BAB 4 🔞

1.7K 8 0
                                    

"Tapi......"

Belum sempat Fatin menghabiskan kata kata, tiba tiba sebuah annoucment mencelah perbualan mereka.

"Maaf mengganggu, perhatian kepada Nur Rasyiqah binti Roslan, pelajar kelas 5 Ekonomi, anda diminta untuk berjumpa dengan pengetua di pejabat sekarang. Sekian, harap maklum. Terima kasih."

Selepas saja mendengar pengunguman tersebut, Rash dan semua ahli Mak Jemah.co terus menuju ke pejabat sekolah. Apa lagi lah, yang Rash dah buat kali ni?? Atau mungkin, polis sudah tahu tentang perbuatan Rash? Tapi, betul ke Rash berani buat semua ni, atau tu semua hanya sekadar kata kata kosong?

Sampai saja di bilik pengetua, sebuah pita rakaman diserahkan pada Rash oleh Puan Pengetua.

"Nah, awak dengar tape rakaman yang saya jumpa atas meja saya ni." Kata Puan Aisyah sambil menekan butang play pada pita rakaman tersebut.

Beberapa minit kemudian, setelah mendengar pita rakaman tersebut, pelbagai reaksi yang terpamer pada riak wajah mereka. Memang sudah dapat diagak, Mira lah dalang disebalik semua ini. Pita rakaman itu adalah bukti kukuh bahawa Rash bukanlah dalang disebalik kes kecuriam duit dana yang berlaku pada bulan lepas. Senyuman kelat terukir pada wajahnya.

Ahli Mak Jemah.co juga curi curi dengar akan suara yang terdapat dalam pita rakaman tersebut. Menggigil dan tegak bulu roma apabila mendapati ada suara perempuan menjerit meminta tolong. Suaranya seakan diseksa dan terseksa.

🐖🐖🐖🐖🐖🐖🐖🐖🐖🐖🐖🐖🐖

27 March 2017, 9.18 p.m., Taman Padu Permai, Bandar Syed Putra.

Mira duduk bersandar di sebuah sofa besar yang empuk. Hilang segala penat lelahnya. Seharian di sekolah, betul betul meletihkan fizikal dan mentalnya. Kini, dia mampu melepaskan semua itu hanya dengan bersandar pada sofa empuk di rumahnya. Memang penat jadi Top Student kat sekolah, setiap kali peperiksaan mesti dia kena struggle untuk mendapatkan banyak A dalam setiap subjek yang diambil. Apatah lagi dengan adanya saingan hebat seperti Ikmal, makin kuatlah usaha gigihnya. Dia pula anak tunggal dalam keluarganya. Ibu dan ayahnya sangat berharap agar dia dapat menyambung pelajaran ke oversea.

Remoute televisyen dicapainya perlahan. Dia menekan punat on pada permukaan remoute untuk menonton rancangan menarik di televisyen. Sekali sekali, dia menukar channel untuk mencari rancangan kegemarannya.

"Aishhh! Bosan betul la! Tak ada cerita best dah ke kat TV ni?! Asyik asyik benda yang sama diulangnya. Bodoh punya stesen TV!" Lancang mulutnya memaki.

"Mama dengan Ayah, keluar. Aku nak buat apa sekarang ni?? Menyesal betul aku tak ikut diorang tadi. Shits!" Sambungnya lagi.

Sedang dia mencarut, tiba tiba kedengaran bunyi cawan pecah di dapur.

"Arhh, tikus je tu." Detik Mira di dalam hatinya.

Tak mahu dia bersangka buruk, lagipun dia bukan percaya sangat dengan hantu dan jembalang ni.

SCARASHHH!!

Sekali lagi, bunyi cawan pecah kedengaran. Hatinya mulai rasa tak sedap. Dia membuka langkah perlahan menuju ke dapur untuk melihat apa yang berlaku. Gerak langkahnya seiring dengan degupan jantung yang semakin laju. Kepala menjenguk ke dalam dapur.

"Laaaa, kau rupanya Bobo. Aku ingat jembalang mana la tadi. Aihhhh." Ujarnya lega.

"Ish kau ni, habis pecah cawan cawan Mama. Nanti mesti aku yang kena marah. Dah dah, pergi masuk bilik. Shuh! Shuh!" Sambungnya sambil menghalau kucing peliharaannya itu.

Serpihan kaca yang bertebaran di atas lantai, dikutip dengan membongkokkan badannya ke lantai. Sebaik sahaja dia menegakkan badannya, tiba tiba mulutnya diterkup dengan kain hitam serta badannya dipeluk oleh seseorang. Dia cuba memberontak melepaskan diri, namun kain hitam yang menerkup mulutnya, seakan memberi kesan kepada dirinya. Kepala mulai pening, mata pula sudah berpinar pinar, manakala badannya terasa ringan. Jatuh dirinya rebah ke lantai.

JEMAH.COWhere stories live. Discover now