BAB 8

300 5 0
                                    

Tiba tiba,

PANGGG!!!

Satu tamparan padu mengenai pipi kiri Adlan.

"Sss.. Berani kau!"

Pipinya yang merah menyala dipegang sambil menahan sakit akibat ditampar oleh Hud. Setelah itu, Adlan membalas kembali tamparan tersebut.

PANGGG!!

Tak sempat nak elak, Hud akhirnya pengsan akibat tamparan kuat oleh Adlan. Dasar lelaki dayus!

"Huh, pengsan pun. Senang kerja aku." Ujar Adlan sambil tersenyum. Kini, bolehlah dia membalas dendam terhadap budak perempuan itu.

"Ini balasan sebab cari pasal dengan Abang Lan. Aummm!"

Belum sempat Adlan mahu menyentuh tubuh Hud, tiba tiba,

PAKKKKK!

Satu pukulan kuat singgah pada bahagian medula oblongata dekat batang leher Adlan dan hal itu menyebabkan dirinya rebah ke bumi. Setelah itu, tubuhnya diseret oleh seseorang keluar dari kelas kosong tersebut.

Beberapa jam kemudian, Hud akhirnya sedar dari pengsannya. Tapi, dia mulai terpinga pinga. Pelik dan hairan. Kepalanya yang tak gatal digaru perlahan. Dia sepatutnya terbaring di kelas, tapi entah macam mana tubuhnya kini berada di bilik kesihatan sekolah yang terletak di bawah koridor. Tiba tiba, matanya tertumpu ke arah dua orang pelajar yang sedang duduk menunggunya sedar sejak dari tadi lagi.

"Izz?? Ikmal?? Korang buat apa kat sini??" Soal Hud hairan.

"Eh, Hud! Kau dah sedar?! Tak, tadi kitorang nampak kau pengsan dalam kelas, tu yang kitorang cepat cepat bawak kau masuk bilik kesihatan ni. Nasib baik Cikgu Zahraton tak balik lagi." Jelas Izz.

"Ouhh.." Balas Hud.

"Jap, macam mana kau boleh pengsan? Terkejut kitorang bila tengok kau terbaring tak bergerak macam tu." Soal Ikmal.

Hud hanya mengunci mulutnya. Dia tidak mahu menceritakan apa apa kepada sahabatnya supaya mereka tidak risau.

"Ermmm.. Korang buat apa kat sini?? Dan macam mana korang boleh jumpa aku??" Hud cepat cepat menukar topik perbualan.

"Ohh, hari ni kitorang ada rehearsel pementasan." Balas Izz.

"Haah, tapi si Izz ni ada tertinggal barang kat kelas. Tu yang kitorang terjumpa kau pengsan tu. By the way, kau okay tak ni Hud??" Soal Ikmal risau.

"Aku okay je, jangan risaula ye."Balas Hud.

"Betul kau okay??" Soal Izz pula mahu kepastian.

"Betul... Aku okay je." Hud menganggukkan kepalanya perlahan.

"Hurmmm.. Baguslah. Kalau macam tu, kitorang pergi dulu lah. Dah lambat ni. Kalau ada apa apa panggil je kitorang kat auditorium. Tak pun, panggil nama Cikgu Zahraton. Dia ada kat bilik sebelah tu." Pesan Ikmal.

"Ouhh, haa okay.."

"Take care Hud. Bye!" Ujar Izz. Setelah itu, mereka berdua terus pergi meninggalkan Hud.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di Auditorium, kelihatan para pelakon telah bersedia memainkan watak masing masing.

"Ariff!! Kau nak buat apa dengan pisau tu?! Calm down!" Teriak Ash.

"Adam!! Tolong saya, Adam!!" Sarah juga turut menjerit sambil berada dalam pelukan Ikmal, gaya seperti dia mahu dibunuh.

"Ni semua salah kau!! Kalau kau tak cakap macam tu dekat Diana, dia takkan mati kat tali gantung!! Dan perempuan ni! Dia dah sakitkan hati Diana, jadi dia patut rasa apa yang Diana rasa!!" Ujar Ikmal.

JEMAH.COWhere stories live. Discover now