12 March 2017, 9.45 p.m., Pejabat Pengetua SMK Syed Putra.
Sunyi. Tiada yang sedar akan kehadirannya. Semua tengah sibuk dengan majlis perpisahan Cikgu Mokminah. Termasuklah para guru dan pelajar serta semua kakitangan sekolah. Inilah peluang keemasan untuk dia membalas dendam. Sudah lama dia menahan amarah, kini giliran nafsu pula bertindak untuk puaskan hati. Perlahan kakinya melangkah maju menuju masuk ke dalam sebuah bilik. Kelihatan sekeping envelop kembung bewarna coklat berisi ribuan ringgit terletak.kemas atas sebuah meja. Tangannya mencapai envelop tersebut lantas itu dia terus berlari keluar.
Fuh! Memang lucky day betul. Tiada siapa yang perasan.
"Habislah kau kali ni..." bisik sebuah suara sambil mengukir senyuman sinis.
🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈🐈
Pagi itu, sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. Namun, hari ini hanya separuh hari sahaja sesi pembelajaran kerana sekejap lagi Majlis Perpisahan Cikgu Mokminah akan berlangsung.
Kring!!!
Loceng berbunyi menandakan semua pelajar dikehendaki berkumpul di dewan sekolah. Setelah itu, majlis berlangsung.
12 March 2017, 12.30 p.m., SMK Syed Putra.
Tamat saja majlis perpisahan itu, semua pelajar kembali semula ke kelas. Sepasang kaki milik seorang pelajar perempuan berjalan menuju masuk ke dalam kelas untuk meneruskan rutinnya di sekolah itu. Lenggok badannya menjadi tumpuan semua mata yang melihat terutamanya pelajar lelaki. Memang setiap kali dia berjalan, pasti akan ada mata yang bernafsu memandang ke arahnya. So sexy.
Selangkah masuk saja ke bilik darjah,
"Sarah!! We have some interesting news!" Teriak seseorang dari dalam kelas itu.
"Wow geng, rileks! Apa kecoh kecoh ni??" Soalnya sambil menuju ke sebuah kerusi plastik berhadapan dengan meja guru. Kerusi itu ditarik perlahan mendekati enam orang pelajar perempuan lalu dilabuhkan punggungnya.
Sarah, Rash, Izz, Nacu, Hud, Naddy dan Fatin. Nama nama inilah yang paling popular di SMK Syed Putra. Jangan tak kenal siapa mereka. Setiap berita dalam dan luar sekolah itu, semuanya bagaikan di hujung jari mereka. Daripada yang sekecil kecil zarah sampailah yang sebesar gajah, pasti akan dibongkar oleh ketujuh tujuh pelajar ini. Macam mana mereka boleh bongkarkan? Wallahua'alam.
That's the secret and they are also known as Mak Jemah.co.
"Kau tahu tak, duit dana yang kita penat penat kumpul tu, sekolah nak guna untuk buat gelanggang bola tampar! Oh Shit!" Teriak Rash tidak puas hati.
"Biarlah babe, suka hati diorang lah nak buat apa dengan duit tu. Kan kita dah take a deal with them? Kita kumpul duit dana, stor kosong tu jadi bilik kita. Isn't thats the deal? Kan?" Balas Sarah selamba.
"Aku tetap tak puas hati, at least duit tu gunalah untuk beli komputer ke, alatan makmal sains ke, ni tak. Semuanya nak dihabiskan kat gelanggang bola tampar tu. Kalau aku dapat duit tu, memang aku guna je untuk beli gaun putih yang tengah famous kat insta tu. Dah lama aku nak gaun tu tau. Haishh. Hahaha."
"Chillex la Rash. I thought you wanna tell something interesting? Takkan la pasal gelanggang bola tampar ni je kut?" Sarah mengerutkan keningnya.
"Actually, I have one more news to tell you guys." Rash mengubah topik perbualan.
"Apa dia?? Cepatlah cerita." Celah Nacu.
"Guess what?? Mira now couple with Adan!! I don't know lah, but aku rasa diorang berdua tu memang tak sesuai langsung. Cuba korang tengok eh, Mira tu tak adalah cantik mana pun, tapi disebabkan she was the clever girl kat sekolah ni, so no wonderla Adan nak couple dengan dia. And I think, Adan tu couple dengan dia sebab nak game je perempuan tu. Hahaha, poor girl." Jelas Rash.
"Seriously?! OMG guys, kesiannya Mira tu." Ujar Fatin buat buat kesian.
"And one more thing, Adan tu hot guy kut kat sekolah ni. Takkan lah dia serious dengan Mira? Such a nonsense, right?" Kata salah seorang daripada mereka seperti tidak puas hati. Rancak betul conversation antara ketujuh tujuh sahabat tu.
Tanpa disedari, ada yang mendengar perbualan mereka.
"Sial! Tak guna kau Rash!" Bentaknya kecil lalu pergi dari kelas itu. Belum sempat nak melangkah, dirinya bertembung dengan seorang pelajar lelaki.
"Erkk, sorry." ucapnya.
"Oh, its okay." Balas pelajar lelaki itu lalu terus masuk ke dalam kelas.
"Woi!! Mengumpat!!" sergah Ikmal.
"Shits! Kau ni Mal, tolonglah bagi salam dulu. Terkejut aku!" Balas Nacu sambil mengerutkan dahi tanda protes.Ikmal, Ketua Umum di SMK Syed Putra merangkap bodyguard dan penasihat kepada ahli Mak Jemah.co.
Seorang yang bertanggungjawab, berani, gentleman. Top student and one of the hot guy in that school.
"Laaa Islam rupanya."
"Siot! Haha. Habistu, takkan Kafir pula? Ish kau ni!" Kata Izz.
"Kau buat apa kat kelas kitorang? Pergilah buat kerja kau sana, Abang KU." Halau Rash.
"Aku nak panggil Nacu la. Dia kan P.A merangkap hamba abdi aku." Ujar Ikmal selamba.
"Bangang! Bila masa pula aku jadi hamba abdi kau?! Cis!" Nacu membuat rolling eyes.
"Hehe, I'm just kidding. Don't take it serious." Ikmal tersengih hambar.
"Hurmmm yela tu, haa dah lah. Kau nak apa jumpa aku??" Soal Nacu.
"Ada emergency case." Bisik Ikmal perlahan sambil menarik tangan Nacu keluar kelas. Mereka yang melihat gelagat Abang KU dan Hakak PKU itu saling berpandangan.
Di luar kelas,
"Haaa, apa yang urgent sangat tu?"
"Ada budak curi duit dana untuk bina gelanggang bola tampar tu pagi tadi. Cikgu Najiha suruh kita jalankan operasi sport-check sekarang." Tegas Ikmal.
"KENA CURI?!" Terkejut semua ahli Mak Jemah.co.
"Amboi!! Curi curi dengar nampak?!" Nacu mengerutkan dahinya.
"Hehe. Sorry." Balas Sarah sambil menggaru garu kepalanya.
"By the way, berapa ratus yang hilang??" Soal Nacu.
"Bukan ratus, tapi ribu! RM 10,000.00 overall." Jawab Ikmal.
"Wuishhhh, okayla. Kalau macam tu, kita gerak sekaranglah." Ujar Nacu.
"Guys, kitorang pergi dulu eh. Pape rodger." Sambung Nacu.
"Alright babe! Goodluck!"
🐕🐕🐕🐕🐕🐕🐕🐕🐕🐕🐕🐕🐕
Suasana menjadi riuh seketika apabila para pengawas tiba tiba saja menjalankan operasi sport-check di tiap tiap kelas. Berita tentang kecuriam duit dana untuk pembinaan gelanggang bola tampar itu tersebar dengan pantas. Hal ini kerana, seorang pelajar lelaki telah mendengar perbualan antara Ikmal dan Nacu lalu dia viralkan pada satu sekolah.
Setiap kelas menjadi target kerana semua pelajar menjadi suspek dalam kes kali ini. Ini kali kedua, sekolah ini mengalami masalah besar selepas kes kematian seorang pelajar pada tahun lalu. Masalah ini menjadi makin riuh. Persoalan demi persoalan silih berganti. Siapa yang curi duit tu??
Bersambung.
YOU ARE READING
JEMAH.CO
Teen FictionKenal siapa Mak Jemah.co? Kelab tak rasmi yang ditubuhkan oleh 7 orang pelajar perempuan SMK Syed Putra.👭👭👭👫 Bermula dengan kes curi dan akhirnya beranak pinak sampai berlaku kejadian bunuh membunuh✂🔥 Kerana obses, orang yang tak bersalah menja...