3 years later ...
" Dah 3 tahun Ara. Sampai bila awak nak macam ni? " soal lelaki itu lembut sambil melabuhkan duduk di hadapan Farrahani yang sedang duduk termenung di pangkin. Farrahani mengeluh perlahan. Matanya yang sedari tadi merenung langit petang, beralih memandang wajah Amsyar.
" Saya tahu dia masih hidup. Saya yakin. Saya akan tunggu dia Am. " ucap Farrahani perlahan. Suaranya kedengaran sebak bersama pandangannya yang mulai berkaca. Amsyar melepaskan keluhan berat.
" Kalau dia hidup, kenapa dia tak cari Ara? " soal Amsyar tanpa nada. Soalan Amsyar membuatkan Farrahani terkelu. Soalan tersebut terus menerus bermain di benak fikirannya. Ya! Mengapa? Mengapa Megat Haneef tidak sesekali mencarinya?
Apakah apa yang diperkatakan oleh Amsyar benar belaka? Megat Haneef sudah mati. Mayatnya tidak ditemui mungkin kerana dimakan dek binatang buas di hutan gaung itu. Sekalipun Megat Haneef rentung akibat treler yang terbakar, pasti pihak forensik akan menemui cebisan-ii DNA dari mayat Megat Haneef namun tiada.
Disebabkan mayat suaminya itu tidak pernah ditemui, Farrahani terus terusan berharap bahawa lelaki itu masih hidup dan akan pulang suatu hari nanti sejak 3 tahun lalu. Akibat dari kemalangan tersebut, Farrahani cedera parah dan dirawat di hospital hampir sebulan.
Megat Haneef tidak dapat ditemui dan akhirnya usaha-ii pencariannya dihentikan oleh pihak polis setelah hampir setahun lebih mencari. Elliey pula disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada organ dalaman penting.
Farrahani juga masih lagi berdendam dengan arwah Elliey dek kerana gadis itu yang menjadi dalang segalanya. Dia tidak dapat memaafkan gadis itu sekaligus tidak dapat menerima hakikat sekiranya Megat Haneef benar-ii sudah tiada.
Kini, dia tinggal bersama keluarga Amsyar di kampung halamannya. Jika diikutkan hati, dia mahu tinggal di rumah sendiri namun Amsyar berkeras kerana bimbang sekiranya terjadi apa-ii yang tidak diingini.
Megat Faris pula sudah pun pulih seperti sediakala. Lelaki itu langsung tidak berputus asa mengupah penyiasat persendirian untuk menjejaki Megat Haneef. Hanya dia dan Megat Faris yang masih yakin bahawa lelaki itu masih hidup.
💕💕💕💕💕
" Awak.. " Maya memanggil lembut lelaki yang sedang berdiri berhampiran jendela kaca besar itu. Kelihatan lelaki itu menoleh perlahan memandangnya lalu tersenyum nipis.
" Jom makan. Saya dah masak. " beritahu Maya disertakan dengan senyuman manis. Lelaki itu mengangguk perlahan lalu melangkah bersama Maya menuju ke ruang makan. Di meja makan, kelihatan sepasang suami isteri berusia separuh abad sedang menanti.
Kerusi ditarik sebelum punggung dilabuhkan. Maya mengambil tempat di sebelah lelaki itu. Maya lekas mencapai senduk nasi lalu disenduk nasi ke dalam pinggan setiap seorang yang berada di meja makan itu.
Suasana di meja makan senyap sunyi. Tiada butir bicara. Hanya bunyi lagaan sudu dan pinggan yang memecah kesunyian. Maya tersenyum puas melihat lelaki di sebelahnya begitu menyukai masakannya.
Seusai selesai bersantapan, Maya mengajak lelaki tersebut berehat di ruang tamu. Dato' Ghazali hanya memandang anak perempuannya yang sedang memimpin lelaki tersebut. Lagaknya seperti lelaki itu sedang sakit sedangkan sihat sahaja keadaannya.
Datin Faridah menyentuh lembut bahu suaminya yang sedang merenung anak perempuan mereka.
" Apa yang abang risaukan? Biarkan aje lah. Dia bahagia macam tu. Saya pun gembira tengok dia gembira. Tak macam sebelum ni. Asyik termenung, menangis, termenung, menangis aje kerjanya. " luah Datin Faridah. Dato' Ghazali menggeleng laju tanda tidak bersetuju dengan kata-ii isterinya.
" Tak boleh Idah. Tak boleh! Ini salah! " tegasnya. Datin Faridah mendecit geram.
" Habistu? Abang nak tengok anak kita sedih balik ke? Abang nak anak kita gila ke? Abang memang tak sayangkan anak kita kan! " Datin Faridah tiba-ii menjadi beremosi. Dato'Ghazali mengeluh berat.
" Bukan macam tu, Idah tak fikir ke kalau.. "
" Tak! Idah tak fikir semua tu! Apa yang Idah nak ialah tengok anak kita bahagia! Idah taknak anak kita jadj gila abang faham tak?! " marahnya sebelum berlalu mendaki anak tangga menuju ke atas dengan perasaan sebal.
Dato' Ghazali hanya mampu memandang langkah isterinya. Dia kemudiannya kembali memandang Maya. Kelihatan anaknya itu begitu gembira. Senyuman manis sentiasa terhias di bibir. Tidak seperti sebelum ini. Hanya wajah murung yang menghiasi hari-ii nya.
💕💕💕💕💕
Dia merenung jauh ke langit yang nan membiru. Awan-ii petang yang berarak tenang amat mendamaikan jiwanya. Tiba-ii bahunya disentuh lembut oleh seseorang dari belakang. Dia menoleh memandang gerangan tersebut. Kelihatan wajah Maya yang manis dengan senyuman.
Maya kemudiannya melabuhkan duduk di kerusi batu di halaman rumah tempat lelaki itu sedang duduk bersantai.
" Dah hampir 3 tahun tapi saya masih tak ingat apa-ii. Saya langsung tak ingat apa-ii dan saya rasa tempat ni asing sangat. I didn't feel that I belong here. " lelaki itu bersuara tiba-ii. Maya tersentak.
To be continue..
Sorry kalau ada kekurangan dalam story ni. Plot berterabur dan sebagainya. Author busy and kalut-ii siapkan so no wonder la berterabur. Lama tak update macam-ii lupa . Thanks for your support 💜💜
YOU ARE READING
ADAKAH MASIH CINTA
RomanceFarrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan...