ADAKAH MASIH CINTA 19

20.9K 497 15
                                    

Farrahani menoleh ke dinding. 10 malam namun Elliey masih belum pulang. Entah mana dia merayap bila Megat Haneef tak ada. Farrahani menguap beberapa kali. Tiba-ii telefonnya berdering meminta diangkat.

Farrahani mencapai telefonnya yang berdering. Terpapar nama suaminya. Button hijau ditekan.

" Hello. "

" Farra. Kau ok? " Megat Haneef terus menyerbu dengan soalan. Farrahani tersenyum kecil.

" Saya ok. Awak ok? Dah makan? " soal Farrahani lembut.

" Tak payah tanya aku. Kau tu! Dah lah sakit nak sibuk fasal orang. Dah makan belum? Kalau belum pergi makan sekarang! Video call makan depan aku! " arah Megat Haneef tegas. Semakin melebar senyuman Farrahani.

Kasar pun kasar la janji dia sayang. Cara dia concern tu nampak menyakitkan hati tapi sebenarnya sayang.

" Saya dah makan awak. " jawab Farrahani. Hujung rambutnya dipintal pintal.

" Kau makan aku? Sedap ke? " Megat Haneef berpura pura lurus. Farrahani mendecit.

" Saya dah makan, awak... " Farrahani berhenti seketika lalu menyebut awak debgan meleret. Megat Haneef di hujung talian tersengih.

" Jangan buat suara macam tu. Kau buat aku rasa nak balik sekarang. " ujar Megat Haneef selamba. Farrahani menggigit bibir. Terasa darah meruap ke wajahnya meskipun mereka tidak bersemuka. Farrahani terdiam.

" Woii! " sergah Megat Haneef apabila Farrahani senyap. Terkulat kulat Farrahani akibat terkejut.

" Ya awak kenapa? " spontan soalan itu terpacul.

" Aku rindu.. Nak vc! " rengek Megat Haneef tanpa segan silu. Farrahani tersenyum.

" Saya pakai baju tidur je ni. Malas nak tukar baju. " ujar Farrahani. Gaun tidur satin yang hanya separas peha dan mendedahkan bahagian bahu dan dadanya membuatkan dirinya berasa segan.

" Lagi bagus kalau kau vc bogel je. Aku tak kisah. " bidasan dari Megat Haneef membuatkan dirinya terkelu.

" Awak ni lah. Pervert sangat. " komen Farrahani tanpa takut. Megat Haneef tergelak.

" Aku pervert dengan kau je tau! Kau yang ajar aku semua ni. Sebelum ni aku tak aktif sangat benda-ii macam ni. Aku tak pandai nak sweet-ii. " jujur Megat Haneef. Farrahani mendecit.

" Bila masa saya ajar! " bentak Farrahani. Ye lah bila aku ajar? Mana ada aku ajar! Aku pun noob tak tahu apa.

" Masa malam tu. Malam yang sangat indah bersaksikan bulan dan bintang. Malam dimana kau dah rampas teruna aku! Malam.. " belum sempat Megat Haneef menghabiskan gurindam puisinya, Farrahani memotong.

" Tipu tipu tipu! Saya tak buat apa-ii pun. Awak yang.. " Farrahani tidak meneruskan kata-ii nya. Perkataan apa yang sesuai? Rogol? Kasar. Rampas pun kasar. Rasmikan macam pervert. Ambil macam eeuw.

" Apa? Aku buat apa? Cakaplah! " desak Megat Haneef.

" Ishh tak ada apa lah! " Farrahani malas mahu meneruskan topik hangat tersebut.

" Elele cakaplah sayang.. " usik Megat Haneef.

" Kenapa awak macam gatal je malam ni? " soal Farrahani tanpa selindung. Kedengaran tawa Megat Haneef pecah di hujung talian.

" Kau tengok la malam ni malam apa! Malam jumaat! Nasib baik aku jauh kalau tak dah lama aku dapat kau. " Megat Haneef semakin galak meneruskan perbualan. Rasa kantuknya hilang begitu sahaja. Matanya menjadi segar bugar apabila isu itu dibualkan.

Farrahani menoleh ke kalendar. Ouh hari khamis. Malam jumaat. Patutlah.

" Em yela. Awak tak ngantuk ke? Saya dah ngantuk ni. " adu Farrahani lalu menguap.

ADAKAH MASIH CINTAWhere stories live. Discover now