Tiba tiba, Figura Ikmal muncul.
"Woii!! Apa kau buat ni??!" Teriak Ikmal sambil menuju ke arah Ash untuk menumbuknya.
"I-ikmal.. Tunggu. Ni bukan salah Ash." Ujar Amelia tersedu sedan dan lemah.
"Am, apa dah jadi ni??" Soal Ikmal gelisah. Hatinya runtuh melihat orang yang disayangi berada dalam keadaan yang langsung tak dijangka akan terjadi.
Lantas itu, Ash terus menceritakan apa yang telah terjadi.
"Jadi, ni semua sebab kau lah?!! Kalau kau tak lambat, benda ni takkan jadi kan?!!!" Bentak Ikmal sekuat hati. Sungguh dia marah. Rupa rupanya Ash la punca semua ni berlaku.
"Tapi tadi, Cikgu.." Belum sempat Ash menghabiskan kata katanya, Ikmal terus menolak tubuhnya kuat.
"Dah! Tak payah bagi alasan bodoh! Aku tak nak dengar! Sekarang, aku nak kau berambus dari sini!!" Teriak Ikmal geram.
"Tapi.."
"PERGI!!!" Jeritnya. Ash hanya akur lalu keluar meninggalkan pasangan tersebut. Ikmal menarik tubuh Amelia lalu memeluknya erat untuk menenangkan keadaan. Amelia selesa dalam pelukan lelaki itu. Dia terus menangis sehingga penat dan akhirnya dia tertidur dalam pelukan Ikmal.
"Am, Am jangan risau. Mal janji akan cari siapa yang buat semua ni kat Am. Mal akan balas dendam untuk Am. Mal janji Am! Mal janji!" Tegasnya perlahan.
Setelah itu, wajah Amelia ditatapnya lama. Sungguh dia kasihan pada gadis tersebut. Apa salah dia sampai diuji sampai macam ni sekali.
"Lepas ni, Mal takkan biarkan sesiapa pun sakitkan Am lagi." Ujar Ikmal sambil menggenggam erat tangan lembut Amelia.
"Jahannam punya manusia!" Detik Ikmal di dalam hatinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Esoknya di sekolah, berita tentang Amelia dirogol sudahpun tersebar. Penyebarnya ialah Tasya kerana dialah dalang disebalik kes rogol ini. Walaupun malu untuk berhadapan dengan semua orang, Amelia tetap menggagahkan diri untuk hadir ke sekolah. Memang dia trauma. Tapi, seketul Amelia amatlah tersangat kuat dan kental hatinya. Dia redha akan takdir hidupnya. Walaupun sakit, tapi dia akur. Sungguh dia yakin akan Qodo' dan Qadar Tuhan. Kakinya melangkah lemah menuju ke kelas.
"Wow, guys!! Ni lah perempuan murahan tu kan? Tengoklah dia sekarang, dara dah hilang pun masih berani nak datang sekolah. Kalau I lah, memang dah berhenti sekolah terus dah. Dasar perempuan murah! Hahaha!" Ketawa Tasya. Pelajar lain hanya memerhati perbuatan Tasya itu tanpa melakukan apa apa. Sebahagian daripada mereka berasa simpati akan nasib gadis malang itu.
Tiba tiba, Ash datang menghampiri Tasya.
"Tasya!!" Teriak Ash tegas.
"Eh, awak! Sini sini, saya ada benda nak bagitahu awak ni.. Berita pasal perempuan murah ni." Ujar Tasya sambil menuding jari ke arah Amelia.
Makin lama, makin laju langkah kaki Ash. Tatkala dia mendekati Tasya,
PANGGG!!!
Satu tamparan padu singgah pada pipi Tasya.
"Kau dengar sini, jangan berani kau hina dan cakap yang bukan bukan pasal dia lagi! Faham?!" Bentak Ash lalu mencapai tangan Amelia dan pergi meninggalkan tempat itu.
"Auch.. Sss... Eeeeeeiiii!!!!" Jerit Tasya.
"Tak guna kau Amelia!! Ni semua salah kau! Apasal si Ash tu baik sangat dengan kau?! Patutnya dia jijik dengan kau!! Arghh!!" Sambungnya lagi sambil teriak kuat.
YOU ARE READING
JEMAH.CO
Teen FictionKenal siapa Mak Jemah.co? Kelab tak rasmi yang ditubuhkan oleh 7 orang pelajar perempuan SMK Syed Putra.👭👭👭👫 Bermula dengan kes curi dan akhirnya beranak pinak sampai berlaku kejadian bunuh membunuh✂🔥 Kerana obses, orang yang tak bersalah menja...