few months later ...
Farrahani tersenyum memandang lelaki yang sedang tidur di atas ribaannya kini. Rambut lebat lelaki itu diusap lembut penuh kasih. Bibirnya pula seakan akan ingin terkoyak kerana asyik tersenyum. Dia kini bahagia. Teramat bahagia dengan keberadaan lelaki itu di sisinya. Wajah yang suatu masa dahulu pernah dibenci kini menjadi wajah yang paling disayangi. Tak akan ada wajah lain yang dapat menggantikan wajah itu.
Megat Haneef yang tadinya memejam rapat matanya kini membukanya perlahan lahan. Wajah yang berada di atasnya direnung lembut disertakan dengan senyuman manis di bibir. Tangannya kemudiannya naik menyentuh pipi mulus wanita itu. Dicuit lembut hidung kecil milik wanita itu. Farrahani ketawa kecil lalu menangkap tangan Megat Haneef lalu digenggam erat.
" Kenapa tenung abang macam tu? Abang tak tahu abang kacak... " ujar Megat Haneef dengan senyuman nakalnya. Farrahani mendecit.
" Eee perasannya dia... Suka puji diri sendiri eh! " ujar Farrahani. Pandangannya beralih memandang tasik di hadapan mereka.
" Elleh dah sayang abang ni tak nak puji abang! So abang puji lah sendiri. " ujar Megat Haneef tanpa rasa bersalah. Farrahani hanya mencebik sambil matanya beralih kembali memandang Megat Haneef.
" Apa cebik-ii? Nak kena kiss ke huh? " usik Megat Haneef bersama lirikan nakalnya Perangai miangnya kembali lagi. Farrahani mencubit lembut pipi suaminya.
" Eee pervert lah dia ni! "
Megat Haneef tergelak. Alaa pervert dengan bini sendiri bukan bini orang! Dia kemudiannya membawa tangannya yang bersatu dengan tangan Farrahani ke bibirnya. Dicium lembut tangan mulus itu sebelum diletakkan di dadanya.
" Abang tak nak berjauhan dengan sayang lagi... Abang tak sanggup... " luahnya ikhlas. Bebola matanya redup merenung raut wajah wanita yang dicintainya dengan sepenuh hati itu. Wajah yang sering membuatkan tidur malamnya menjadi nyenyak dan wajah itu jugalah yang mewarnai kehidupannya sekarang. Tanpa wajah itu, hidupnya seolah olah tidak lengkap.
" Sayang pun tak sanggup nak berpisah dengan abang... Sayang tersiksa sangat hidup tanpa abang. I really need you for entire of my life! " luah Farrahani pula. Mata mereka saling bersabung seolah olah cuba menyampaikan perasaan masing-ii melalui renungan. Bibir Megat Haneef mengoyak senyuman manis.
" Me too my dear... All I want is just you. " Hati Farrahani berbunga mekar mendengar ayat-ii manis yang keluar dari bibir lelaki itu. Hidupnya kini seolah olah sebuah taman fantasi. Segala-galanya adalah indah-ii belaka. Kesemuanya manis dan tidak ada lagi pahitnya. Dia bersyukur atas kesemua ujian yang menimpanya. Dia tahu ujian dari Allah adalah untuk menguatkan lagi hamba-Nya.
" Your lips.. Damn.. " Megat Haneef mengubah mood sendu kepada mood miangnya. Farrahani mendecit geram. Megat Haneef memang tidak tahu malu. Bukan boleh diharap. Awam tak awam dia kisah apa! Tengoklah sekarang ini. Megat Haneef berada di ribaannya. Memanglah suami isteri tapi tak ke berbulu mata orang yang belum beristeri.
" Jangan nak mula eh! Kita kat luar ni! " Farrahani memberi amaran sebelum bibirnya disambar suami nakalnya itu. Megat Haneef ketawa kecil.
" Do I care? " ejeknya. See kan dah kata! Makin dikata jangan makin menjadi jadi.
" Janganlah... Malu la... " rengek Farrahani dengan suara lunaknya. Bibirnya dimuncungkan. Megat Haneef semakin geram. Suara Farrahani kedengaran sangat menggoda ditambah pula dengan bibir wanita itu yang memuncung.
" Sayang! Jom balik! "
*****
Farrahani mengeliat kegelian apabila lehernya dicumbu sesuka hati oleh Megat Haneef. Lelaki itu memang sengaja mengganggu kerjanya. Dia kini sedang menggoreng cucur udang untuk dimakan sebagai juadah minum petang namun kerjanya menjadi lambat dengan kehadiran suaminya itu. Bukannya hendak menghulurkan bantuan!
YOU ARE READING
ADAKAH MASIH CINTA
RomanceFarrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan...