"Gila!! Lepaskan aku la setan!!" Teriak Tasya sambil bergeser untuk melepaskan diri.
"Kau yang setan ke atau aku yang setan?! Manusia jenis apa kau ni?! Disebabkan lelaki, sanggup kau bunuh orang yang tak bersalah! Kau ingat kau Tuhan?!" Bentak susuk itu geram.
"Apa kau cakap ni?! Aku tak faham!! Lepaskan aku! Argh!!" Jerit Tasya lagi.
Setelah itu, susuk tersebut terus meletakkan kepala Tasya ke dalam tali gantung."Haa! No! No! No! Please! Lepaskan aku. Aku merayu. Please!" Rayu Tasya.
"Huh, pergi jahannam dengan kau punya merayu tu! Manusia yang bertopengkan binatang macam kau ni, patut mati! Tak berhati perut!" Tegas susuk itu.Saat tali dan wayar elektrik sudah terikat kemas pada leher Tasya, susuk tersebut terus menarik seutas tali untuk menaikkan Tasya ke atas. Leher perempuan itu terjerut ketat. Nafasnya mula sesak.
"Arkk!! Ssssaaakkkittt... Tttoollllooonggg...." Tasya bergerak gerak untuk melepaskan dirinya dari dijerut tali, namun dia tak mampu kerana tali sudah semakin ketat dan dirinya semakin meninggi.
Setibanya Tasya di atas, susuk tersebut terus meletakkan sebuah kayu yang berpaku besar di bawah tali tempat Tasya digantung.
Kemudian, tirai pentas dibuka.
"Tasya!!" Jerit Karen.
Semua mata terus tertumpu ke arah Tasya yang sedang tergantung di atas pentas.
Tiba tiba,
ZZZZZZZ!! ZZZZZZZZZ!!
Kejutan elektrik mengalir disetiap tubuh Tasya.
"Arhhhhhh!!!" Semuanya pada menjerit.
Tasya kelihatan terseksa. Mereka semua seakan tak percaya dengan apa yang mereka lihat.
Beberapa seketika setelah Tasya sudah direnjat dek elektrik, susuk tersebut terus melepaskan tali yang dipegangnya.
Akhirnya, Tasya terjatuh. Badannya tertusuk pada kayu berpaku besar yang diletakkan di bawahnya oleh susuk tadi. Sungguh tragis. Kelihatan beberapa orang budak perempuan pengsan melihat kemalangan tersebut. Mayat Tasya kelihatan sungguh dahsyat. Tubuhnya habis rentung. Tusukan paku pada badannya telah menyebabkan darah tak henti henti mengalir dan memancut. Memang tragis dan dahsyat. Tamatlah riwayat Tengku Natasya binti Tengku Izzuddin.
"Buat baik, dibalas baik. Buat jahat, buruk padahnya." Bisik susuk itu perlahan lalu pergi dari tempat tersebut.
🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇🐇
16 Mei 2017, 9.15 p.m., Hospital Besar Bandar Syed Putra.
"Doktor, macam mana keadaan Ikmal??" Soal Nacu risau.
"Haah, Doktor. Ikmal macam mana? Dia okay tak??" Soal Fatin pula.
"Cik cik ni semua siapa ye?" Soal Doktor Hisham.
YOU ARE READING
JEMAH.CO
Teen FictionKenal siapa Mak Jemah.co? Kelab tak rasmi yang ditubuhkan oleh 7 orang pelajar perempuan SMK Syed Putra.👭👭👭👫 Bermula dengan kes curi dan akhirnya beranak pinak sampai berlaku kejadian bunuh membunuh✂🔥 Kerana obses, orang yang tak bersalah menja...