Farrahani menolak kerusi roda Megat Haneef mengelilingi tasik di taman rekreasi itu. Megat Haneef memerhatikan dunia luar seolah olah sudah sekian lama terkurung di dalam gua.
Farrahani kemudiannya membawa Megat Haneef duduk di tepi tasik. Farrahani duduk di atas kerusi batu manakala Megat Haneef kekal di atas kerusi roda.
" Farra.. " panggil Megat Haneef. Matanya redup memandang wajah isterinya. Farrahani yang sedang memandang kawasan sekeliling menoleh memandang Megat Haneef.
" Ya? " dia mengukir senyuman nipis.
" Kau tak rasa bosan ke dengan aku? " soalnya.
" Tak pernah langsung rasa macam tu. Berapa kali saya nak cakap? Awak suami saya. Walau macam mana pun tetap suami. Saya kena jaga awak. " ucap Farrahani ikhlas. Megat Haneef tersenyum tawar.
" Kau tak penat ke? Dengan mengandung lagi. Perut tu dah la makin membesar. " ujar Megat Haneef sambil memandang perut isterinya yang mulai menampakkan baby bump sebelum pandangannya beralih kembali memandang Farrahani.
" Taklah. Selagi saya berdaya, saya akan cuba sedaya upaya untuk jaga awak dan jaga kandungan saya. Dua-ii saya sayang. Dua-ii macam nyawa saya. " jujur Farrahani. Megat Haneef mencapai tangan Farrahani lalu digenggam erat.
" Terima kasih atas semua layanan kau selama ni. Sumpah aku rasa beruntung dan tak menyesal kahwin dengan kau. " ucap Megat Haneef. Tangan Farrahani dibawa ke bibirnya lalu dikucup sekilas.
" Saya pun tak menyesal. Walaupun banyak dugaan yang datang tapi saya percaya. Allah takkan uji hambaNya diluar batas kemampuan seseorang dan setiap kesusahan akan ada jalan keluar. " Farrahani tersenyum manis.
" Dan disetiap kepahitan.. " Megat Haneef menggantung ayatnya.
" Akan ada kemanisan.. " sambung Farrahani. Megat Haneef mengusap lembut wajah isterinya.
" Kau janji kan kau akan setia dengan aku sampai bila-ii? " soal Megat Haneef buat kesekian kalinya. Farrahani mencapai tangan Megat Haneef lalu digenggam.
" Sampai bila-ii pun saya akan pilih awak je. Bukan orang lain.. " Farrahani merenung tepat ke dalam mata Megat Haneef. Megat Haneef tersenyum senang. Dia percaya akan Farrahani.
" Awak pun janji kan awak akan tetap sayang saya sampai bila-ii walau apa pun yang jadi? " soal Farrahani pula. Megat Haneef senyum lalu mengangguk.
" Aku janji. "
Saya harapa awak tak mungkiri janji awak Haneef. Saya sayang dan cintakan awak. Saya tak sanggup kehilangan awak andai suatu hari nanti semuanya terbongkar.
💕💕💕💕💕
" Em baby you ni nakal la! " rengek Elliey apabila Khairul tidak habis-ii mengucup lehernya. Elliey mengiring menghadap Khairul di sebelah.
" Baby.. " panggilnya manja. Khairul tersenyum.
" Yea sayang.. "
" Nak lagi hm.. " rengek Elliey. Khairul tersenyum nakal.
" As you wish baby.. " bisiknya. Khairul terus menyelak comforter yang menutupi tubuh Elliey lalu merangkak naik ke atasnya.
" I love you.. " bisik Khairul.
" I love you more.. " jawab Elliey. Khairul kemudiannya mengucup rakus bibir Elliey. Mereka saling berbalas ciuman dan berkongsi air liur. Ya ampun gue mahu muntah.
YOU ARE READING
ADAKAH MASIH CINTA
RomanceFarrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan...