BMAP BAB 9

6.8K 296 0
                                    

BMAP BAB 9

           "SI... Sikit je lagi..." Tangan Amber masih ingin mencapai kayu. Cuba teka dia buat apa? Ya, Amber sedang memanjat pokok untuk mengambil kayu.

Tiba-tiba, kakinya tergelincir lalu dahan pokok patah. Dia terjatuh ke atas badan seseorang. "Warggghhh!" Jerit Amber apabila melihat yang dia terjatuh di atas badan Zein.

"Ehh weh! Sorry..." Amber menarik Zein. "Lain kali dah pendek tu, pendek jelah." Perli Zein. Habis hidungnya merah. "Sorry... Auch!" Amber terjatuh.

Kakinya sakit gila sekarang ni! "Kau kenapa?" Soal Zein hairan. "Kaki aku sakit gila. Macam terseliuh." Jawab Amber lalu memegang kaki kanannya.

"Boleh jalan tak?" Soal Zein. "I don't know. I think i can." Jawab Amber lalu perlahan bangun dibantu Zein. Baru setapak hendak berjalan, Amber terjatuh semula.

"Sah kaki kau terseliuh. Jom, aku dukung." Zein mendukung Amber di belakang badannya. Muka Amber mulai merah. "Ta... Tapi kayu?" Soal Amber sedikit gagap.

"Aku dah bagi pada Arsyad dan Daniel." Jawab Zein lalu berjalan ke tapak perkhemahan. "Weh..." Panggil Zein. Amber mengangkat kening. "Kenapa?" Soal Amber pula.

"Aku lupa dekat mana jalan yang kita lalu tadi." Kata Zein lalu tersengih. Amber menganga luas. "Ish! Menyusahkan hidup orang je. Ahh, letak aku dekat situ. Ambil handphone aku tengok kalau boleh call Durani atau Ilyana ke tak." Zein akur.

Nasib baik sahaja Amber membawa handphone yang ada line walaupun di dalam hutan. "Hello." Sapa Durani dari talian. "Weh, aku dengan Amber sesat. Kaki Amber pula terseliuh." Kata Zein.

"What?! Ok, ok aku cari cikgu sekejap." Panggilan di matikan lalu Zein duduk di sisi Amber yang sedang mengurut kakinya. "Sakit sangat?" Soal Zein.

Amber memandang Zein. "Mestilah sakit. Aku rasa macam patah pun ada." Jawab Amber lalu mengurut sekali lagi.

Zein mengeluh. Dia rasa bersalah sedikit melihat wajah berkerut sakit gadis itu. "Biar aku buat." Tangan Amber ditepis lalu mengurut kaki Amber.

"Tak apa. Aku boleh." Tangan Zein pula ditepis lalu mengurut menggunakan tangannya pula. Zein mengeluh. Keras kepala betul gadis ini. "Kau tu sakit so buat cara sakit voleh tak?" Soal Zein lalu ditepis pula tangan Amber.

Amber membuat muka masam. "Kau ni kan..."

Tingg!

Handphone diambil dari poket seluar. Terbuntang mata Ambet melihat nombor yang tertera di handphonenya itu.

"He... Hello bonda..." Tergagap-gagap Amber menyapa Pemaisuri Arellyn. "Hello Amber. How was Malaysia?" Soal Pemaisuri Arellyn mesra.

Amber membuat isyarat diam kepada Zein. "Good. The whether was nice. Why do you call me?" Soal Amber pula. "Amber, you at home?" Soal Pemaisuri Arellyn.

"Nope. My class have a camping. Why?" Soal Amber pula. Zein hanya diam sambil mengurut kaki Amber. "Ouhh, i want to stay 2 days can i?" Soal Pemaisuri Arellyn..

"Ye... Yeah. Why not?" Jawab Amber pula. "Ohh, i forgot to tell you Ryan at home. Mak Nah too." Sambung Amber. "Okey, have a good day at camping." Panggilan ditamatkan.

"Kenapa kau macam takut dengan ibu kau?" Soalan diajukan Zein buat Amber. "Aku... Bukan takut. Aku takut sebab aku ramai musuh. Mereka boleh ancam keluarga aku." Jawab Amber.

"Musuh? Kau... Siapa sebernanya?" Soal Zein hairan. Amber tersenyum kelat memandang Zein. "Lambat atau cepat, kau akan tahu juga." Jawab Amber.

"Amber!" Dari jauh, Silver Death Girls dan Dark Devil Boys bersama Cikgu Elisha dan Cikgu Johan berlari ke arah mereka.

[C] BE MINE ASSASSIN PRINCESS! ✔Where stories live. Discover now