ADAKAH MASIH CINTA 28

17.2K 508 14
                                    

Elliey merenung Farrahani yang sedang memberi ikan makan di kolam. Dia menapak mendekati gadis itu.

" Hebat kau kan. Dapat tarik perhatian Haneef dengan anak haram kau tu. " ujar Elliey dengan sinis sambil berpeluk tubuh. Farrahani tergamam. Dia menoleh memandang Elliey.

" Anak saya bukan anak haram.. " Farrahani cuba membela diri. Pilu hatinya apabila anak yang dikandung dituduh sebagai anak haram. Elliey ketawa sinis.

" Still nak nafikan? Aku saksi apa yang terjadi malam tu. " ujar Elliey. Dia cuba untuk meracun fikiran Farrahani agar gadis itu tertekan.

" Tak. Saya yakin anak ni anak Haneef. " ujar Farrahani sebak. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Elliey menapak mendekati Farrahani.

" Eh. " Elliey menunjal bahu Farrahani.

" Kau sedar sikit diri kau tu eh. Kau tak layak tau untuk Haneef. Perempuan kampung! Mengandung anak haram pulak tu! " jerit Elliey di akhir ayat sambil menunjal kuat kepala Farrahani. Farrahani terdiam. Hanya tangisan yang didengari.

" Kenapa kau masih lagi nak rebut dia dari aku? Kau tak malu ke rampas kebahagiaan orang? Kau tak malu ke menumpang kasih sayang dia? Hah? " jerit Elliey dengan kuat. Kepala Farrahani ditunjal lagi dengan lebih kuat.

" Aku hairanlah kenapa Haneef tu sukakan kau, kahwin dengan kau. Kau bomohkan dia ke apa hah? " jerit Elliey. Farrahani hanya diam tidak menjawab.

" Aku cakap dengan kau lah sial! " jerit Elliey lalu merentap rambut Farrahani. Farrahani menjerit kesakitan.

" Auu Elliey sakit Elliey! " adu Farrahani. Elliey tersenyum sinis. Farrahani kemudiannya ditolak kuat jatuh ke lantai papan. Berkerut wajah Farrahani menahan sakit di pinggangnya. Di bahagian ari-ii nya turut terasa sakit.

Farrahani kalut apabila celah pehanya sudah dibasahi darah. Dadanya sesak. Elliey tersenyum puas.

" Aku dah cakap kan aku sanggup buat apa sahaja demi Haneef.. " ujar Elliey dengan nada psycho. Farrahani cuba untuk bangun namun gagal. Dia merangkak perlahan. Elliey tersenyum melihat Farrahani tersiksa.

" Kau nak pergi mana huh? " soal Elliey lalu mencengkam rahang Farrahani dengan kasar. Farrahani meringgis kesakitan.

" Elliey! " jerit satu suara. Elliey pantas bangun dan menoleh ke belakang. Kelihatan Megat Haneef melangkah laju dengan penuh susah payah menuju ke arah mereka.

" Kau buat apa dengan bini aku hah! " tengking Megat Haneef lalu duduk dan memangku Farrahani. Elliey berasa geram dan tidak mampu membendung lagi perasaan cemburu dan iri hatinya.

" Yang you nak bela sangat perempuan ni kenapa hah? " jerit Elliey kuat. Dadanya turun naik menahan marah.

" Sepatutnya you bela I! I cinta pertama you Haneef! I yang you cinta dari dulu tapi kenapa sekarang perempuan kampung jalang ni yang jadi pilihan you! " jerit Elliey menghamburkan segala kemarahan yang terbuku di hati.

Megat Haneef naik angin. Farrahani yang kian lemah tidak mampu untuk berkata apa-ii. Dia hanya mampu menggenggam kemas tangan Megat Haneef.

" Eh perempuan! Kau cakap guna otak sikit boleh tak! Dia tengah mengandung kan? Yang kau ni kejam sangat kenapa? Anak dalam kandungan dia ni anak aku! " jerkah Megat Haneef yang berang dengan sikap Elliey. Elliey ketawa kuat. Megat Haneef berasa pelik.

" Anak you? You pasti anak you Haneef? " soal Elliey dengan sinis lalu ketawa lagi. Dahi Megat Haneef berkerut seribu.

" Anak tu bukan anak you Haneef! Anak tu anak haram Farra dengan boyfriend dia! " jerit Elliey kuat. Air mata Farrahani semakin lebat. Tangan Megat Haneef semakin kuat digenggam. Megat Haneef terkedu. Dia memandang Farrahani. Kelihatan isterinya itu menggeleng lemah.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now