Megat Faris membelok keretanya ke taman perumahan Megat Haneef.
" Alang-ii lalu sini jenguk kejap budak Farra tu. Entah apa perempuan gila tu buat. " gumamnya perlahan.
Megat Faris memandang ke arah banglo 2 tingkat milik Megat Haneef. Kelihatan dua buah kereta jenis Toyota dan Honda tersadai di luar rumah dengan kadaan pagar rumah yang terbuka luas. Dia tahu kereta jenis Toyota tersebut milik Elliey tapi Honda tu kereta siapa?
Megat Faris melangkah keluar dari keretanya lalu menapak masuk ke dalam apabila pintu utama tidak dikunci. Persekitaran rumah kedengaran sunyi sebelum gegendang telinganya menangkap bunyi butir bicara seseorang.
" Cepat Khairul. "
Megat Faris menoleh ke atas. Kedengaran seperti suara Elliey. Khairul? Siapa Khairul? Dia segera menapak anak tangga. Dia menoleh ke segenap ruang atas mencari dari mana datangnya suara itu.
Dia menapak perlahan lahan ke arah bilik Megat Haneef. Api kemarahannya terus memuncak sebaik sahaja matanya dihidangkan dengan adegan yang tidak senonoh itu.
" Woii! " jerkah Megat Faris. Elliey terkedu. Khairul yang baru hendak merentap gaun Farrahani terhenti perbuatannya.
Megat Faris terus menerpa ke arah Khairul. Satu tumbukan padu singgah di wajah lelaki itu.
" Sial punya jantan! " jerit Megat Faris. Khairul terdorong ke belakang. Megat Faris terus membelasah Khairul yang jauh lebih kurus kering berbanding dirinya yang agak tegap.
Elliey kelam kabut. Dia risau jika tembelangnya pecah. Matanya melilau ke sekeliling bilik sehingga terpandang akan pasu kaca tebal. Dia segera mencapai pasu kaca itu. Dia menapak perlahan lahan mendekati Megat Faris lalu menghentak kuat kepala Megat Faris. Kepala Megat Faris berpinar seketika. Elliey menghentak lagi dengan kuat sehingga Megat Faris pengsan lalu rebah ke lantai. Darah pekat mengalir keluar dari kepalanya yang dihentak pasu kaca.
Pasu kaca terlepas ke lantai. Berderai bunyi kaca yang pecah. Elliey kelam kabut tidak tahu hendak berbuat apa. Khairul yang terduduk lemah mengagagahkan jua dirinya untuk bangun.
" Khai! Macam mana ni? Macam mana kalau dia mati? " soal Elliey kelam kabut. Khairul turut panik.
" Err.. " Khairul kalut memikirkan jalan penyelesaian.
" Aku ada idea! Dah cepat tolong aku bawak dia masuk kereta. " ujar Khairul. Elliey akur. Dia membantu Khairul mengheret tubuh Megat Faris yang masih bernyawa. Tubuh lelaki itu dimasukkan ke dalam kereta. Khairul meraba raba poket Megat Faris mencari kunci kereta. Seusai dapat, dia memberikannya kepada Elliey.
" Kau bawak kereta dia. Follow aku. " perintah Khairul. Elliey mengangguk lalu menyambut kunci kereta yang dihulurkan. Khairul terus masuk ke dalam Honda Civicnya. Enjin dihidupkan. Dia terus memecut ke suatu tempat.
💕💕💕💕💕
Dengan susah payah Khairul mengheret Megat Faris ke keretanya lalu ditempatkan di tempat duduk pemandu lalu menutup pintu. Elliey hanya memandang dengan terketar ketar kerana risau dituduh sebagai pembunuh.
" Dah cepat tolak kereta ni. " arah Khairul. Elliey menapak perlahan ke belakang kereta Megat Faris lalu membantu Khairul menolaknya ke jurang gaung. Kereta Megat Faris berjalan perlahan sebelum terjunam ke bawah.
Elliey memandang kereta Megat Faris dengan perasaan lega. Kini lelaki itu akan dianggap mengalami kemalangan.
" Dah jom balik. Kita kena clear rumah tu. " Khairul terus menarik Elliey yang masih lagi memandang ke dalam gaung ke kereta.
Khairul terus memecut kereta pulang semula ke rumah.
Elliey dan Khairul bersama sama membersihkan pasu kaca yang berderai dan darah Megat Faris. Farrahani yang pengsan pula tidak dihiraukan. Mereka lebih risau akan status mereka yang akan berubah menjadi penjenayah sekiranya terkantoi.
YOU ARE READING
ADAKAH MASIH CINTA
RomanceFarrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan...