kau, anggap je yang kita ni tak pernah kahwin! Kau jangan sibuk hal aku dan aku pun takkan sibuk hal kau. Aku berhak buat apa saja dalam rumah ni sebab ni rumah aku dan kau! Langsung tak ada hak. "

" Kau jangan risau.. Aku takkan sesekali sentuh kau. Tak ada selera aku dengan pembunuh macam kau! "

" Dan yang terkahir, kau jangan cuba-ii nak lari atau bantah cakap aku or else.. Siap kau aku kerjakan! " seusai menghabiskan kata-ii nya, Megat Haneef terus berlalu meninggalkan Farrahani.

Kaki diatur mendaki tangga menuju ke biliknya. Senyuman sinis tidak lekang di bibirnya.

Well well well.. We have a new servant! Lets play the game..

To be continue..

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now