ADAKAH MASIH CINTA 18

17.5K 582 10
                                    

Megat Haneef memisat kasar matanya. Bunyi bingit nada dering telefonnya menganggu tidurnya yang nyenyak. Farrahani turut merengek kecil apabila tidurnya terganggu.

Megat Haneef segera mencapai Iphonenya. Tertera nama Fazli sebagai pemanggil. Panggilan dijawab. Telefon ditekap ke telinga.

" Hello. "

Tubuhnya terus menegak setelah mendengar suara Fazli. Matanya yang tadinya layu terus menjadi segar.

" Ok aku ke sana. " ucapnya. Telefon terus dimatikan. Megat Haneef terus melompat turun dari katil. Suis lampu ditekan. Susana bilik menjadi terang benderang. Almari didekati. Bagasi dicapai.

Beberapa helai baju dicapai random berserta kemeja kerja dan slack. Pakaian-ii tersebut disumbat ke dalam bagasi.

Farrahani yang tersedar akibat silauan cahaya lampu bingkas bangun apabila menyedari Megat Haneef sedang mengemas pakaiannya.

" Awak nak pergi mana Haneef? " soal Farrahani. Matanya membulat memandang Megat Haneef.

" Farra kemas baju kau. Aku kena outstation. Ada masalah dekat tapak projek. " ujar Megat Haneef kalut. Farrahani terpinga pinga. Belakang telinga digosok lembut.

" Saya kena ikut ke? Awak je lah pergi. " ujar Farrahani. Keadaan tubuhnya yang sakit-ii menyebabkan dirinya malas untuk ke mana-ii.

" Ikut aku Farra. Aku taknak tinggal kau. Cepat siap. " gesa Megat Haneef. Setelah menyuci muka, dia segera menyalin baju tanpa mandi.

" Saya taknak lah. Segan saya nak keluar rumah dengan muka lebam-ii macam ni. " Farrahani berdegil untuk tinggal sahaja di rumah. Megat Haneef mengeluh kecil.

" Hesh kau ni. Degil. " ujar Megat Haneef keras. Usai merapikan rambutnya, dia segera mendekati isterinya.

" Duduk rumah elok-ii. Jaga diri. Ada apa-ii call je aku. Nanti aku mintak Faris datang tengokkan kau. " pesan Megat Haneef. Farrahani hanya mengangguk tanda faham.

" Bye sayang. " Megat Haneef mengucup lembut bibir Farrahani. Seusai melepaskan tautan bibir mereka, Megat Haneef mencapai bagasinya. Baru sahaja hendak melangkah, Farrahani menarik lengan Megat Haneef.

Langkah Megat Haneef terhenti.

" Awak jaga diri.. " pesan Farrahani. Tangan Megat Haneef diraih laku dicium. Megat Haneef tersenyum nipis. Ubun-ii Farrahani diusap.

" Aku balik cepat. "

💕💕💕💕💕

Elliey tersenyum sendiri. Farrahani yang sedang menghidang sarapan direnung tajam. Perlahan lahan langkah kaki diatur mendekati meja makan. Punggung dilabuhkan di kerusi paling hujung.

Farrahani hanya diam. Tangannya bergerak menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan lalu diletakkan di hadapan Elliey. Milo panas turut dituang ke dalam cawan buat Elliey.

" Sukalah kau kan Haneef pukul aku? " soal Elliey dengan sinis. Farrahani tersentak.

" Saya tak pernah pun rasa macam tu. " nafi Farrahani. Elliey tersenyum senget.

" Tak pernah konon. " gumamnya perlahan. Hatinya masih membara dengan api dendam.

" Haneef outstation. Tak tahu lagi dia balik bila. " beritahu Farrahani tanpa ditanya. Serta merta wajah Elliey berubah riak. Bibirnya mengoyak senyuman.

Farrahani kemudiannya berlalu keluar dari ruangan makan. Dia tidak betah untuk berlama lamaan berdua bersama Elliey.

Elliey mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor seseorang didail.

" Datang rumah I malam ni. I ada something special untuk you. "

💕💕💕💕💕

Farrahani menarik nafas lega apabila melihat kereta Elliey beredar. Madunya itu telah pun pergi kerja. Dia segera berlari ke meja ruang tamu apabila mendengar telefon bimbitnya berbunyi.

Haneef Calling

Button hijau ditekan.

" Hello awak. " bibirnya mengoyak senyuman gembira.

" Farra. Kau okayy tak? Sihat tak? Elliey pukul kau? Kalau dia pukul kau masuk dalam bilik, kunci pintu. " Megat Haneef terus menyerbu Farrahani dengan soalan. Nadanya kedengaran risau.

" Awak saya okayy. Elliey tak pukul pun. Dia dah pergi kerja. " terang Farrahani.

Megat Haneef menarik nafas lega. Dia tidak dapat berkerja dengan tenang apabila memikirkan Farrahani.

" InshaAllah esok pagi aku balik. Ingat! Kalau jadi apa-ii terus call aku tak pun Faris. " pesan Megat Haneef.

" Okayy baik. " Farrahani akur. Wajahnya berkerut apabila perutnya menyucuk tiba-ii. Tanpa sengaja mulutnya mengeluarkan keluhan.

" Farra? Perut kau sakit lagi ke? Kau makan ke tak ni? " soal Megat Haneef. Hatinya dihimpit kerisauan semula.

" Saya dah makan tapi sikit je la. Saya tak ada selera. " ujar Farrahani.

" Aku tak kira kau selera ke tak. Makan banyak-ii. Lepastu ubat jangan lupa. Kalau kau nak makan benda lain, bagitahu Faris. " pesannya lagi. Farrahani tersenyum nipis.

" Awak sayang saya? " tiba-ii terpacul soalan itu sebelum dirinya tersedar akan ketelanjuran mulutnya. Tangannya naik menampar mulutnya sendiri.

" Eh lupakan je la soalan tu. Awak ada kat mana? Dah makan? " Farrahani mengganti soalan sebelum sempat Megat Haneef menjawab.

" Aku dekat JB. Belum lagi sekarang ni baru nak pergi makan. " ujarnya. Megat Haneef tersenyum sendiri mendengar suara Farrahani yang kalut menutup malu.

" Oh.. "

" Okayy lah nanti aku call lain. Ingat pesan aku. "

" Okayy. "

" Farra.. "

" Ya? "

" Aku sayang kau. "

Tit. Panggilan terus dimatikan. Farrahani menggigit bibir menahan senyum yang semakin melebar. Dia ketawa kecil.

To be continue..

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now