BAB 3

639 8 0
                                    

20 March 2017, 3.30 p.m., Pekan Selasa Lama, Bandar Syed Putra.

Hatinya gelisah. Siang dan malam asyik memikirkan apa yang telah berlaku kepadanya. Kenapa dia yang menjadi mangsa? Siapa yang sengaja mensabotaj dirinya? Salah apa yang telah dilakukan sampai kena hukum macam ni?

"Arghhhh!! Sial!! Kalau aku tahu siapa yang buat semua ni, sumpah aku potong potong tangan dia biar kudung!!" Teriak Rash geram.

"Sabar Rash, sabar... Aku tahu kau tengah geram. Sabarlah sikit.. Istighfar.." Nasihat Izz yang berada di sebelahnya.

Sudah seminggu Rash digantung sekolah. Setiap hari, mesti ahli Mak Jemah.co akan melawatnya di rumah untuk memberi maklumat tentang berkembangan sekolah dan pelajaran,manakala Rash pula tidak mensia siakan 'cuti percumanya', malah dia mengisi masa itu dengan menyiasat siapakah dalang disebalik semua masalah ni. Kelmarin, masa hari kejadian, mak dan ayahnya dipanggil ke sekolah buat kali pertamanya. Riak wajah yang dipamerkan oleh kedua dua mereka amat memberi impak yang dalam terhadap Rash. Walaupun tak dimarahi, namun layanan mak dan ayahnya sudah tak macam dulu. Kat rumah tu, Rash seperti tidak wujud. Disebabkan salah orang lain, dia pula yang menjadi mangsanya.

"Aku ada juga siasat sikit sikit, apa yang aku dapat, time kejadian haritu, CCTV kat pejabat semuanya tak hidup. Jadi, pencuri tu tak dapat dikesan." Jelas Ikmal.

"Ish! Macam mana boleh tak hidup pula?? Takkan lah pencuri tu yang matikan??" Soal Sarah.

"Perhaps?" Balas Ikmal sambil mengangkat kedua dua bahunya tanda tidak pasti.

"Geng. Aku rasala kan, aku macam tahu siapa yang nak sabotaj Rash tu." Ujar Naddy tiba tiba.

"Haa?? Siapa?!" semuanya menunjukkan ekspresi wajah ingin tahu.

"Well, aku just syak je. Tak tahu betul ke tak." Sambung Naddy.

"Iye... Iye.. Okay sekarang, bagitahu. Siapa??" Soal Sarah.

"Mira." Balas Naddy pendek.

"What?! Mira?! Motif?!"

"Semalam, aku pergi KFC, tiba tiba terserempak pula dengan si Mira tu. Apa lagi, aku pun ikutlah dia, saja nak tahu perkembangan dia. Manalah tahu, dapat information pasal relationship dia dengan si Adan tu. Hehe. Then, masa dia dengan kawan dia duduk makan, aku ada dengar diorang bersembang pasal kau, Rash. Mira ada cakap, dia puas bila dapat tahu kau kena gantung sekolah. Aku tak tahulah apa motif dia cakap macam tu, tapi muka dia memang nampak happy. Plus, dia siap cakap 'Lets celebrate for my success plan!' kat kawan dia." Terang Naddy panjang lebar.

"What the Hell?! Seriously Nad?!"

"Ya, I am serious."

"Tak guna punya perempuan!" Fatin menggenggam tangannya.

"Cakap pasal Mira! Haritu, masa aku nak panggil Nacu untuk buat operasi sport-check, ada juga la aku bertembung dengan dia kat luar pintu kelas korang. Nampak macam dia tengah curi curi dengar perbualan korang." Ujar Ikmal.

"Dah sah! Ini memang kerja dia!" Ujar Nacu yakin.

"Tapi........" celah Fatin.

"Apa motif dia buat macam tu? Kejap, Rash. Kau ada buat apa apa salah ke kat dia?" Tanya Fatin.

"No! Aku mana pernah buat apa apa kat dia. Cakap dengan dia pun tak pernah." Balas Rash.

"Dahtu?"

"I don't know."

"Okay, sekarang jom kita plan macam mana nak revenge balik apa yang dia dah buat." Ujar Sarah.

"Kita nak buat apa?" Soal Fatin.

"Okay... Dalam Islam.. Hukuman mencuri, potong tangan kan?" Soal Rash.

"Yaa... So?"

"Why not kalau kita culik dia then... Kita potong tangan dia?" Cadang Rash.

"Nonsense!!" Balas Fatin.

"Eyyuw! Tak nak aku. Tengok darah pun tak boleh, inikan pula.... Erkkk Yuks!" Kata Nacu sambil buat buat muntah.

"Ishhhh, merepek betul cadangan kau ni lah."

"Dah dah, tak payah nak revenge revenge bagai. Biar jelah Allah yang balas perbuatan dia. Kang tak pasal pasal kita masuk penjara sebab buar benda ni." Balas Ikmal menutup perbualan.

🐏🐏🐏🐏🐏🐏🐏🐏🐏🐏🐏🐏🐏

21 March 2017, 7.45 a.m., Kelas Ekonomi, SMK Syed Putra.

Seminggu berlalu, hari ini, Rash sudah mula ke sekolah. Kelihatan semua pelajar memandang sinis kepadanya, ada pula yang memerlinya.

"Tak sangka. Makcik bawang pun ada yang tak reti jaga tangan juga kan?? Ingatkan mulut je yang tak reti nak jaga."

"Sial!!" Carut Rash di dalam hatinya.

Lantas itu, dia meneruskan langkahnya menuju ke kelas tanpa menghiraukan mereka. Sakit. Siapa tak sakit bila dituduh pencuri?? Rasa dendam terhadap sang pencuri sebenar makin menebal dalam lubuknya. Memang dia takkan duduk diam saja lepas ni. Dia mesti lakukan sesuatu dan bertindak segera untuk membersihkan namanya.

🐀🐀🐀🐀🐀🐀🐀🐀🐀🐀🐀🐀🐀

3 April 2017, 8.30 a.m., SMK Syed Putra.

Sudah sebulan kes curi ini berlaku, masih tiada perkembangan tentang siapa pencuri duit dana tersebut. Namun, keadaan menjadi gempar apabila mendapat berita tentang pelajar kelas 5 Sains Elit, iaitu NurAmira binti Syariffudin sedang dirawat di hospital kerana menjadi mangsa potong tangan.

     "Babe!! Korang ada dengar tak news pasal Mira??" Teriak Fatin yang berlari menuju masuk ke kelas.

"Kenapa dengan dia??" Soal Sarah.

"Tangan dia.... was be cut off with someone!" Ujar Fatin.

"Uishhhh, kau biar betul??!"

"Yaaa! Betul la ni! Tapi tula, orang yang potong tangan Mira tu, tak dapat dikenal pasti lagi. Polis pun tengah siasat lagi tentang benda ni." Jelas Fatin.

"Huh! Padan Muka. Balasan sebab cari pasal dengan aku." Rash tersenyum sinis mendengar berita tersebut. Hatinya gembira tak terkata.

Mendengar kenyataan dari Rash, semua saling berpandangan. Mereka seakan tak percaya dengan reaksi negatif dari Rash. 'Sesuatu sangat'.

Memang dulu dia pernah bagitahu yang dia nak potong tangan orang yang curi duit tu. Tapi takkanlah dia buat betul betul? Beraninya!

"Rash, jangan cakap dengan aku yang kau betul betul buat apa yang kau pernah cakap dulu." Hud teragak agak nak cakap.

"Kau rasa?" Rash tersenyum sinis.

"KAU BIAR BETUL??!" Ujar semuanya serentak.

"Apa yang betulnya??" Soal Rash.

"Taklah.. Uishhh, berani siaa kau. Tapi serious la babe, kau yang potong tangan si Mira tu??" Soal Sarah teruja. Sarah anggap yang Rash ni memang brutal dan sangat nekad. Dia kagum seketika.

"Heh, kalau dalam seminggu dua ni, aku kena tangkap dengan polis. So, memang aku lah yang potong tangan dia." Balas Rash dengan lagak yang selamba.

Meremang bulu roma, mendengar pengakuan selamba dari sahabat mereka yang seorang itu. Memang susah nak percaya Rash berani buat kerja gila tu. Kalau diikutkan dengan apa yang Rash kena, memang patut pun si Mira tu kena potong tangan.

Mana taknya? Dah la mencuri, lepas tu, sabotaj orang lain dengan barang yang dicuri.

"Tapi kan, kau betul betul yakin ke Mira yang sabotaj kau??" Soal Fatin ragu ragu. Ya, kita tak boleh terus jump into the conclusion kan?

"Nak tapi apa lagi?? Dah jelas yang dia memang sengaja nak sabotaj Rash. Kau dengar kan Ikmal cakap apa? Ikmal cakap, dia ada bertembung dengan Mira masa kita tengah membawang pasal dia dengan Adan hari tu. Maybe sebab tu dia dendam sangat kat Rash." Jelas Sarah.

"Tapi...."

Bersambung.

JEMAH.COWhere stories live. Discover now