KELAS 5 Golden 3 riuh-rendah pada petang itu bersama kehadiran Cikgu Rasydan untuk mata pelajaran akhir sebelum tamat sesi persekolahan.
Sepanjang pelajaran, mata Amber galak merenung tajam susuk guru lelaki yang sedang mengajar itu.
Waktu tu, aku baru je masuk. Tapi, daripada mana cikgu ni boleh tahu nama aku?
Kerana asyik terfikir akan kejadian pelik pada hari pertamanya, Amber seperti berada di dalam dunia yang diciptanya sampai dia tidak perasan Cikgu Rasydan mendekatinya.
Pap!
"Auch!" Amber menggosok-gosok kepalanya yang sakit akibat telah dihentak dengan buku oleh Cikgu Rasydan.
Cikgu Rasydan memeluk tubuhnya memandang anak muridnya tajam. "Amber, kamu bencikan masa saya sangat ke sampai tak fokus?" Tanya Cikgu Rasydan tegas.
Amber mendongak, memandang wajah gurunya. Sekilas pandang, Amber merasakan mata gurunya hampir serupa dengan lelaki itu.
"Kyle?" Tanpa sedar, bibirnya terus menyebut nama tu. Untuk seketika, riaksi Cikgu Rasydan agak berubah namun, laju di kawal.
Cikgu Rasydan berdehem. "Amber, lepas kelas awak jumpa saya. Saya nak berikan denda sebab tak fokus dalam kelas saya." Ujar guru itu.
Amber tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Otaknya bercelaru sekarang. Kyle masih hidup?
Zein membuka matanya setelah beberapa minit dia bangun dari
lena. Perbualan Amber dan juga cikgunya terdengar jelas.Biarlah, aku malas nak sibuk.
️⚔️⚔️⚔️
KAKINYA tidak berhenti berjalan daripada sana ke sini di hadapan bilik guru. Apabila kakinya terasa lenguh, dia mencangkung.
Zein meramas rambutnya sehingga kusut. "Aish, tadi kau tak nak sibuk. Sekarang, apa yang kau buat depan bilik guru Zein!?" Soal Zein sendiri.
"OK, that's it! I'll just walk away."
Baru saja mahu melangkah pergi, pintu bilik guru di pulas. Terlihat susuk Amber ingin keluar.
"Zein? Kau buat apa dekat sini?" Tanya Amber hairan. Pintu bilik
guru di tutup berhati-hati. "Aku? Cuma lalu dan yang pasti aku tak mengintai kau dalam tu." Bohong Zein.Amber tertawa kuat. "Zein, Zein. Rasanya menipu bukan skil kau. Nanti nanti kau cuba lagi, okey?"
Ejek Amber lalu tertawa lagi."B-betul lah!" Nafi Zein.
Mereka berjalan seiring terus ke pagar sekolah. "Dalam bilik guru
tadi, kau di kenakan denda apa?" Soalan di kemukakan oleh Zein, sekadar berbasa-basi."Banyak juga. Tapi semua denda tu, masih tak sedarkan aku dari mimpi yang panjang." Jelas Amber dengan maksud tersirat.
"Hah?" Zein melihat Amber.
"Hah?" Amber melihat Zein.
Zein menggeleng. "Kau ni, banyak betul rahsia!" Ujar Zein lalu terus berjalan mendahului.
Amber hanya melihat tubuh Zein daripada belakang. "Betul. Rahsia yang mungkin akan buat layanan terhadap aku berbeza."
⚔️⚔️⚔️
YOU ARE READING
[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔
RomanceSiapa Yang Tidak Mengenali Silver Death Mafia, Kumpulan Mafia Paling Ditakuti Di England Dan Di Segenap Dunia. Pengaruh Kumpulan Itu Sungguh Kuat Dan Tidak Mampu Ditandingi. Tetapi Tiada Sesiapa Tahu Yang Ketua Kumpulan Itu Ialah Perempuan. Puteri...