12 March 2017, 2.30 p.m., Kelas 5 Ekonomi, SMK Syed Putra.
Beberapa jam kemudian, operasi sport-check diteruskan lagi pada kelas 5 ekonomi iaitu kelas yang terakhir. Selama dua jam operasi ini dijalankan, tiada sebarang hasil yang ditemui. Agak hairan, kerana kes kecurian ini berlaku pada hari yang sama, sudah pasti duit itu masih berada di sekolah ini.
"Okay, korang semua boleh tunggu kat luar dulu." Arah Ikmal.
Pelajar pelajar kelas itu, hanya menuruti sahaja arahan yang diberikan. Setiap inci dan bahagian kelas diperiksa. Almari, bawah meja, dalam kasut dan semuanya. Sedang sibuk menyelongkah,
"Ikmal! Aku dah jumpa!" Laung Azizul dari arah sebuah meja.
Semuanya padah terkejut melihat kedudukan Azizul. Dia telah menjumpai sebungkus envelop berisi sejumlah wang di dalam sebuah beg milik salah seorang pelajar dari kelas itu. Semuanya tersentak dan tidak bergerak. Statik.
Apa benar ini semua angkara RASH?! Kenapa dia curi duit tu??? Apa motif dia??
Persoalan inilah yang sedang bermain di fikiran mereka terutama sekali ahli Mak Jemah.co. Tapi, apa yang pelik, duit yang dijumpai itu hanyalah separuh daripada duit yang telah dicuri. Masih berbaki RM5000.00 lagi yang hilang.
"Syiqa, mana kamu sorokkan lagi separuh duit ni??" Soal Cikgu Najiha serius sambil memegang erat kedua dua belah tangan Rash.
Rash hanya senyap dan mendiamkan diri seakan masih lagi tidak percaya bahawa dialah pencuri itu.
"Tak apa Syiqa, saya tak marah kamu. Saya nak tahu je, mana kamu sorokkan baki duit yang hilang tu. Kalau kamu bagitahu, saya janji akan lepaskan kamu." Pujuk Cikgu Najiha.
"Ss-saya.. T-tak tahu cikgu.." Air matanya mulai mengalir. Dia cuba untuk menafikan bahawa bukan dia yang mencuri duit dana tu. Tapi, apakan daya, sudah terang lagikan bersuluh yang duit tu berada dalam begnya.
"Baiklah, kalau kamu tak mahu bagitahu, saya terpaksa panggil ibu bapa kamu dan suruh pengetua gantung kamu dari sekolah." Desak Cikgu Najiha.
"Ttapi... Saya tak curi duit tu.."
"Buktikan!" Tegas Cikgu Najiha.
Desakan itu membuatkan air matanya mengalir makim deras. Habislah, kalau mak ayah dia tahu. Siap dia dikerjakan nanti, padahal sebenarnya bukanlah dia dalang disebalik kes kecurian ini.
Kakinya lemah melangkah keluar dari bilik guru. Sahabat sahabatnya yang lain sudah lama menunggu dari tadi.
"Rash, kau tak curi kan duit tu??" Soal Izz sambil memeluk erat tubuh budak perempuan itu.
Dia hanya terdiam. Bisu tanpa suara. Beberapa minit kemudian, seorang pelajar perempuan masuk ke bilik guru sambil membawa seikat plastik berisi duit. Sekali lagi, nama Rash dipanggil.
"Syiqa. Saya betul betul tak sangka, kamu sanggup curi duit ni. Tadi, bila.saya tanya, kamu tak nak mengaku. Sekarang, Tuhan dah tunjukkan kebenaran. Dayan kata, dia jumpa baki duit yang hilang tu, dalam locker kamu."
"Hurmmm." Cikgu Najiha menarik nafas panjang sebelum sambung bersuara.
"Saya tak mahu perbesarkan hal ni sampai ke balai polis walaupun saya boleh, tapi disebabkan awak masih mempunyai masa depan yang cerah, saya akan bagi satu lagi peluang. Saya tanya awak, betul atau tak yang awak curi duit dana ni??" Soal Cikgu Najiha. Kali ni, suaranya agak tegas sedikit.
"Saya tak curi duit tu cikgu...." Balasnya dengan nada yang lemah dan perlahan. Dari tadi, air matanya tak habis habis jatuh berderai tanpa henti. Sudah hampir bengkak matanya.
Cikgu Najiha hanya menunjukkan ekspresi wajah yang sangat kecewa terhadap respon budak perempuan itu. Lantas itu, dia terus bangun dari kerusinya lalu pergi meninggalkan Rash sendiri. Ahli Mak Jemah.co yang lain terus berpusu masuk menghampiri Rash setelah melihat Cikgu Najiha keluar dari bilik guru.
"Rash, aku tahu dan aku percaya bukan kau yang curi duit dana tu kan?" Soal Nacu.
".........................."
"Jawablah Rash!! Kau main main je kan, bila kau cakap kau nak ambil duit dana tu untuk beli gaun putih tadi? Kan Rash? Kan?!!!" Bentak Nacu sekali lagi.
".........................." masih tiada jawapan.
"Jadi betullah kau yang curi duit tu?" Giliran Sarah pula membuat andaian.
Ahli Mak Jemah.co saling berpandangan. Tak sangka persoalan itu yang akan terpacul keluar dari mulut si Sarah. Patutnya pada ketika ini, kata kata semangat yang Rash perlukan, bukannya tuduhan yang membabi buta.
"Shut up Sarah!" Jerit Fatin.
"What?? Betul apa aku cakap. Kalau betul dia tak curi duit tu, kenapa dia nak kena tutup mulut dia? Kenapa dia senyap? Orang, kalau tak salah, dia mesti berani untuk pertahankan kebenaran. Bukannya diam macam tunggul! Lagipun, kau tak dengar ke tadi, dia sorang je yang beria tak puas hati tentang duit dana tu. So, apa lagi?! It's clear now!"
Keadaan makin tegang.
"Stupid assumer! Woi! Kau tak perasan ke tadi? Time kes tu berlaku, Rash still ada dengan kita and dia tak pergi mana mana pun! Then, bila masa pula dia pergi curi duit tu?" Terang Nacu. Memang betul, sepanjang hari ni, Rash tak pernah sekalipun berjauhan dari sahabat sahabatnya itu. Jadi, bila fikir balik, memang bukan dia lah yang curi duit dana tu.
"That's absolutely right, Nacu. Aku sokong kau!" Celah Hud yang dari tadi diam je beribu bahasa.
Sarah terkedu seketika. Memang ada betulnya juga apa yang sahabatnya itu katakan. Memang tak adil tuduhannya itu.
Perasaan serba salah, mulai menyelubungi dirinya. Bila bercakap ikut nafsu, tambah pula tak pakai otak, itulah jadinya.
"Dahlah! Jangan gaduh gaduh lagi. Sekarang, kita kena cari jalan macam mana nak bersihkan nama Rash." Ujar Izz.
"Rash... Aku minta maaf." Sarah mulai serba salah.
"Itulah, lain kali do not jump into the conclusion terus." Balas Nacu.
"Yaa.. Tapi, aku cuma tak suka tengok kau lemah macam ni. Before this, kalau ada apa apa masalah, mesti kau yang paling kuat nak hadap than kita semua. But now....? I'm sorry Rash. Truly sorry."
"Okay enough. Geng, aku rasakan, ada orang yang sengaja nak sabotaj Rash." Kata Hud.
"Siapa??"
"Not sure, tapi aku betul betul yakin memang ada orang yang tak puas hati dengan Rash." Jelas Hud.
"Tak apalah Rash, kau duduk je lah kat rumah. Take a good rest. Pasal.masalah kau ni, biar kitorang cari jalan untuk selesaikan." Kata Nacu sambil menepuk bahu Rash memberi semangat.
"Betul tu Rash. Kau just rileks je kat rumah. Kitorang akan pastikan pencuri tu terima balasan yang setimpal. Trust us." Sambung Fatin.
"Hurmmm... Thanks korang." Ujar Rash lemah.
Masih ada harapan lagikah untuk membersihkan nama baik Rash?
Bersambung.
YOU ARE READING
JEMAH.CO
Teen FictionKenal siapa Mak Jemah.co? Kelab tak rasmi yang ditubuhkan oleh 7 orang pelajar perempuan SMK Syed Putra.👭👭👭👫 Bermula dengan kes curi dan akhirnya beranak pinak sampai berlaku kejadian bunuh membunuh✂🔥 Kerana obses, orang yang tak bersalah menja...