" Apa awak cakap ni? You belong here Hairi. You are mine.. " ucap Maya lembut. Matanya tepat merenung ke dalam mata lelaki yang dikenali sebagai Hairi itu. Hairi melepaskan keluhan kecil.
" Saya tak rasa macam jiwa saya kat sini. Saya rasa macam lost. Macam jauh sangat dari orang yang saya sayang. " luah Hairi dengan perasaan kesal. Kesal kerana tiada langsung memori yang hadir meskipun sudah hampir 3 tahun berlalu. Maya lantas mencapai tangan hairi lalu digenggam erat.
" Apa awak cakap ni? Riy, you are mine! I am the one who you love. You love me before. We almost get married before the accident. " terang Maya. Wajahnya redup memandang wajah Hairi. Hairi tersenyum hambar. Genggaman tangan Maya dibalas.
" Entahla saya pun tak faham dengan apa yang saya rasa sebenarnya. " tambah Hairi lagi. Maya mengukir senyuman manis. Dia kemudiannya menyentuh wajah Hairi.
" Tu semua perasaan awak je. Abaikan okayy? Janganlah macam ni. Saya risau. Saya taknak hilang awak tau. Saya bersyukur sangat awak selamat dalam kemalangan tu. " Maya meluahkan rasa gundah di hatinya.
" Yelah. Sokayy. Abaikan okayy? Maybe saya rasa macam tu sebab otak saya tak dapat nak recall apa-ii. " ujar Hairi bagi menyedapkan hati sendiri dan hati Maya.
Dia perlu menjaga hati Maya. Maya telah babyak membantu dan berkorban deminya sejak dirinya ditimpa kemalangan. Gadis itulah yang menjaganya sepanjang dirinya dirawat di hospital dan wajah itulah yang pertama menghiasi disaat dia sedar setelah hampir 5 bulan terlantar koma.
Mayalah yang membawanya ke hospital bagi rawatan susulan. Mayalah yang menyediakan makan minum serta membawanya bersiar siar tatkala dia langsung tidak mempunyai apa-ii memori. Malah namanya sendiri juga dia tidak ingat. Mujurlah Maya ada dengannya.
Mayalah yang bercerita tentang kehidupannya sebelum ini. Dia tidak perlu ragu-ii dengan Maya kerana Maya punya bukti. Dia sendiri melihat fotonya bersama Maya di dalam album. Di dalam gambar itu jelas sekali terpancar riak gembira di wajahnya dan Maya.
Maya juga sering menunjukkan video-ii ketika mereka bercuti di Melbourne. Tidak lupa juga gambar-ii ketika hari pertunangan mereka. Hairi berasa agak bersalah kerana dia langsung tidak mengingati apa-ii kenangan bersama Maya.
" Dahla Riy. Tak perlu paksa diri awak. I'm okayy as long as you are here. " pujuk Maya apabila melihat wajah mendung Hairi. Hairi hanya tersenyum pahit memandang Maya.
💕💕💕💕💕
[ Ehem boleh pasang lagu Kemarin by Saventeen for this part kalau nak feeling-ii 😂 ]
Farrahani meraih bingkai gambar yang terletak di atas meja bersebelahan katilnya. Gambar pernikahannya dengan Megat Haneef direnung dengan mata yang mula berkaca kaca. Meskipun wajah mereka berdua langsung tidak dihiasi senyuman, mereka tetap kelihatan secocok.
Air matanya jatuh menitik ke atas bingkai tersebut. Bibirnya dikemam menahan esakan yang kian menggila. Satu persatu kenangannya bersama Megat Haneef terlayar di ruangan mata. Meskipun tidak semua kenangan indah, ianya tetap berharga.
Dia tidak mahu apa-ii. Dia hanya mahukan Megat Haneef pulang. Namun, adakah suaminya itu masih hidup? Dia tidak punya jawapan yang pasti namun jauh di lubuk hatinya, dia yakin lelaki itu masih hidup.
Tidak pernah sehari pun dia tidak mengingati lelaki itu. Di setiap saat hidupnya, akalnya hanya memikirkan Megat Haneef. Tiada orang lain meskipun dia tahu Amsyar setia menunggu dirinya.
Biarlah dia menunggu Megat Haneef. Dan jikalau benar Megat Haneef sudah tiada, biarlah dia hidup berseorangan sehingga akhir nafasnya. Tidak akan ada lagi pengganti Megat Haneef. Biarlah dia yang terakhir. Terakhir buatku..
[ Macam nak ending je hahaha taklah lek luh awai gih 😛 ]
Farrahani mengesat air matanya yang gugur membasahi pipi. Bingkai gambar dibawa ke dada sebelum mengubah kedudukannya kepada berbaring. Jam di dinding sudah pun menunjukkan jam 11 malam. Sepatutnya di waktu ini dia sedang berada di pelukan Megat Haneef namun kini hanya gambar yang menjadi pengubat rindu. Matanya dipejam rapat.
" Abang.. Farra rindu abang sangat.. Bila abang nak balik? Farra rindu abang.. " bisiknya perlahan sebelum perlahan lahan hanyut ke alam mimpi. Berharap agar lelaki itu hadir di dalam mimpinya. Biarlah ianya hanya bayangan bukan realiti. Asalkan rindunya sedikit terubat.
Kalaulah rindu itu mampu ditafsirkan sakitnya, pasti kau akan faham akan perasaan seseorang apabila merindui yang tersayang. Rindu itu sakit. Rindu itu siksa. Namun, rindu yang pastinya sangat berharga ialah merindui seseorang yang tidak lagi bernyawa di muka bumi. Tiada lagi sentuhan kasih sayang. Tiada lagi renungan lembut. Hanya kenangan yang datang menghimpit jiwa. Mahu bersua tetapi tidak kesampaian. Hanya al fatihah menjadi kiriman.
The end
HAHAHAHA gurau je werkk
To be continue..
ADA LAGI SAMBUNGAN . JANGAN TERKEJUT JANGAN RISAU 😂
YOU ARE READING
ADAKAH MASIH CINTA
RomanceFarrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan...