ADAKAH MASIH CINTA 12

20.5K 581 19
                                    

" Baby.. Bila kita nak kahwin? Parents asyik tanya aje. Lagipun dulu kan kita dah janji lepas aje I balik sini terus kahwin. " ujar Elliey sambil memuncung. Megat Haneef mengeluh kecil. Lagi-ii hal kahwin dibangkitkan.

" Baby! I cakap dengan you lah.. " Elliey menaikkan sedikit nada suaranya apabila Megat Haneef hanya berdiam diri. Megat Haneef seolah baru tersedar dari mimpi.

" Fine! You nak sangat kahwin? Kita kahwin! Tapi kalau you tak bahagia jangan nak salahkan I cause I tak sedia! You yang desak I! " tegas Megat Haneef seraya menjeling tajam.

Elliey mengoyak senyuman apabila mendengar kata putus dari Megat Haneef.

" It's okayy dear! I yakin I akan bahagia dengan you.. " Elliey tersenyum manis.

◾◾◾◾◾

" Kau okayy? " soal Megat Haneef lembut. Farrahani tersenyum lalu mengangguk.

" Awak tak perlu risau fasal saya.. Saya okayy. " senyuman Farrahani semakin melebar. Megat Haneef merenung tepat wajah Farrahani yang sedang memasang butang baju melayunya.

Gadis itu sungguh tabah menghadapi hari-ii dukanya. Walaupun dirinya telah banyak merasai keperitan hidup, bibirnya tetap mengukir senyuman.

Dia tidak tahu jika Farrahani benar-ii gembira untuk dirinya atau sekadar ingin menutup rasa sedihnya.

" Siap! " Farrahani tersenyum manis.

Megat Haneef memaut dagu Farrahani agar gadis itu memandangnya.

" Maafkan aku. " ucapnya perlahan sambil merenung tepat ke dalam anak mata Farrahani.

" Kenapa awak mintak maaf? Awak tak ada salah pun! "

" Dah-ii! Senyum! Harini hari bahagia awak! Saya nak turun dulu. " ujar Farrahani sebelum menoleh dan melangkah meninggalkan bilik tidur Megat Haneef.

Ya Allah.. Kenapa hati ini terasa sakit? Terasa bagaikan aku kehilangan sesuatu yang bermakna. Aku hanya mahu dia bahagia Ya Allah. Dia layak untuk bersama dengan gadis yang dicintainya. Aku tidak mahu menjadi penghalang.

Sebaik sahaja Farrahani berpaling, air matanya jatuh ke pipi. Dia tidak mengerti dengan perasaannya kini. Fikirannya sibuk berfikir itu dan ini.

Akalnya jahat menghasut. Elliey akan memaksa Megat Haneef menceraikannya apabila mengetahui kebenaran dan Megat Haneef tidak akan segan silu melepaskannya. Mana mungkin lelaki itu akan memilihnya berbanding Elliey yang sudah semestinya jauh lebih cantik dan hebat darinya.

Entah ke mana dia harus membawa diri yang tidak punya apa-ii. Pulang ke rumah makngah? Mahukah wanita itu menerimanya? Wanita itu membenci dirinya. Tidak mungkin wanita itu akan menerima dirinya kembali.

◾◾◾◾◾

Kelihatan Elliey sungguh cantik dengan busana pengantinnya. Begitu juga Megat Haneef yang segak berbaju melayu. Farrahani pula hanya mengenakan baju kurung biasa.

Farrahani cuba sedaya upaya untuk menahan air matanya dari jatuh. Ditabahkan hatinya untuk melalui semua ini. Matanya dipejam rapat saat lafaz akad lahir dari bibir suaminya.

" Aku terima nikahnya Elliey Alysia binti Jeffry dengan mas kahwin sebanyak 10 ribu ringgit tunai. "

Farrahani mendongak melihat wajah si suami. Kelihatan lelaki itu turut memandangnya. Mereka saling bersabung mata sebelum Farrahani melarikan pandangannya.

◾◾◾◾◾

" Morning Farra! You masak apa pagi ni? " sapa Elliey dengan ramah.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now