ADAKAH MASIH CINTA 16

18.5K 591 21
                                    

Megat Haneef memandang Farrahani yang sedang berdiri bersendirian di tepi kolam. Wajah itu tampak muram. Megat Haneef mendekati Farrahani sambil membetulkan tali lehernya.

" Sayang.. " Megat Haneef merangkul pinggang Farrahani dari belakang. Kelihatan gadis itu agak terperanjat.

" Kenapa ni hm? Nampak sedih je. Ada masalah? " soal Megat Haneef lembut. Farrahani pantas menggeleng. Tidak mungkin dia akan memberitahu Megat Haneef tentang apa yang berlaku.

Dia tidak mahu rumah tangga Megat Haneef dan Elliey retak. Dia sebolehnya mahu mereka hidup bahagia.

" Betul? " soal Megat Haneef menginginkan kepastian. Farrahani mengangguk lalu mengukir senyuman namun senyuman itu kelihatan tawar.

" Saya okayy tak payah lah risau. " ucap Farrahani lembut.

" Okayy. Then pinggang kenapa lebam? " soal Megat Haneef serius. Farrahani menelan liur. Bagaimana Megat Haneef tahu tentang lebam itu?

" Cakaplah aku tanya ni! " Megat Haneef menaikkan sedikit nada suaranya apabila isterinya itu hanya diam. Farrahani gelisah. Akalnya pantas mencari alasan.

" Saya terjatuh semalam lepastu terkena bucu meja. Tu je. " bohong Farrahani.

" Terjatuh atau Elliey tolak? " duga Megat Haneef. Dia kenal benar akan isteri yang lagi satu itu. Perkenalan selama beberapa tahun membuatkan dia dapat membaca tindak tanduk Elliey sekiranya tidak berpuas hati akan sesuatu perkara.

" Terjatuh lah! Awak janganlah tuduh dia. " Farrahani cuba sedaya upaya untuk membela Elliey.

" Okayy then aku percaya. Tapi! Kalau aku dapat tahu kau tipu aku, bukan setakat Elliey, dengan kau-ii sekali aku kerjakan. " ugut Megat Haneef. Tujuannya hanya satu. Dia mahu Farrahani berterus terang sekiranya Elliey mengapa apakan dirinya. Farrahani terkedu. Liur ditelan kesat.

" Aku nak pergi kerja. Jaga diri. " pesan Megat Haneef. Farrahani pantas memusingkan tubuhnya. Tangan suaminya diraih lalu dicium.

" Awak pun jaga diri. " pesan Farrahani ikhlas.

" Ingat! Aku tak main-ii. Kalau ada apa-ii, jangan rahsiakan dari aku. Berdosa tipu suami! " Megat Haneef menekankan nada pada ayat terakhirnya. Farrahani bagaikan ditampar.

" Jaga diri. " pesan Megat Haneef sekali lagi lalu mengucup lembut dahi Farrahani. Farrahani terkaku disitu.

Elliey yang memandang dari atas mencebik.

💕💕💕💕💕

" Eh pompuan gatal! " jerit Elliey dengan kuat seraya mencekak rambut lurus Farrahani. Farrahani menjerit kesakitan apabila rambutnya direntap dengan kasar.

" Kau sini! " Elliey menarik Farrahani memaksa untuk mengikuti langkahnya. Farrahani ditarik ke keluar dari ruangan dapur.

Farrahani kemudiannya ditolak kasar ke tangga.

" Auu! " Farrahani menjerit kecil apabila dahinya terhantuk pada bucu anak tangga. Dahinya yang mengeluarkan cecair merah disentuh. Rasa pedih menyelinap. Elliey tersenyum sinis.

" Hati aku ni lagi sakit kau tahu tak! " ucap Elliey dengan keras

Rahang Farrahani kemudiannya dicengkam kuat. Terdongak gadis itu ke atas.

" Nak diikutkan hati aku ni, nak je aku bunuh kau! Biar senang hidup aku kau tahu tak! " jerit Elliey dengan garang. Matanya tajam merenung Farrahani seolah olah seekor harimau sedang memandang mangsanya.

" Perampas! Mula-ii kau rampas Megat Haneef dari aku! Lepastu kau rampas perhatian dan kasih sayang dia pada aku! " jerit Elliey melepaskan segala kemarahannya.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now